REVIEW MOVIE | DUKUN

By Nurul Syahirah - Saturday, April 21, 2018

REVIEW MOVIE | DUKUN | Malaysia telah digempurkan dengan kemunculan Dukun ! Ceh, skema nau ayat kau Nurul. Hahaha. Yes. Nurul pun tidak ketinggalan juga untuk tengok cerita ni. Pernah juga tengok teaser tapi dah lama dah. Tak sangka pula tahun ni ditayangkan. 

Ok, firstly Nurul memang ingatkan seram lah cerita ni. Dalam otak ni fikir "owh, dukun cite hantu kan." Hahaha. Padahal tak pun. Memang ada lah juga makhluk-makhluk tu tapi tak seseram cerita hantu yang lain yang pernah Nurul tengok.


Punya lah berani. Iolss tengok sorang kay ! Hahaha. Sebab adik-adik pun penakut. Kalau ajak memang idok la diaorang tu nak ikut. Disebabkan keinginan nak tengok tu sangat-sangat tinggi, Nurul gagah la juga tau.


Review Nurul?

Cerita ni ada jalan penceritaan yang menarik. Sebab kita memang berkobar-kobar nak tahu apa yang akan jadi lepas tu. Mana anak lelaki tu dan ke mana isteri lelaki tu pergi. Paling penting, siapa pelakunya. Hehehe. Yes, Nurul akui jalan penceritaannya best.

Tapiiiii. Yang tak bestnya adalah..... Hahaha. Ini lawak. Nurul keluar je panggung, cari tandas sebab nak termuntah. Loya tekak. Sebab cerita ni banyak darah-darah apa semua. Huhuhu. Memang banyak benda kotor. Haishhh. Gagah juga la menelan air masak untuk tahan isi perut.

Nasib baik tengok sorang. Kalau tidak, buat malu je. Hehehe.


Perlu ke korang tengok?

Bagi Nurul, perlu la sikit. Hehehe. Sebabnya jalan penceritaan dia tu ada. Nak kata best tu tak ada la sangat. Nurul bagi 6/10. Kalau korang nak cuba tengok, boleh aje. Apa-apa pun, kalau tengok pun tak rugi. :D


  • Share:

You Might Also Like

11 Comments

  1. Alaa mai tengok separuh yang haram punya kat fb, tapi tak minat nak teruskan sbb rasa boring pulak awal2 tu, haha.

    ReplyDelete
  2. Walauoun bukan ceeita seram tapi kalau bab darah tuh xmo tfk..xde keberanian

    ReplyDelete
  3. Alam layan jugak cerita ni minggu lepas ..tapi tak de la sekuat Nurul ..sebb nurul tengok sorang2..hihi

    Alam bg 4/10..jalan cerita sangat hambar..actually nak kene focus tengok betul2..sebb storyline dia banyak sangat flashback.

    ReplyDelete
  4. Dah tengokk, not bad la..sebab citenye pun macam pendek je,

    ReplyDelete
  5. atie suka cerita ni..atie suka skrip diaaa

    ReplyDelete
  6. Akak dah tengok leak punya. Haha! Akak pun kalau perut penuh, mahu melugai jugak. Jijik gila rasanya. Hopefully keluar cepatlah yang terbaru ni dekat online. Tak sabar nak tengok kesinambungan...

    ReplyDelete
  7. Akak baru tengok hari sabtu lepas dengan anak dara dan kawan baik dia sorang...best citer ni...

    ReplyDelete
  8. Dah tengokk.. Boleh lahhh hihi. Tak seram cuma benda2 kotor, darah je byk sebab pasal citer dukun kan.

    ReplyDelete
  9. tak tengok lagi hahaha taksuka lah cerita mcm ni :P

    ReplyDelete
  10. dukun ni kira cite suspen je kot..orgnak tgk sgt coz ia cerita benar..

    ReplyDelete
  11. Siqah dah tengok cuma tak minat sangat. Hii. Bertahan mata agar tidak terlelap dalam wayang :D

    ReplyDelete