PENGALAMAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SHAH ALAM

By Nurul Syahirah - October 19, 2018

PENGALAMAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SHAH ALAM | Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah. Muncul lah Nurul kembali dengan sharing yang mungkin diperlukan oleh seseorang. Dan entri ni hanya sekadar untuk sharing pengalaman Nurul je ye. Mana tahu ada yang memerlukan untuk tujuan masing-masing. ^^


Alhamdulilalh.. Setelah berhempas pulas menyiapkan assignment, bersengkang mata untuk study untuk exam, akhirnya Nurul dah pun habis semester 1. Hahaha. Baru semester 1 la awokkk. Tapi dia punya struggle tu memang superb ! Sampai Nurul boleh demam teruk haritu. Hahaha.

Exam dan result semua dah keluar. Alhamdulillah, Nurul satisfied dengan apa yang Nurul dapat. Cuma kena usaha lagi untuk semester akan datang. Mana tahu boleh kekal dean list kan. Hehehe.


"Tak susah ke study sambil kerja ni?"

Rata-rata orang yang dekat dengan Nurul tanya soalan macam ni. Awak, kalau awak full time student pun susah juga kan? Semua benda ada naik surutnya. Yang penting macam mana usaha kita lalui semua tu.

Yes, Nurul akui memang banyak yakmat rintangan belajar sambil kerja ni. Yela kan. Kita kena belajar untuk settlekan rumah, rutin harian kerja, lagi Nurul ni ada buat part time malam kena packing order, nak masa untuk study lagi. Memang Nurul akui penat sangat-sangat. Sebab tu kalau ada peluang untuk keluar jalan-jalan, Nurul akan gunakan sebaik mungkin. Hehehe.


Alhamdulillah, semester 1 Nurul berakhir dengan penantian yang sangat berbaloi. Kita kena habiskan lagi 4 tahun. In Sha Allah. Segulung ijazah bakal Nurul dapatkan walau apa jua rintangan. Hehehe. Yang penting kena ingatkan diri supaya jaga kesihatan sebaik mungkin. Kalau dah sakit, semua benda tak boleh nak buat.

So, untuk yang bercita-cita nak sambung belajar tapi nak bekerja disebabkan ekonomi sekarang, teruskan wak. Teruskan sampai penghujung. Jangan mengalah walaupun rasa itu ada. Sebab Nurul yakin, pengorbanan tu akan dibalas. ^^


Peluang pekerjaan sekarang pun bukan mudah untuk kita grab. Lagi-lagi untuk fresh graduate. Jadi, bila dah ada kerja tetap tu, kalau nak sambung belajar, silakan. Pada masa yang sama kita boleh naik taraf pendidikan dan pengalaman bekerja tu ada. Dah jimat masa. Cuma penat sikit je. Hehehe..

Jadi, setakat ni yang Nurul boleh sharing dengan korang ye. Kalau sesiapa yang nak tanya tentang lebih lanjut pasal Open University Malaysia Shah Alam ni, boleh contact Nurul ye. In Sha Allah, Nurul boleh sharing mana yang Nurul tahu.



  • Share:

You Might Also Like

13 Comments