PROGRAM BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED ONLINE EKSKLUSIF | HURR.TV NAK BELI

By Nurul Syahirah - April 27, 2018

PROGRAM BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED ONLINE EKSKLUSIF | HURR.TV NAK BELI 


Apa benda pula platform Nak Beli ni? Hahaha. Macam-macam sekarang ni. Ada je benda yang baru ni. Tapi apa yang Nurul faham, platform ni pun merupakan platform untuk membeli belah. So, jom kita ketahui lebih lanjut tentang platform Nak Beli ni ye ^^


Petaling Jaya, 24 April 2018 - Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv memperkenalkan sebuah program beli-belah barangan pre-loved online eksklusif, "Nak Beli" di mana personaliti media sosial kegemaran korang akan menampilkan koleksi barangan peribadi mereka yang akan dijual dengan harga yang menarik di web.

Empat episod web pertama "Nak Beli" akan disiarkan secara langsung pada jam 8.30 malam setiap hari Jumaat bermula 20 April 2018 sehingga 11 Mei 2018 dan empat episod web berikutnya pada jam 12 tengah hari bermula 18 Mei sehingga 8 Jun 2018 di laman web www.hurr.tv . Barangan pre-loved yang ditampilkan boleh didapati secara eksklusif di laman web beli@hurr iaitu http://shop.hurr.tv .


Program beli-belah ini akan menampilkan personaliti media sosial yang berbeza setiap minggu selama lapan minggu, antaranya model hijabi Sharifah Rose di minggu 1, blogger Nisha Ezzati di minggu 2, influencer Ikashafarey di minggu 3 dan influencer Syuhaila Ruzaimi di minggu 4. Beberapa personaliti instafamous lain yang turut menyertai program ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Episod 1 : Sharifah Rose


Episod 2 : Nisha Ezzati


Episod 3 : Eka Shafarey


Episod 4 : Shuhaila

"Nak Beli" adalah rancangan beli-belah online pertama Malaysia yang memberikan penonton peluang untuk membeli koleksi peribadi personaliti kegemaran mereka. Bagi setiap episod web, personaliti jemputan akan menampilkan beberapa barangan pre-loved peribadi mereka yang unik dan tersendiri dan penonton boleh memiliki barangan terbabit menerusi Beli@hurr.

Sekarang ni barang pre loved lah yang paling laku kan. Hehehe. Mana taknya, kita boleh dapatkan barang tersebut dengan harga yang mampu murah. Lagi-lagi kalau barang tu barang branded. Nak Beli ni pula beri peluang pada korang untuk shopping barangan idol korang. Lagi best ! Hehehe.

Nurul pun dah usha-usha apa yang ada. Memang menarik cuma poket je tak tebal. Kalau tebal, memang dok pulun lah keje nak shopping je. Korang pun kena singgah juga tau. Mana tahu ada yang korang berminat ke.


Nak Beli ni juga ada rancangan sendiri daripada Hurr.Tv ye. Jadinya, korang boleh tengok idol korang dengan live dan boleh tengok barang apa yang diaorang nak let go. Haaaa. Mana lah tahu ada barang yang korang memang nak. Sebab barang pre loved ni sangat limited tau. Ada satu je setiap items. 

Di episod web pertama yang disiarkan pada 20 April, Sharifah Rose memperkenalkan sepuluh barangan peribadinya termasuk baju, kasut tumit tinggi, tas tangan dan shawl yang dijual secara eksklusif di laman web Beli@hurr, http://shop.hurr.tv . Barangan pre-loved Sharifah Rose mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan sejumlah enam daripada sepuluh barangan yang diperkenalkan berjaya dijual di dalam tempoh dua jam selepas program berlangsung.

Dah tengok? Fuhhh, kemain lagi rambang mata korang ye. Jangan boros ye. Hahaha. Kena ingat juga adab untuk menyopping ni.


Fuhhh ~ Baru lah kita tahu apa benda platforn Nak Beli ni kan. Jom kita layan episod web pertama di sini :D https://www.hurr.tv/jom-layan/nak-beli/sharifah-rose/


  • Share:

You Might Also Like

4 Comments