FESYEN INSTA - OOTD TRENDY PALING WIN !

By Nurul Syahirah - Sunday, August 19, 2018

FESYEN INSTA - OOTD TRENDY PALING WIN ! | Assalammualaikum wbt. Cakap je pasal fesyen, mesti berpusu-pusu yang suka. Tak kira lah lelaki ataupun perempuan. Eh! Ingat perempuan je ke yang giler fesyen ni. Lelaki pun tak kurang hebat juga tau. Hahaha. Entah-entah, lelaki lagi hebat berfesyen bagai ni. Kita tak tahu kan. :D

Hamboiii ~ Bukan tu sebenarnya yang Nurul nak bebelkan dekat sini. Korang kenal hurr.tv? Haihhhh. Apa pulak tak kenal. Mesti lah kan ~ Hehehe. Okay, nak dijadikan cerita, hurr.tv ni telah adakan satu program yang semuanya berkaitan dengan fesyen. Bukan setakat program televisyen je. Malah ada juga platform untuk korang semua membeli-belah.


BACA SINI >> HURR.TV NAK BELI

Pada wanita-wanita yang berhijab, jangan risau lagi untuk berfesyen tetapi masih ikut panduan syarak dengan menutup aurat dengan sempurna sebab, hurr.tv telah memperkenalkan laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia yang dikenali dengan sebuah program fesyen dan beli-belah online. Bukan setakat boleh ambil ilham dengan fesyen yang ada, tapi korang pun boleh shopping sakan ! Hehehe.

Jadi, program yang diwar-warkan adalah program Fesyen.Insta khusus untuk hijabista yang menginginkan gaya muslimah yang modest tapi stylish dan yang penting, kena ikut yang mengikut syarat pemakaian seorang wanita berhijab.

Fesyen.Insta menampilkan beberapa buah butik menjual pakaian atau aksesori yang menepati citarasa gaya hijabista serta korang yang nakkan penampilan yang elegan, bergaya dan selesa. Program 10 episod ini dihoskan oleh dua instafamous berhijab yang terkenal dengan pemakaian trendy serta sopan iaitu Sharifah Rose dan Tasnim Shah

Mesti ada yang tertanya-tanya pukul berapa dan hari apa program ni bersiaran kan? Haaaaa. Program ni bersiaran setiap hari Selasa bermula 31 Julai 2018 hingga 2 Oktober 2018, jam 5 petang. Catat dekat diary korang cepat. Hehehe.


Sharifah Rose with Muslimah4U




Tasnim Shah with ARCO.MY



Tasnim Shah with MissLilyShop


Okay, program ni pada setiap episod hosnya akan bergilir-gilir melawat butik fesyen terpilih yang menjual pakaian serta aksesori sesuai untuk diperagakan bagi wanita yang inginkan inspirasi fashionable, sopan dan selesa. Antara butik yang dilawati adalah Misslily Shop, Muslimah4U, ARCO.MY, Calaqisha dan Minimalace.

Wauuuu !!! Semua butik yang hebat-hebat. Rugi juga kalau korang terlepas semua episod. Mana tahu ada butik yang kita tak pernah tahu lagi kan.

Setiap episod juga menampilkan hos yang akan menggayakan beberapa koleksi pakaian dan aksesori mengikut terma daripada butik fesyen berkenaan bagi memberi peluang kepada penonton untuk melihat sendiri rekaan khusus yang dijual. Hos pun akan share dengan korang tentang tips "do's & don'ts" sebagai panduan untuk korang berfesyen.

Haaaaa. Korang boleh shopping dekat https://shop.hurr.tv/ . Confirm akan rambang mata. Hehehe.

Dekat sini Nurul attach sekali link setiap episod yang korang boleh tengok ye. ^^


LINK EPISOD

Episod 1 : Tasnim Shah with MissLilyShop

Episod 2 : Sharifah Rose with Muslimah4U

Episod 3 : Tasnim Shah with ARCO.MY


Fashion.Insta adalah program panduan fesyen untuk hijabista di mana wanita Islam moden yang ingin tampak bergaya dan tetap menjaga kesopanan mereka. Program ini pun ada kerjasama dengan butik-butik fesyen terpilih sekaligus penonton boleh mendapatkan pakaian serta aksesori yang ditampilkan dengan harga yang berpatutan.

Haaa.. Pada yang nak shopping tu dekat mana pulak? Meh Nurul share dengan korang. Pastikan terjah sekarang juga ye :D

Episod 1 : https://shop.hurr.tv/collections/misslilyshop

Episod 2 : https://shop.hurr.tv/collections/muslimah4u

Episod 3 : https://shop.hurr.tv/collections/arco-my


So, tunggu apa lagi. Jom kita terjah ramai-ramai ye. Mana tahu ada yang berkenan di hati. Nurul pun on the way ni. Hahaha. 


UNTUK MAKLUMAT LANJUT







  • Share:

You Might Also Like

2 Comments