SEMESTER 1 BAKAL BERAKHIR | OUM SHAH ALAM

By Nurul Syahirah - July 16, 2018

SEMESTER 1 BAKAL BERAKHIR | OUM SHAH ALAM

Assalammualaikum wbt, Ya Allah... Kesiannya blog daku ni. Dah ditinggalkan sekian lamanya. Lama yakmatt !! Hahaha. Memang tak sempat nak menghadap blog sekarang ni. Banyak benda yang Nurul kena settle. Jadi, hari ni kita munculkan diri sekejap. Hehehe.



Hokayyy.. Alhamdulillah, Nurul berjaya sambung degree sekarang ni. Status kita part time students. Hehehe. Ramai yang kata better belajar secara full time. Mulanya Nurul pun takut nak belajar secara part time ni. Yela kan. Banyak sangat komitmen. Nasib baik tak kahwin je lagi.

Tapi bila fikir masak-masak, memang Nurul tak mau pinjam PTPTN dan memang nak cabar diri untuk bayar yuran pengajian sendiri. Dan akhirnya, Nurul belajar secara part time dengan restu ibu abah. Haaaa. Restu parents sangat penting tau walau apa pun keputusan kita. Baru lah berkat ^^

May yang lepas merupakan bulan pertama Nurul mulakan pengajian degree Nurul. Baru semester 1 beb !!! Hahaha. Panjang lagi perjalanan. Tapi kannn... Dalam tak sedar, semester 1 Nurul dah nak habis. Yeahhhhh.

Tak payah nak yeahh sangat sebab final pun tak lepas lagi. Hehehe. Sekejap sangat masa berlalu. Daripada awal dalam ketakutan nak buat keputusan, sampai lah keputusan dah dibuat, sampai lah perjalanan untuk habiskan degree ni. Hahaha. Nurul Syahirah, mohon kuat dan tabah ye.


  • Share:

You Might Also Like

12 Comments