5 CARA MUDAH UNTUK SUPPORT BLOGGER LAIN

By Nurul Syahirah - Thursday, April 12, 2018

5 Cara Mudah Untuk Support Blogger Lain | Dalam dunia blogging, kita takkan berjaya jika tak ada pembaca. Blog kita pun akan sendu disebabkan tiada pembaca. Sebab itu lah betapa pentingnya "sokongan". Tapi jangan ingat kita je yang perlukan sokongan ni, malah blogger lain pun memerlukan.

Jadi apa kata kalau kita sendiri pula yang beri sokongan pada blogger lain. Tak salah pun kan? Pahala pun dapat. Hehehe. In Sha Allah, yang penting niat hati kita tu.

Jadi hari ni Nurul nak sharing dengan korang 5 cara mudah untuk support blogger lain. Mungkin ada yang Nurul senaraikan ni korang dah buat dah pun. Jom kita recap balik ye.


Kalau tak ada penyokong, siapa lah kita kan. Setiap apa yang kita lakukan pasti nakkan sokongan dan dorongan. Yes, Nurul pun macam tu juga. Sebab sokongan dan dorongan tersebut lah yang akan membangunkan Nurul dalam apa jua yang Nurul lakukan.

Blogger lain dah support kita. Apa kata kita pula yang support mereka ^^



1 : BERKOMUNIKASI

Sekarang kan zaman media sosial adalah segala-galanya. Hahaha. Kemain lagi. Takde lah, maksudnya mungkin hampir semua blogger menggunakan media sosial. Tak kira lah Facebook ke, Instagram, Twitter ataupun blog sendiri. Setiap orang mesti ada kan? Kalau tak ada semua pun mesti paling-paling pun facebook, instagram dan semestinya blog. Kan kan kan? Hehehe.

Jadinya, media sosial tu lah adalah cara yang paling mudah untuk berhubung dengan blogger lain. Tapi macam mana? Alaaaa, korang pun dah expert sendiri. Hehehe. Semestinya chit chat antara satu sama lain. Ataupun tweet-tweet dengan blogger lain, jawab soalan mereka atau komen gambar dekat instagram.

Ataupun korang ada group yang tersendiri. Dekat facebook tu banyak je group blogger yang korang boleh join. So, dari situ korang boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Secara automatik, daripada kita tak kenal, boleh terus jadi kenal.


2 : KOMEN - MENGOMEN

Cara ni pun memang selalu kita dah buat. Betul tak? Hehehe. Ini pun salah satu cara yang paling jelas untuk kita support blogger lain. Korang komenlah dekat media sosial mereka seperti fb, ig, twitter atau paling selalu kita buat adalah komen dekat blog.

Tapi benda senang ni lah tak ramai yang suka buat. Hehehe. Takde masa nak buat? Jangan lah risau. Semua tu korang boleh cari masa sendiri. Dalam 10-15 minit pun dah memadai. Dengan cara ini, ianya akan menunjukkan bahawa korang berminat dengan apa yang mereka tulis.

Secara tak langsung blogger tersebut akan rasa penulisannya akan dihargai.

Sekarang dah senang dah ~ Korang tak perlu lagi nak on pc atau laptop korang semata-mata nak komen-mengomen ni. Guna handphone pun dah boleh dah.


3 : SHARE

Cara ni mungkin kita semua sebagai blogger dah kena buat. Apa kata mulai sekarang kita start share entri yang blogger lain share dekat fb atau twitter. Alaaaa, benda senang je ni. Tak salah pun kan untuk kita buat. Buat sehari sekali pun dah memadai sangat.

Pernah dengar tak pepatah berkata, "Jika anda mahu dibantu, bantu orang lain." Haaaa. Kita pun mesti lah nak orang share entri kita kan? Tapi apa kata kita yang buat dulu. :D

Contoh yang korang boleh buat :-

  • RT post mereka di twitter atau share dekat facebook.
  • Buat post tentang favourite post pada setiap minggu.
  • Share senarai blogger favourite korang dalam blog.

4 : RECOMMEND

Cara ni pun mudah je. Korang cuma perlu share dalam blog post atau buat post tentang blog kegemaran korang. Cara ni Nurul dah buat untuk setiap bulan. Secara tak langsung kita share tentang blog mereka.

BACA SINI >> BLOGGER PILIHAN


5 : KLIK PADA LINKS

Cara ni mungkin banyak untuk sistem affiliate atau korang boleh je klik link-link iklan yang blogger lain up. Contoh macam link-link yang selalu blogger cari income, kita klik je dapat earning. Haaaa, tak salah pun untuk korang bantu rajin-rajin untuk klik links tu.

Kalau diri kita sendiri pun share link tu, mesti lah nak orang klik kan. Tapi kita kena buat dulu. In Sha Allah, Allah akan bagi lebih. Hehehe.


Jadi, itulah dia cara yang kita boleh terapkan dalam diri masing-masing. Kalau tak kita yang support sesama kita, siapa lagi kan. So, dah boleh lah start sekarang ~ Hehehe ^^



  • Share:

You Might Also Like

26 Comments

  1. Betul tu..kalau nak PV kita dan UV kita naik kena la rajin terjah blog kawan- kawan..tak boleh tunggu je kan..penting ke UV PV ni? penting bila seseorang blogger tu dah mula dapat job blogging dimana client akan minta semasa deal job atau sebut harga khidmat blogger. Bila client yakin dengan prestasi blog kita baru la kita terpilih untuk task tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. setuju tu kak.. sebab tu pentingnya 2 benda tu ^^

      Delete
  2. Wahh.. best lah tips2 ni Nurul. No 1 dan 2 tu biasa akak buat, 3 4 5 tu, tak pernah lagi, nak coba lah pas ni
    Pepatah berkata, "Jika anda mahu dibantu, bantu orang lain"
    Setuju sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. yup kak.. lepas ni kita sama-sama buat :D

      Delete
  3. betul tu. biasanya saya ambil masa free bila malam. terjah bloglist sendiri atau di mana-mana blog dan tinggalkan komen at least 1 komen. baru la jadi blogger community yang hidup harmoni hehe

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. pun boleh ~ kita kena pandai cari masa :D

      Delete
  4. Nice entri Nurul... Singgah support...

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat. Kalau takde sokongan daripada blogger lain... Memang blog kita akan sunyi 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. betul tu.. sebab tu pentingnya sokongan blogger lain ^^

      Delete
  6. Good sharing. setuju sgt2! Kalau gitu meh la join giveaway yg abam kie sdg anjurkan ini. Thanks syahirah!

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. In Sha Allah nanti Nurul join ye :D

      Delete
  7. tips yang bagus ni, setakat ni sha selalu jugak la komen blog lain kalau ada masa hehe sebab selalu busy sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. masa tu kita sendiri yang kena cari.. :D

      Delete
  8. Setuju tu.. Blogger tak akan naik kalau takde pembaca.. Kena saling sokong menyokong.. Bukan sebaliknya.
    Give and take

    ReplyDelete
  9. ain datang terjah blog sini.-farahain zfa-

    ReplyDelete
  10. komen mengomen tu mmg rabia suka..rabia rajin blogwalking blog org lain

    ReplyDelete
  11. betul tu..hye kawan baru hehe..klo pi bw tggal kan jejak kan..baru org tau kite lawat blog die kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. hye awakk.. kita da follow blog awak tau ^^

      Delete