Produk Kecantikan Terbaru Umairah Uzma

By Nurul Syahirah - Wednesday, March 28, 2018

Produk Kecantikan Terbaru Umairah Uzma | Assalammualaikum wbt semua. Nama pun blog niche beauty, memang banyak lah tentang kecantikan dalam ni. Hehehe. Kecantikan bukan sahaja kita bermakeup tau. Malah kecantikan wanita adalah bagaimana kita menjaga diri kita sendiri.

Salah satunya adalah menjaga kecantikan. Haaaa, kali ni kita story pasal makeup pula. "Tapi Nurul tak makeup pun?" Hahaha. Nurul makeup. Tapi just a simple makeup. Sekadar bedak dan lipstick pun makeup juga kan ~ Hehehe. Lain orang lain caranya.

Nurul memang tak boleh pakai heavy makeup disebabkan jenis kulit muka Nurul yang agak sensitif. Pantang letak produk yang tak sesuai, mesti muka breakout. Jadinya, Nurul kena lebih berhati-hati.


Tapi kelainan pada produk terbaru daripada Umairah Uzma ni adalah Nurul boleh pakai dan muka Alhamdulillah memang ok. Hehehe. Sebab ianya adalah simple makeup. Contour, shading, eyeshadow dan seumpamanya memang Nurul tak letak.

Tapi selagi nampak kemas dan boleh buatkan diri kita yakin, itu dah kira cukup dah. Hehehe. 


Produk Kecantikan Terbaru Umairah Uzma

Bagi sesiapa yang belum lagi mengenali Umairah Uzma, mereka merupakan label produk kecantikan yang telah ditubuhkan pada tahun 2014 di mana produk pertama yang mereka keluarkan adalah inai. Wow ! Kiranya memang dah lama juga kan Umairah Uzma ni. Tapi mereka tak berhenti setakat keluarkan inai je tau.

Umairah Uzma tampil dengan berani untuk memperkenalkan pewarna kuku yang unik. Boleh dipakai oleh muslimah. Hehehe. Sebab apa? Ianya boleh ditanggalkan. So, masa nak solat tu boleh peel off je ~

Umairah Uzma menyertai Mood Republik julung kalinya pada tahun 2014. Tapi mereka hanya menjual pewarna kuku tu je tau. Paling terkejutnya, keuntungan yang diperolehi memang sangat banyak sehinggakan boleh mengeluarkan produk yang terbaru iaitu celak Mekah (eyeliner) yang tahan lama, kalis air tidak melekit. 

Sistem bisnes yang sangat teratur kan. Hanya menggunakan keuntungan produk untuk mengeluarkan dan membesarkan lagi empayar.

Umairah Uzma tak berhenti setakat tu je ye. Malah pada tahun 2015, mereka memperkenalkan lagi satu produk iaitu Makeup Fix Spray di mana idea ni datang ketika anak Puan Nurul menghidap eczema. Ada hikmah di atas semua yang berlaku kan. Malah makeup fix spray ni bukan calang-calang spray. Kenapa?

Okay, ianya diformulasikan daripada air semulajadi dan aloe vera. Jadi, sesiapa yang mengalami masalah eczema pun boleh menggunakan spray tersebut.


Kagum Nurul tengok perniagaan melayu berkembang maju. Bukan sahaja mengaut untung, malah dapat membantu sesiapa yang memerlukan. Dan hari ini, Nurul nak share dengan korang tentang set makeup Umairah Uzma.

Pada pendapat Nurul, produk ini sangat sesuai untuk sesiapa yang baru nak belajar makeup dan sesiapa sahaja yang menyukai makeup simple. Macam Nurul la ~ Hehehe.


UMAIRAH UZMA GLOWING FOUNDATION


Setiap kali nak bermakeup, mestilah kena ada foundation kan? Jadi, ini lah dia foundation Umairah Uzma yang tengah hot sekarang ni. Glowing Foundation ni berbentuk cecair yang berkrim dan paling Nurul suka adalah tekstur nya. Tak macam foundation lain tau. Tekstur nya sangat lembut dan ringan. 

Tidak berminyak, haaaa. Sesiapa yang ada masalah muka berminyak, jangan risau untuk menggunakan glowing foundation Umairah Uzma ni kerana ianya tak membuatkan muka kita berminyak. Kandungan yang terkandung sangat mengujakan di mana ianya terkandung vitamin C, rumpai laut, kolagen dan artibun.

Nak tahu apa yang membantu si pemakai?

  • Melembap dan menghaluskan kulit wajah
  • Menggantikan sela kulit mati
  • Melindungi wajah dari sinaran UV
  • Bertindak sebagai ejen anti penuaan bagi mengurangkan garis halus
  • Menjadikan kulit flawless dan glowing selepas sapuan
  • Mencerah, menganjal dan sekatakan tona kulit

UMAIRAH UZMA EYELINER & EYEBROW


Kebanyakan makeup dekat luar sana, eyerliner memang untuk eyeliner je. Eyebrow pun sama. Tapi kelainan yang ada pada Umairah Uzma ni lah yang membuatkan Nurul jatuh cinta. Hahaha. Satu pensil tu korang boleh guna sebagai eyeliner dan juga eyebrow.

Sangat jimat kan? Hahaha. Bawa ke mana-mana satu tu je. 


UMAIRAH UZMA MAKEUP FIX MIST


Korang sendiri pun tahu makeup fix ni untuk dipakai sebelum kita makeup bertujuan supaya makeup tahan lama kan? Tapi sebenarnya ada benefit lain tau. Makeup fix mist Umairah Uzma ni mampu merawat dan menghilangkan masalah resdung. Memang sesuai sangat lah dengan Nurul ni. Hahaha.

Untuk pengetahuan korang juga, Umairah Uzma Makeup Fix Mist ni pun dapat membantu memudarkan pigmentasi pada kulit akibat daripada sinaran UV, mengelakkan kulit dari kusam dan kering. Ianya akan memberi kelembapan yang baik untuk kulit kita ni. 


UMAIRAH UZMA SUPER MEGA VOLUME FIBER MASCARA


Walaupun Nurul bukanlah makeup dengan kerap, tapi banyak-banyak makeup yang Nurul suka adalah maskara ! Hahaha. Memang banyak betul koleksi maskara Nurul. Pakainya dah lah jarang. Hahaha. Nampak tak pembaziran di situ.

Kenapa ianya dipanggil sebagai super mega volume? Sebabnya maskara Umairah Uzma ni tak kedekut tau. Hehehe. Ada 15ml kut ! Memang boleh pakai banyak kali la kan. Maskara Umairah Uzma ni juga mengandungi vitamin B5 di mana ianya mampu menjaga bulu mata kita.

Paling penting, ianya tahan lama dan mudah dicuci ~ :D


Itu lah dia set basic makeup daripada Umairah Uzma. See, siapa kata nak belajar makeup kena guna banyak barang? Tak payah ~ Hanya dengan beberapa items je korang dah boleh start makeup. ^^



MAKLUMAT LANJUT :

CONTACT : 017-294 6162 (SANNAH ANNA)

INSTAGRAM : UMAIRAH UZMA


  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. kalau niche beauty blogger kena mekap semua ni.. hehehe.. eyeshadow kasi nampak.. blusher kena nampak

    ReplyDelete
  2. Dah lama jatuh hati dengan produk ini.tp blom berkesempatan nak mencuba

    ReplyDelete
  3. for me i think de,herbs suit me the best

    ReplyDelete