TV AL-HIJRAH SALURAN PILIHANRAYA PRU 14

By Nurul Syahirah - Monday, May 07, 2018

TV AL-HIJRAH SALURAN PILIHANRAYA PRU 14 | Kemain sana sini bercerita tentang PRU14 kan. Hehehe. Maap, Nurul masih belum lagi nak ke arah itu. Hahaha. Sebab tahun ni kita tak boleh mengundi lagi. Maknanya, umur Nurul 26 tahun nanti lah baru mengundi. In Sha Allah, hehehe.


Kurang dua hari lagi sebelum seluruh rakyat Malaysia yang layak, keluar untuk menjalankan tanggungjawab mengundi jentera pilihan yang akan mengemudi Malaysia untuk tempoh 5 tahun mendatang.

Ini turut bermakna, TV Al-Hijrah juga harus kekal relevan di fasa akhir Pilihan Raya Umur Ke-14 (PRU-14) dalam memainkan peranan selaku agen penyampai maklumat yang bertanggungjawab, komprehensif dan dinamik buat penonton setia stesennya.

Menerusi kempen "TV AlHijrah Saluran Pilihanraya", beberapa strategi dan siri rancangan khas telah disusun dalam memastikan penonton menerima maklumat dan informasi konstruktif serta adil tanpa prejudis mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan berlangsung 9 Mei 2018 akan datang.



SLOGAN IKHLAS, JELAS DAN PANTAS

TV AlHijrah melihat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai satu proses penyatuan ummah. Oleh yang demikian, kesemua rancangan yang disusun untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diterbitkan dengan penuh hemah dan menggunakan slogan Ikhlas, Jelas dan Pantas.

Slogan ini amat bertepatan dalam menjelaskan kedudukan TV AlHijrah sebagai stesen yang bersifat neutral dalam mengupas pelbagai isu sepanjang tempoh berkempen. Ia turut mencerminkan kesungguhan stesen ini menjadi stesen paling cekap dan pantas dalam menyebarkan keputusan undian kelak.

Maka, bagi merealisasikan sloga yang dilaung, buat pertama kalinya TV AlHijrah memecah tradisi dengan menjadi satu-satunya stesen televisyen yang menggunakan Teknologi MOJO (mobile journalist) dalam laporan berita yang disampaikan.


Menerusi teknologi MOJO kesemua sepuluh wartawan TV AlHijrah yang diketuai oleh bekas wartawan tersohor, Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad yang kini menjadi tulang belakang kepada pasukan Berita dan Ehwal Semasa akan menggunakan teknologi telefon pintar serta gabungan aplikasi rangkaian masakini dalam membuat liputan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


REKOD 31 JAM SIARAN LANGSUNG PROGRAM BUAL BICARA TANPA HENTI

Menyemarakkan lagi suasana, TV AlHijrah buat pertama kalinya mencipta kelainan apabila buat pertama kalinya stesen ini mencipta rekod dengan menyiarkan sebuah rancangan bual bicara bertajuk PRU 14 : RAPATKAN SAF yang akan bersiaran selama 31 jam tanpa henti.

PRU14 : RAPATKAN SAF akan memulakan siarannya pada jam 6 pagi 9 Mei 2018 hingga 1 petang 10 Mei 2018.

Penonton hanya perlu ke laman sesawang https://pru14.alhijrahmedia.com/ untuk mendapatkan informasi seperti Senarai Calon-Calon Yang Bertanding di Setiap Kerusi Dun dan Parlimen, Trivia dan Fakta Pilihan Raya Umum Ke-14, Keputusan Rasmi Pilihanraya dan pelbagai maklumat bermanfaat yang lain.

Jadi, jangan lupa untuk terus dan kekal di saluran TV AlHijrah, Stesen Saluran Pilihanraya Umum Ke 14 anda dan keluarga.



  • Share:

You Might Also Like

0 Comments