RIANG RIA FAMILY DAY DI DESA KALOI FARMHOUSE

By Nurul Syahirah - October 29, 2018

RIANG RIA FAMILY DAY DI DESA KALOI FARMHOUSE | Assalammualaikum wbt.


Dalam kepenatan kita bekerja dan sekolah, pastinya kita nakkan rest time yang berkualiti kan. Yes ! Itu lah yang Nurul nak. Hehehe. Bukan selalu kita dapat quality time dengan family kan. 

Nak dijadikan cerita, memang dah lama plan family day ni. Mulanya pun abah Nurul yang send dekat Nurul gambar Desa Kaloi Farmhouse ni. Bila Nurul tengok je gambarnya, memang cantik sangat tempat tu. Serious. Keindahan hutan dan kolam tu yang menarik perhatian Nurul.

So, korang yang nak buat family day tu, Nurul memang recommend korang buat dekat sini. In Sha Allah, korang pun akan puas hati. Hehehe. Sekarang Nurul share serba sedikit ye ^^


Mula sampai tu memang laluan jalan yang sangat sempit. Maklumlah, memang jalan kampung sangat-sangat. Tapi teruskan perjalanan. Jangan korang patah balik pulak ! Hehehe. 

Bila masuk je pintu pagar Desa Kaloi Farmhouse tu, korang akan disajikan dengan keindahan suasana kampung yang sangat mendamaikan. Dengan kolam yang banyak. Haihhhh ! Penat cakap best. Hakikatnya memang best. Hehehe.

Memandangkan Nurul buat family day, jadinya Nurul decide untuk ambil bangalow je terus. Lebih mudah dan family pun selesa. Haaaaa. Bangalow sini memang gaya ala-ala kampung tau. Bangalow setingkat yang modern ! Fuhhhh. Aircond dan peralatan dia jangan cakap la. Memang serba serbi lengkap.

Korang tinggal bawak barang keperluan dan makanan je. Dalam bangalow ni siap ada tempat memasak, peralatan memasak, toiletries pun memang serba lengkap.


Tapi korang kena get ready mental korang bahawasanya dekat sini line memang slow yakmat ye ! Hehehe. Sebab tu Nurul pun tak dan nak upload and share gambar.

Ok, balik pada cerita. Nurul ambil bangalow ni dengan harga RM600 satu malam. Memandangkan kitaorang pergi 2 hari 1 malam je. Kira dah berbaloi sangat dah. RM600 tu untuk kapasiti 10 orang je tau. Untuk pax seterusnya korang kena tambah RM15 satu kepala. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah free ! :D

Sumber : Google

Dekat Desa Kaloi Farmhouse pun korang akan disajikan dengan rusa-rusa yang comel ni. Hahaha. Adik-adik Nurul memang sampai je, terus terjah kandang rusa ni. Maklumlah, bila budak bandar tengok haiwan yang susah nak jumpa, gini lah gayanya. Hehehe.

Sebenarnya ada pakej untuk korang makan daging rusa. Cumanya masa Nurul buat family day tu, takde pakej ni sebab diaorang tak sembelih. Huhuhu. Tak dapat lah merasa. Tapi sebelum korang nak tu, korang boleh cuba tanya owner ye ^^



Antara keseronokan untuk kanak-kanak. Bukan kanak-kanak je. Bapak dengan mak budak pun suka. Hahaha. Sempat lah terjun dalam ni. Walaupun air dia, MashaAllah ! Sejuk giler. Maklumlah, air ni bukan air kolam tau. Maksudnya bukan air paip yang biasa ada dekat kolam. Tapi air daripada air sungai.

Bila dah cakap air sungai tu, memang sejuk dia sampai ke tulang lerrrr. Hehehe.


Masa mandi ni, korang boleh jugak pergi memancing dekat kolam dia. 1kg RM12. Ingat free ke? Hahaha. Takkk. Ikan tu korang boleh ambik dan masak. Bukan sembarangan ikan ye. Ikan dia kemain besar lagi. Memang berbaloi sangat.

Pada kaki pancing tu, memang tempat yang sesuai lah untuk korang.


Belah malam pula kami buat bbq sikit. Hehehe. Alahai. Bila handphone tak pegang sangat, memang gambar pun tak banyak. Maap la ye. Hahaha. Nurul bila nak rehat tu, memang handphone pun ku lupa :p

Kalau korang ambil bangalow, korang akan dapat pakej untuk bbq sekali tau. Kiranya bbq tu free. Korang cuma bawak je bahan bbq tu. Dan grill bbq ni guna gas. Jadi, korang tak perlu bawak arang.

Dan kalau korang ambil chalet, grill bbq korang boleh bawak sendiri korang punya ataupun boleh sewa dekat sana. RM50 sahaja untuk 1 hari.


Sumber : google

Alhamdulillah. Nurul rasakan memang berbaloi sangat kalau kita nak quality time dengan family. Tempat yang selesa dan jauh daripada hiruk piruk bandar. Kita yang duduk bandar ni, kalau ada dekat tempat macam ni, memang mendamaikan sangat. Hehehe.

Takpe, lepas ni boleh repeat lagi ^^


SEBARANG PERTANYAAN & BOOKING :-

WHATSAPP : 019-211 9809


Korang whatsapp je yeeeeee. Call memang tak dapat. Hehehe. :p

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments