REVIEW MOVIE | GOOSEBUMPS 2 HAUNTED HALLOWEEN

By Nurul Syahirah - November 10, 2018

REVIEW MOVIE | GOOSEBUMPS 2 HAUNTED HALLOWEEN

Assalammualaikum wbt. Sekian lama tak buat review-review ni. Hahaha. Nurul pun baru berkesempatan tengok wayang sabtu lepas. Cehhh ! Sabtu lepas tengok, hari ni baru nak up entri. Ape laaaa. Hahaha

Maklumlah. Memang busy sangat dengan aktiviti harian sekarang ni. Tak dan nak exercise jari jemari untuk blog. Tapi harini Nurul free. Yeahhhh ! Excited nak review movie goosebumps 2 ni. :D



BACA SINI >> REVIEW MUNAFIK 2


Well, macam biasa. Keseronakan pergi wayang sorang-sorang adalah dambaan seseorang setelah berpenat lelah dengan kerja hakiki. Hehehe. Itu la seketul Nurul. Tapi best apa. Boleh bonding time untuk diri sendiri. Pergi je mana-mana tempat yang kita nak.

So, kali ni Nurul pilih cerita goosebumps 2 ! Hari tu ada baca review seseorang. Beliau kata best. Dan kita pun tengok la jugak. Ok, kali ni Nurul masuk wayang sampai 2 kali dan tengok cerita sama. Hahaha. Kenapa?

Sebab first tu memang Nurul terlelap. Memang lena habis time tu. Hahaha. Bangun-bangun je cerita dah habis. Acane tu. Memang membazir duit tiket je. Tapi Nurul tak berhenti takat tu tauuu. Hehehe. Kita ulang lagi sekali tengok cerita yang sama. Sebab goosebumps yang first Nurul tengok. So, tak best lah kalau tak tengok sambungannya kan.


Ok, review kali ni Nurul tak mau la cerita pasal sinopsis bagai. Hahaha. Dah biasa sangat. Apa yang Nurul boleh rumuskan, goosebumps 2 worth it untuk korang tengok. Sebab korang tak tengok yang first tu pun korang akan faham.

Cumanya korang akan blur bahagian siapa slappy dan siapa penulis buku tu. Haaaaa. Kalau tak mau blur, sila lah tengok yang first dulu ye.

Goosebumps 2 kali ni menceritakan tentang Slappy (anak patung bagi Nurul yang mengerikan) nak hidupkan halloween. Hidupkan macam mana? Hehehe. Korang faham-faham la kan masa halloween tu apa yang ada. Segala hantu dan monster ada untuk meraikan perayaan tu.


Si Slappy ni pula hidupkan semua benda tu. Yang patung-patung pun jadi hidup la. Kononnya nak balas dendam. Means Slappy ni nak habiskan cerita yang ayahnya tulis dekat part first tu dengan cara dia sendiri. 

Tapi nasib baik semuanya diselamatkan oleh 3 orang remaja yang tahu cara untuk hapuskan Slappy dan konco-konco yang dihidupkan tu.

Slappy yang mengerikan !

Tapi ! Tak habis lagi. Hahaha. Nurul ingatkan dah habis takat tu je. Nurul rasa bakal ada yang ketiga sebab last sekali tu Slappy muncul dekat ayah dia. Katanya dia buat buku yang ayahnya adalah watak utama. Jeng jeng jeng ~ Tanpa diduga, ayah Slappy ni masuk dalam buku yang Slappy tulis tu.

Habis takat tu je. Tak sabar tunggu yang ketiga kalau ada la. Memang last sekali tu tergantung gitu je.

Rating Nurul boleh bagi 8/10. Ada juga scene-scene yang suspen. So far berbaloi juga kalau korang nak tengok ^^


  • Share:

You Might Also Like

2 Comments