Sebab Kenapa Perempuan Berdikari Sukar Berdampingan Dengan Lelaki

By Nurul Syahirah - March 04, 2018

Sebab Kenapa Perempuan Berdikari Sukar Berdampingan Dengan Lelaki | Macam menarik je topik kali ni? Hehehe. Pernah tak korang terfikir kenapa wanita yang kuat bekerja boleh disifatkan sebagai seorang yang berdikari dan sukar untuk berdampingan dengan lelaki.

Dah ramai yang Nurul nampak dan ada di sekeliling Nurul. Seorang manager perempuan yang masih single dalam usia awal 30-an. Memang semuanya bergantung pada jodoh. Tapi kenapa rata-rata kita nampak macam tu?

Walaupun tidak berdampingan dengan mana-mana lelaki, bukanlah bermakna mereka ni tak nak dicintai dan menolak cinta macam tu je. Seorang perempuan, malah setiap perempuan ada keinginan untuk dicintai dan disayangi. Tapi kadang-kadang tu lelaki susah nak bagi komitmen kepada wanita yang tabah dan mampu mengharungi segala cabaran dengan sendirinya.


Jadi, apa masalah yang sebenar untuk wanita berdikari ini sehingga lelaki sukar untuk mendekati mereka ataupun adakah mereka lebih selesa untuk bersendirian? Hurmmmm ~


1 : KOMPROMI
Bila dah lama sangat membujang, wanita yang berdikari ini semestinya dah menetapkan arah tujuan hidup yang tersendiri. Maklumlah, dah terbiasa membujang sehinggakan tidak bergantung pada mana-mana lelaki lagi. Jadi, wanita yang berdikari ini susah nak buat keputusan lebih-lebih lagi bila perlu berkompromi mengikut selera dan kehendak si pasangan.

Tapi kita kena ingat, pasangan adalah untuk dicintai dan bukannya untuk diarah-arahkan seperti kanak-kanak. Please jangan terlalu mengikut kehendak hati kerana lelaki sebenarnya yang patut memimpin. Bukannya wanita. Walaupun kita dah terbiasa bersendirian, bila dah berpasangan, kena ubah cara hidup tersebut.


2 : BERLAINAN PANDANGAN
Seorang wanita berdikari ni cenderung untuk merasakan yang dia tu betul je dalam semua perkara dan situasi. Tapi, adakalanya mereka ini lemah tau tapi disebabkan ego yang meninggi, mereka tak nak tunjukkan kelemahan pada orang lain.

Hakikat dan juga fakta. Memang kadang kala wanita ni kelihatan kuat bersendirian. Tapi sebenarnya wanita memerlukan sokongan seorang lelaki. Semua orang mempunyai kelemahan masing-masing. Jadi, tiada manusia yang sempurna.


3 : STANDARD TINGGI
Wanita yang berdikari ni sememangnya ada standard yang tersendiri. Dah menjadi tanggungjawab kita sebagai wanita untuk menjaga maruah diri dan berdiri di atas kaki sendiri dalam sesetengah perkara. 

Lelaki juga manusia biasa dan mereka semestinya ada cacat-cela yang seorang wanita boleh betulkan. Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada lelaki kerana sudah semestinya tak semua lelaki mampu mencapai citarasa korang secara menyeluruh,


4 : KEBEBASAN
Ini adalah perkara sebenar ! Wanita berdikari sebenarnya malas untuk memberi komitmen dalam membina hubungan kerana mereka takut ianya akan menyekat kebebasan diri sendiri. Betul juga tu. Kalau dah ada pasangan, pasti setiap sudut perkara kena si dia tahu. Dan mungkin si dia akan menyekat perkara yang ingin dilakukannya.

Tapi kita sebagai seorang wanita kena tahu, mana-mana lelaki yang ikhlas menyukai dan mencintai korang pasti akan menghormati segala keputusan korang dalam mencapai impian dan cita-cita.


Jadi, itulah sebabnya kenapa seorang wanita yang berdikari sukar untuk berdampingan dengan lelaki. Bukan sebab tak laku. Tapi mereka takut ianya akan menganggu rutin harian serta impian mereka. Hehehe. Nurul share berdasarkan pengalaman orang yang ada di sekeliling Nurul. Tapi lelaki kena tahu, seorang perempuan memang takkan lepas daripada perasaan sunyi dan inginkan keluarga yang bahagia. Ini bukan tipu. :D


  • Share:

You Might Also Like

3 Comments