Review Novel | Jangan Menangis Cinta Oleh Siti Rosmizah

By Nurul Syahirah - March 24, 2018

Review Novel | Jangan Menangis Cinta Oleh Siti Rosmizah | Assalammualaikum wbt semua ...

Dah lepas habis exam muet, mula lah tergedik-gedik nak baca novel. Hahaha. Sebenarnya novel yang Nurul beli ni memang daripada bulan 2. Tapi baru sekarang sempat nak membaca dan jeng jeng jeng ~ Semestinya habis dalam masa sehari. Siapa macam ni? Kita geng :D

Jadi, hari ni Nurul nak share dengan korang tentang review Nurul sendiri berdasarkan pembacaan Nurul. Siapa lah yang tak kenal dengan penulis novel terkenal, Siti Rosmizah kan. Ramai yang kenal. Beliau juga merupakan idola dalam penulisan Nurul.


Hampir semua novel beliau Nurul dah baca dan semua novel beliau lah takkan terlepas menjadikan mata Nurul bengkak-bengkak. Kenapa bengkak? Hahaha. Of course la sebab menangis ! Ishhh. Malu je baca novel menangis. Ehhhh, biarkan.


Dah novelnya sedih, dah lah kita ni hati tisu. Memang senang lah nak lenturnya. Hahaha. Itulah kelebihan novel beliau. Beliau akan selitkan elemen-elemen untuk memainkan emosi pembaca. Itu yang menjadikan novel beliau sangat sedih. Jom Nurul teruskan dengan Review Novel | Jangan Menangis Cinta Oleh Siti Rosmizah.


SINOPSIS

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran telah menghuru-harakan hidupnya.

"Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?" sindinya.

"Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal kena pelempang," marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membecinya.

"Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!"

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemai kasih dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

"Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!"

Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipiya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.


Apa yang Nurul dapat dalam novel ni sangat banyak inputnya. Input yang tanpa kita sedar berlaku di sekeliling kita. Tapi yang lain tu biasa lah, memang semua novel ada. Hehehe. Sweet, romantik, mak mentua tak boleh terima menantu dan kahwin paksa. Sangat klise.

Tapi yang lainnya dalam novel beliau adalah lahirnya anak yang tidak sempurna. Anak adalah amanah daripada Allah untuk ibu bapa. Oleh kerana ceteknya ilmu agama, bapa kandung sendiri sanggup membuang anak.

Itu lah yang berlaku. Memang pada realitinya ramai ibu bapa yang menerima kekurangan anak. Yelah kan, anak tu lah pengikat kasih antara suami isteri. Tapi kita tak tahu ada juga manusia yang tak ada hati dan perasaan, sanggup ada perasaan jijik dengan anak tersebut.

Nurul tahu memang itu adalah ujian yang besar. Tapi ujian tu lah yang menunjukkan Allah sayang pada kita. Betul tak?


Ada satu lagi bab yang Nurul nak share dengan korang ....


Hahaha. Hantaran sampai RM30 ribu tuuuuu. Alahai ~ Kesian pada lelaki yang terpaksa menerima jumlah hantaran tu. Faham pada yang mampu boleh lah bagi. Tapi pada yang tak mampu tu. Macam mana?

Tanpa kita sedar, ini pun terjadi dalam masyarakat kita kan. 


So far, Nurul suka dengan karya beliau. Bukan setakat kita sengih-sengih je bab romantik tu. Tapi emosi kita dicampur adukkan dengan sedih, geram, sakit hati dan gembira. Hehehe. Itu yang Nurul baca bila baca novel beliau.

Tapi yang penting, dalam novel ni tak ada adegan dengki mendengki sangat. Contoh yang kita baca selalunya perempuan lain dengki dengan perempuan heroin tu. Dalam novel ni ada. Tapi tak banyak. Nurul masih boleh menerima. Hahaha. Sebabnya Nurul tak suka baca yang bab macam tu. Sakit hati !

Jadi, korang yang kaki novel pun kena baca novel ni tau. :D


  • Share:

You Might Also Like

10 Comments