Althea Bare Essential | Produk Kecantikan Kulit Wanita Asia

By Nurul Syahirah - Tuesday, May 01, 2018

Althea Bare Essential | Produk Kecantikan Kulit Wanita Asia | Assalammualaikum wbt,

Setiap wanita mesti ada skincare sendiri kan? Macam-macam jenama ada sekarang ni. Cumanya kita je lah kena pilih sama ada sesuai dengan kulit kita atau tidak. Macam Nurul, Nurul memang sangat sensitif bab-bab dalam pemilihan skincare.

Salah pilih, memang habis lah muka. Hahaha. Jenis Nurul yang suka sangat mencuba kan. Dah bosan dengan skincare lama, nak lah juga cuba skincare yang lain. Tapi Nurul memang tetap akan pilih yang betul-betul sesuai dengan muka yang mengada ni. :p


Kalau Nurul tak guna, Nurul takde nya nak buat review ~ Hehehe. Sebabkan Nurul guna lah Nurul nak buat review ni. Gedik kan ! Makin bertambah lah koleksi skincare Nurul. So kali ni Nurul nak gossip dengan korang tentang produk terbaru daripada Althea ni.

Althea ~

Takkan la korang tak kenal kan. Jenama korean yang sangat famous ni. Tapi produk terbaru ni dikenali sebagai Althea Bare Essential. Nak cantik ala-ala korea gitu?~ Hehehe. Tak mustahil kalau korang usaha. Betul tak? Lagi-lagi produk Althea ni memang bagus. Nurul dah guna, sebab tu Nurul kata bagus. :p

Disebabkan kulit muka Nurul ni agak mengada dalam bab pemilihan skincare, jadi Nurul excited sangat sebab muka ni sesuai dengan skincare daripada Althea Bare Essential ni. Hehehe. Tapi skincare ni sangat simple tau. Hanya dengan 3 steps je korang dah boleh kekalkan kecantikan asli kulit muka korang. ^^

Jom kita tengok apa 3 steps tu ~ :D



STEP #1 : CONTOUR CLEANSER (RM23)



Setiap skincare tak lengkap kalau tak ada cleanser kan. Althea Bare Essential pun tidak ketinggalan juga untuk ada cleanser. Hehehe. Ini pun untuk permulaan penjagaan muka kita kan. Contour Cleanser Althea Bare Essential ni best sangat di mana masa kita guna tu, ianya tak mengeringkan sangat kulit muka kita. Lepas guna tu muka jadi lembut je.

Cleanser adalah sangat penting kerana ianya adalah langkah untuk memastikan kulit kita bersedia untuk menyerap apa jua kebaikan yang ada pada produk selepas kita menggunakannya. Contour Cleanser dibuat dengan kapsul mikro yang perlahan menyerap ke dalam kulit, menghilangkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang ada pada kulit.

Contour Cleanser ni juga bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan tetapi ianya juga dapat menguatkan dan menyegarkan kulit yang sihat. Ia juga membantu menggalakkan peredaran darah, berkesan mengurangkan bengkak muka yang jelas dan rapi.


STEP #2 : PRIMER WATER (RM43)



Primer ni lebih kurang sama dengan toner. Hehehe. Step yang sangat lengkap tau. Yes, sebab selepas kita cuci muka, memang kita kena guna toner atau primer supaya ianya dapat mencuci secara menyeluruh. Jadi, tak ada la lebihan cleanser tu melekat dekat kulit kita.

Orang panggil Primer Water Althea Bare Essential ni sebagai botol ajaib tau. Hehehe. Korang tengok botol dia pun sangat eksklusif kan. Setanding dengan kesan dia. Ianya dapat melembapkan kulit kita supaya tampak lebih glowing gitu ~ Nakkan kesan yang lebih lagi, dapkan primer water ni dua lapis pada kulit korang.


STEP #3 : FIXER CREAM (RM50)



Cream atau moisturizer. Ini step paling last sekali dalam rutin skincare untuk harian. Yela kan. Cream atau moisturizer ni akan mengekalkan kelembapan pada kulit kita. Kita pun tak nak kulit kita terlalu kering atau terlalu berminyak kan. Jadinya, cream atau moisturizer ni masih diperlukan dalam rutin skincare kita.

Cream ni jenis cream yang tidak berminyak tau. Jadinya. pada yang kulit berminyak tu boleh gunakan fixer cream ni. Ia juga kaya dengan antioksida dari ekstrak teh hijau liar dan membantu mempromosikan kolagen dalam kulit menggunakan ekstrak pokok baobab. Nak glowing? Kena lah guna fixer cream ni juga. Hehehe.


MAKLUMAT LANJUT & PEMBELIAN





  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Wahh produk baru.. macam menarik ni.makin cantiklah akak. :)

    ReplyDelete
  2. lepas ni kulit pun semakin awesome.

    ReplyDelete
  3. Bekas kosmetik ni nampak eksklusif

    ReplyDelete