BB CREAM COSMODERM MENGIKUT JENIS KULIT

By Nurul Syahirah - Sunday, September 09, 2018

BB CREAM COSMODERM MENGIKUT JENIS KULIT | Assalammualaikum wbt. Dah lama tak share tips-tips kecantikan ni. Hehehe. Maklum lah ~ Itu yang para wanita idamkan. Haaaa. Dah cantik luar, dalaman pun kena tau. 

Okayy, nak story dekat korang satu bb cream yang Nurul rasakan hampir ramai yang guna. Kan kan kan? Hehehe. Dan dengan Nurul sekali terlibat. 


Basic cara Nurul bersiap memang menggunakan bb cream. Dulu main tibai je pakai bb cream apa pun. Yela kan. Takde ilmu lagi masa tu. Tak tahu pun kalau bb cream tu tak sesuai dengan kulit kita atau macam mana. Hahaha.

Alahai ~ Sebab tu muka senang sangat rosak. Nak repair balik dah la susah !


Nasib baik kesedaran tu dah ada. Hehehe. Terus Nurul tukar bb cream yang sesuai dengan kulit Nurul. Kulit yang tak berapa nak cerah dan berminyak ! Haishhhh. Dulu memang stress giler setiap kali keluar, mesti muka berminyak. Kalau sikit takpe tau. Banyak kut. Memang teruk. Sampai kena touch up bedak dua tiga kali. Pakai pula compact powder. Memang lagi mudah berminyak sebab kulit Nurul tak sesuai.

Jadi, sekarang memang Nurul hanya gunakan bb cream cosmoderm dan bedak baby je. Yang powder jenis ringan. Yang botol comel-comel kecil tu. Hehehe. Korang pun tahu kan. Alhamdulillah. Muka takde berminyak sangat bila keluar tu. Paling penting, tak burn !

Sekarang cuma pakai dua benda tu dekat rumah je. Then kalau nak keluar singgah solat, time tu je la gunanya. Tak payah nak touch up banyak-banyak kali. Senang keje ~ Hahaha. 


Tapi nak diingatkan, bb cream cosmoderm dia bukan macam foundation tau. Teskturnya sangat ringan dan tak tutup lubang pori muka kita. BB cream cosmoderm ni juga sebagai rawatan untuk kulit kita. Siap ada spf semua ! Memang dah jatuh cinta dengan bb cream jenis ni. ^^



Okay, ini lah bb cream yang Nurul gunakan. Nurul guna bb cream cosmoderm tea tree oil code natural pink memandangkan kulit Nurul jenis yang tak berapa nak cerah. Hehehe. 

Ramai yang tanya, "kalau nak guna code lain boleh ke? Tak ikut warna kulit kita." 

Jawapannya, boleh aje. Sebab bb cream cosmoderm ni codenya tak menyerlah sangat. Maksudnya setiap tone yang ada memang lebih kurang sama je. Jadi, tak obvious lah kalau korang nak guna code lain. 

Dan ada yang tanya juga "bb cream cosmoderm boleh buat sebagai makeup ke?"

Jawapannya, bb cream cosmoderm bukan foundation ye sayang-sayang semua. Kalau korang nak pakai makeup untuk dinner yang tebal-tebal tu, korang boleh guna bb cream ni sebagai base makeup. Then boleh lah teruskan dengan rutin makeup korang.

Base pun penting tau. Kiranya sebagai protection kulit kita. Kita pun tahu kan kandungan makeup tu ada apa je ~ Kan ! Kena jaga. Hehehe.



BB cream cosmoderm ni ada tiga tone iaitu nude, natural pink dan natural beige. Dan bb cream cosmoderm ni juga ada dua siri ye. Tea tree oil dan vitamin e.

Apa beza dua tu?

Sabar sat ~ Hehehe :D


Bb cream tea tree oil ni sesuai untuk jenis muka yang berminyak, berjerawat dan orang kenali juga sebagai muka breakout ! Sedih tau kalau muka breakout ni. Nak baiknya bukan main payah. Breakoutnya dalam sekelip mata je. Pada sesiapa yang pernah alami tu memang tahu lah perasaan dia macam mana.

Then untuk bb cream vitamin e pulak, untuk yang kulit normal, kering atau kombinasi. Haaaa. Siri vitamin e ni lebih meluas untuk pengguna. 

Jadi, kulit korang sesuai yang mana?

Hehehe. Kalau korang nak guna bb cream lain, boleh. Nurul tak halang. Tapi pastikan bb cream korang tu betul-betul sesuai dengan keadaan kulit korang ye. Macam mana nak tentukan? Okay, korang kena try and error. Dan pastikan !!!

Jangan sesekali korang bedal pakai produk timbang. No no no. Pleaseeeee. Hehehe. Nurul sangat-sangat rasa bertanggungjawab kalau customer Nurul datang dengan harapan nak pulihkan balik muka lepas guna produk timbang. Kalau kita boleh elak, kita elak k. 

Memang pada awalnya ok je muka kita. Cuba kalau korang stop. Tengok apa jadi. So, kena pandai-pandai pilih ye. Kesabaran kena ada untuk kekalkan kulit muka yang sihat dan cantik.


Banyak dah Nurul membebel ni. Hehehe. Dah dapat info apa yang korang nak kan? Kalau tak jelas lagi, korang tanya je dekat komen ye. In Sha Allah, Nurul akan jawab satu-satu ^^




UNTUK MAKLUMAT LANJUT :-

WHATSAPP : 017-357 5871




  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. http://shahirah-lee.blogspot.com nice entry mind visit mine

    ReplyDelete