KULIT SEMPURNA TANPA BINTIK HITAM DENGAN NANOWHITE

By Nurul Syahirah - May 09, 2018

KULIT SEMPURNA TANPA BINTIK HITAM DENGAN NANOWHITE | Perempuan takkan terpisah dengan segala benda jenis skincare ni. Hahaha. Nurul juga dan memang hakikat yang terang lagi bersuluh. 

Cuma kali ni kita fokuskan kepada sesiapa yang ada masalah jeragat. Jeragat ni sejenis bintik hitam yang ada pada muka. Nak kata ianya parut, bukan. Tapi warnanya kelabu seakan-akan parut. Cuma dia halus je dekat kulit. Memang payah ler nak hilang sebab jeragat ni berakar.


Yeahhhh ! Kali ni Nurul dapat produk daripada Nano White yang memang dah banyak kali Nurul nampak dekat watsons atau guardian. Packaging dia, omey nauu. Hahaha. Tapi kali ni Nurul nak fokuskan kepada produk mereka iaitu Nanowhite Dark Spot Corrective Serum.



Sejak sekian lama, ramai wanita bergantung pada pelbagai produk penjagaan kulit untuk memerangi bintik hitam dan parut jerawat. Tapi boleh ke masalah ini dapat ditangani dalam hanya masa dua minggu sahaja? Nanowhite ada jalani ujian penggunaan baru-baru ini dan mendapati bahawa kulit wanita Malaysia bertambah baik dengan cepat.

Nanowhite Dark Spot Correctibe Serum dengan Lumilite baharu diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Ia mempunyai gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semula Jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit cerah yang berseri dan kekal lama.

Dan ini bukan kata-kata kosong tau kerana ianya terbukti berkesan dalam ujian penggunaan di rumah yang telah dijalankan baru-baru ini. Percubaan tersebut memantau keadaan kulit 50 orang wanita Malaysia yang telah menggunakan serum ini selama 28 hari, melaporkan hasil yang menakjubkan - hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk ini selama dua minggu.

84% daripada wanita melaporkan bintik hitam dan parut jerawat yang semakin kurang dalam hari pertama penggunaan serum ini. Selepas 14 hari, bilangan wanita yang mendapat hasil yang sama meningkat kepada lebih 90%. Dari segi tona kulit sekata, 50% daripada wanita mengatakan mereka nampak penambahbaikan yang ketara dalam tempoh 24 jam pertama selepas penggunaan dan 60% melaporkan perkara sama selepas dua minggu.



Berita baik untuk korang ! Hehehe. Nanowhite ada menyediakan apps yang korang boleh download untuk tengok wajah korang bebas cela. Korang search je "Nanowhite AR+" dari Apple App Store atau Google Play Store. Lepas tu, korang imbas pembungkusan serum dengan aplikasi ni dan ketahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Nanowhite dan panduan langkah-langkah penjagaan kulit.

Then takkan la kita tak nak guna 1 set? 

Aippp. Nanowhite ada 1 set untuk korang guna tau. Jangan risau. Lengkap daripada cleanser sampai lah ke serum dark spot ni. Jadi tak ada masalah untuk korang tukar skincare Nanowhite ni. Lagipun skincare ni ada dekat farmasi. In Sha Allah, ianya selamat digunakan. Kalau tak selamat, Nurul pun tak guna. Hehehe. Tapi setakat ni Alhamdulillah memang ok je Nurul guna. ^^


Jeng jeng jeng ~ Ini lah dia 1 set lengkap untuk dark spot. Nampak tu, tak ada la banyak sangat korang kena tenyeh dekat muka tu. Hehehe. Lagi pun set ni pun memang step yang paling basic tau. So, nak cantik, tak mau malas-malas ye. ^^


1 : AWAKENING SNOW WASH


  • Pembersih sejuk bersalji yang melembapkan semasa ianya membersih dan tidak menanggalkan kulit pelindung semulajadi.
  • Diperkaya dengan teknologi Omega White-C dan Nano.
  • Sesuai untuk kulit yang normal.

2 : REFINING TREATMENT TONER


  • Mengetatkan dan mengecilkan pori muka.
  • Bekerja sebagai astringen, meminimumkan liang pori dan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit.
  • Kuasa penuh dengan teknologi Nano, Omega White-C, Ekstrak Witch Hazel, Ekstrak Jeruk, Ekstrak Lemon dan Bilberry Ekstrak.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.

3 : DOUBLE ACTION WHITENING GEL CREAM



  • Memberi pemutihan tindakan berganda untuk kulit yang licin dan lebih lembap.
  • Meminimumkan penampilan bintik gelap dan mencerahkan nada keseluruhan kulit.
  • Mengandungi Nanowhite Super Antioxidant (Vitamin E & C)
  • Memberi kesan pencahayaan yang maksimum dan mencegah pengoksidaan untuk kulit yang lebih tahan lama.
  • Ultra-ringan, tidak berminyak dan mudah diserap.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.

So, dah excited nak try set Nanowhite ni? Hehehe. Korang boleh dapatkan di farmasi yang terdekat ataupun beli je online. Jimat masa tak yah keluar-keluar dah kan. Dan sangat recommended untuk sesiapa yang ada masalah jeragat dan parut jerawat. ^^


MAKLUMAT LANJUT :-


WEBSITE : nanowhite.com.my/




  • Share:

You Might Also Like

6 Comments