REVIEW MOVIE | MUNAFIK 2

By Nurul Syahirah - Monday, September 03, 2018

REVIEW MOVIE | MUNAFIK 2 | Assalammualaikum wbt. Sekian lama Nurul tak tengok wayang, akhirnya.... Hahaha. Memang dah terkinja-kinja nak tengok munafik 2 ni.

Awalnya, memang ajak adik tengok sekali. Tapi budak sorang ni takut pulak daaa ~ Puas memujuk. Last-last, memang kaklong dia ni pergi sendiri. Sebab nak tengok jugak ! Sorang pun sorang la kan. Hehehe. Masa tu tak fikir pasal penakut dalam diri tu. :p


Kawan Nurul ada cakap, better beli tiket online sebab tiket munafik 2 ni cepat je sold out. Nasib baik memang Nurul ni jenis beli tiket online je. Sebab malas lah nak beratur panjang-panjang tu. Hehehe. Memang tak suka bab-bab beratur ni. Akhirnya ku purchase tiket dengan berharga RM16 ! Fuhhh ~ Dah la tengah nak berjimat. Munafik 2 punya pasal, ku gagahkan juga. Hehehe.


Then, sampai je panggung, perghhhh ! Ramai yakmat weiii. Padahal waktu tu baru pukul 1pm. Beratur nya tak nak panjang lagi. Tak tahu lah penangan Munafik 2 ataupun cerita lain. Tapi ikut firasat memang itu. Hahaha. Ikut firasat lah sangat ~ Kira masa tu memang bersyukur sangat dah beli online.

Masuk-masuk je pawagam, ramai sangat ! Hahaha. Masa Nurul purchase tu, still ada banyak yang kosong. Tak sangka pulak pawagam boleh full sampai macam tu. 


Bermulalah cerita tersebut ~ Jeng jeng jeng.

Permulaan cerita pun dah seram weii ! Hahaha. Serious time tu Nurul nak keluar panggung. Sebab baru rasa ketakutan dalam diri. Dah lah tengok sorang. Tapiiiii.. Ku lekapkan duduk ku kembali. Hehehe. Sebab tadi diri sendiri yang terkinja-kinja nak tengok kan. So, kita hadap la ye.

Nurul tak kisah orang lain nak kata apa tentang cerita ni. Tapi bagi Nurul, seriously memang highly recommended untuk korang tengok. Allahu, banyak sangat pengajaran. Air mata pun tak berhenti mengalir. Hahaha. Nurul ingatkan setakat seram je. Tapi tidak ~

Cerita ni banyak mengisahkan tentang perjuangan para sahabat suatu ketika dahulu yang bermati-matian menegakkan agama Islam. Macam tu jugak la dalam cerita ni perjuangan Ustaz Adam. 

Tapi jap. Kenapa Nurul menangis? Kata seram? Hehehe. Kan Nurul cakap, bukan setakat seram je. Banyak part dalam cerita ni buat Nurul rasa deep sangat dan sedih.

1. Masa mak Ustaz Adam meninggal. Nurul ingatkan memang si hantu tu yang bunuh. Tapi Ustaz Adam yang bunuh. Tapi dalam tanpa dia sedar. Sebab dia dah terkena sihir si Abuja jahat tu ! Perghhh. Time tu memang berjurai air mata ni. 

2. Masa ayah Ustaz Adam kena pijak-pijak tu. Ya Allah. Time ni memang Nurul tak sanggup nak tengok. Orang tua kena pijak dan Ustaz Adam tak mampu nak berbuat apa-apa sebab dia kena dengan Abuja tu. Haihhhh ! Cannot brain !

3. Lepas tu yang masa kawan baik Ustaz Adam tikam belakang. Ini pun ada terjadi dalam masyarakat sekarang kan. Konon nak berjihad sama-sama. Tapi dia sendiri yang tikam kawan sendiri. Then masa yang Ustaz Adam kena seksa tu, barulah si Azman tu ingat balik janji mereka "aku janji, aku akan sama-sama dengan kau untuk terus berdakwah" Lebih kurang lah ayat dia. Time ni pun mengalir air mata ni tanpa sengaja. Hehehe.

4. Kemudian yang Sakinah kena bunuh dengan Abuja jahat giler tu ! Tengok macam mana anak dia menangis mengenangkan maknya yang dah takde. Haishhhh. Sis tak boleh lah bab-bab gini. Memang senang je nak menangis.

5. Last sekali, Nurul rasa deep sangat dengan kata-kata Ustaz Adam di mana dalam keadaan dia yang dah lemah sangat, tapi iman dia tetap kuat. Ustaz Adam masih meminta pertolongan Allah kerana dengan Dia lah kita patut bergantung harap.


Tudiaaaa ~ Spoiler detected ! Hahaha. Tapi mesti ramai dah tengok kan. In Sha Allah, korang memang tak rugi tengok Munafik 2 ni. Malaysia perlu buat movie-movie macam ni lagi di zaman fitnah macam ni. Bukan hanya cerita-cerita cinta semata. Haihhh ! Tak tahu nak describe macam mana. Serious Nurul salute dengan karya Shamsul Yusof.

RM16 Nurul tu terubat lah dengan hasil yang Nurul dapat. Hahaha. Sempat lagi tu ~ :p

Mana yang belum tengok tu, dipersilakan untuk sedut ilmu yang ada dalam Munafik 2. Haaaa. Lagi satu, ayat-ayat al-quran yang Mawi dan Ustaz Adam baca tu adalah ayat untuk hindarkan diri kita daripada sihir. Kita tak perasan kan? Sekarang dah tahu. Amalkan :)


  • Share:

You Might Also Like

11 Comments

  1. Ramai bagi +ve feedback pasal movie ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. memang padan dengan kualiti movienya ^^

      Delete
  2. Memang full house untuk cerita Munafik 2 nie.. siap tambah waktu tayangan lagi.. Tapi sha memang tak boleh tengok cerita cerita macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Nurul beli online je kak.. sebab tahu kalau tiket memang beratur panjang..

      Delete
  3. Ramai bagi +ve feedback pasal movie ni..

    ReplyDelete
  4. Allahu, bace pun dah boleh mengalir air mata. InsyAllah akan tengok nnt. Hr tu tk brani nk tgk sbb trailer pun dh seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kena tengok.. sebab munafik 2 tak seram sangat pun.. banyak sangat pengajaran..

      Delete
  5. Serius best Munafik 2. Sebenarnya waktu saya pergi tengok tu, dah terbaca spoiler kat ig tapi feeling dia lain sangat berbanding baca review orang dengan tengok sendiri. Berbaloi la masuk wayang tengok cerita ni. 👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kannn.. memang recommended untuk tengok ^^

      Delete
  6. Best sangat movie ni bagi Lenne sebab filled dgn banyak sangat pengajaran. Can't lie, memang ada part yg boleh mengalirkan air mata sebab kita rasa sebak and deep. Hahaha. But in terms of seram ke tak, Munafik 1 lagi seram kot bagi Lenne. Munafik 2 just banyak pengajaran je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tahu takpe.. Nurul rasa pun munafik 1 lagi seram.. yang ni banyak pengajaran..

      Delete