Perkara Yang Patut Kita Buat Jika Bekas Kekasih Muncul Kembali

By Nurul Syahirah - Friday, March 16, 2018

Perkara Yang Patut Kita Buat Jika Bekas Kekasih Muncul Kembali | Nurul assume pengalaman bercinta ni memang pernah terjadi dalam kehidupan manusia tak kira lah sama ada lelaki atau perempuan. Cinta? Itu adalah sesuatu yang normal. Pengalaman percintaan seseorang mungkin ada yang manis dan mungkin menjadi hempedu sepanjang zaman.

Pengalaman bercinta mungkin akan berlainan untuk setiap individu. Ada yang berjaya sampai ke jinjang pelamin dan tidak kurang juga ada yang terkandas kerana tiada jodoh untuk bersama. 

Tapi ! Tanpa kita sangka akan berlakunya adegan yang selama ni kita tak sangka iaitu bekas kekasih kita merangkak kembali untuk berada di sisi kita sedangkan si dia pernah mengecewakan kita. So, apa yang sepatutnya korang buat? Jeng jeng jeng ~ Best ke bosan topik hari ni eh? Hehehe. 


Tanpa kita sedar, kita pun berfikir kenapa bekas kekasih kita tu datang balik dalam hidup kita. Sedangkan dia yang dah mengecewakan kita. Ok, untuk persoalan tu ada jawapannya. 

Ada sesetengah kes yang seseorang memang sudi menerima bekas kekasih dia kembali. Tapi sebelum korang dan bekas kekasih korang tu bersatu semula selepas sekian lama lah korang berpisah, sangat-sangat penting untuk korang mengenal pasti apa motif mereka. Kebanyakan bekas kekasih ni kembali semula sebab nakkan peluang kedua atau peluang yang entah keberapa kalinya. Tapi korang kena tahu sejauh mana yang korang boleh gerenti bekas kekasih korang tu betul-betul dah berubah dan ikhlas untuk berbaik balik dengan korang. Atau itu semua adalah penipuan semata-mata.

Tapi ada juga sesetengah kes yang bekas kekasihnya datang semula kerana mereka ni dah betul-betul sedar diri akan kesilapan yang lepas dan nak perbetulkan apa yang mereka dah buat dulu. Ianya boleh jadi hubungan tu berjaya jika ianya dibaiki dengan cara yang betul.


Jadi, hari ni Nurul nak cadangkan dekat korang kot-kot la benda ni terjadi dalam kehidupan korang. Dan semuanya adalah dari pengalaman Nurul yang tak seberapa ni :D


1 : JUJUR DENGAN DIRI SENDIRI

Bila bekas kekasih korang tu muncul balik, korang bertanggungjawab untuk membuat keputusan sama ada nak jalinkan hubungan dengan bekas kekasih korang atau tidak. Yes ! Semuanya terletak pada korang.

That's why la penting untuk korang tahu kemahuan hati sendiri dan berlaku jujur dengan diri sebelum korang membuat keputusan. Apa yang Nurul boleh nasihat, fikir masak-masak dulu sama ada korang nak atau tidak untuk meneruskan kehidupan baru dengan bekas kekasih korang tu.

Saat ini, janganlah korang pergi fikir tentang orang lain pula ye. Tak perlu nak rasa kesian dengan bekas kekasih korang atau rasa bersalah terhadap diaorang ni. Dah diaorang yang buat perangai, buat apa kita nak fikir lagi kan. Hehehe. Yang penting adalah kemahuan korang. Korang kena fikir berbaloi ke korang get back dengan bekas kekasih korang tu setelah korang ditinggalkan dan disakiti? Berbaloi tak? Haaaa. Fikirkan ye. Kalau korang nampak yang dia dah betul-betul berubah, teruskanlah kalau hari korang mahukannya.

Tapi nak diingatkan. Kalau korang menerimanya kembali sebab dia kata dia nak berubah dan korang kesian dengan dia. Baik lupakan ! Korang bakal disakitkan semula. Percayalah ~ Sebab istilah "SUDAH BERUBAH" dengan "MAHU BERUBAH" adalah dua perkara yang sangat berbeza.


2 : BUAT BODOH, BUAT PEKAK

Setiap orang pasti ada perasaan ego yang tersendiri. Dan inilah masa yang terbaik untuk korang gunakan kuasa ego tersebut. Bila fikirkan balik, bunyi macam kasar kan? Tapi ini semua untuk mengelakkan korang rasa serba salah dan kesian. Sebab rasa tu akan membunuh diri korang sendiri. Paling senang, block je nombor telefonnya dan block juga segala media sosial diaorang ni. Korang kena sekat segala jalan yang membolehkan bekas kekasih korang jejak korang kembali. Kali ini, korang jangan kasi peluang sebab peluang yang sebelumnya pun si dia mungkir. Sanggup lagi ke korang disakitkan?

Pada saat ini, korang anggaplah perpisahan yang berlaku ni ada hikmahnya. Jika hati korang kuat mengatakan dia bukanlah orangnya, jangan tunggu dan rasa was-was lagi. Kata hati selalunya benar belaka.

Perkara penting sekarang adalah korang fokus pada masa hadapan korang dan suatu hari nanti, korang akan jumpa dengan seseorang yang betul. Allah jauhkan korang dengan orang yang salah untuk korang jumpa orang yang betul. Ingat, takdir kita Allah dah tentukan yang terbaik.


3 : DENGAR DULU APA YANG DIAORANG NAK CAKAP

Antara pilihan yang terakhir kalau korang tengok gerak-geri dia memang dah betul-betul berubah, wajar untuk korang bagi peluang duduk dan berbincang. Mana tahu ini menjadi permulaan yang bagus. 

Dengar dulu apa yang diaorang nak cakap dan mungkin kesilapan yang dia buat bukanlah kehendak dia pun sebenarnya. Mungkin disebabkan dipengaruhi emosi yang sedang marah atau tertekan. Biarkan si dia luahkan segalanya dan selepas tu baru lah korang buat keputusan sama ada korang nak terima dia balik atau tidak.

Tapi kalau lah korang rasa confuse lagi, korang jadikan dia sebagai korang terlebih dahulu. Berkawan dulu. Bila semula hubungan tu sedikit demi sedikit. Mana tahu yang dia memang dah betul-betul berubah. In Sha Allah, doa yang baik-baik je tau. :D


Jadi, tak susah sebenarnya nak tandingi bekas kekasih kembali semula. Cuma semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Kalau korang rasa korang nak dan ikut hati korang yang dia memang dah betul-betul berubah, teruskan. Paling mudah, buat Solat Istikharah. Korang akan dapat keputusan yang terbaik. ^^


  • Share:

You Might Also Like

10 Comments

  1. Kawan dulu, ok kot rasanya..
    Istikharah bebanyak, kalau adik Nona pesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah.. berkawan dulu.. mana tahu ada peluang lepas berkawan..

      Delete
  2. bila bercakap soal hati ni, lain orang lain pandangan dia kan? kalau sha, sha akan berkawan dulu, kalau okay apa salahnya, manatau jodoh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. yup.. tak salah untuk berkawan.. mana tahu dia dah memang betul2 berubah ^^

      Delete
  3. nice sharing

    Salam Sejahtera.

    Jemput join pencarian bloglist April 2018

    : http://aerillhassan.blogspot.com/2018/03/pencarian-bloglist-april-2018-by.html

    ReplyDelete
  4. pada kalau dah takda apa yang mendatangkan manfaat better move forward je hehehe. :D emm pada saya lahhh..
    follow sini #1027

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Nurul pun setuju dengan awak :D

      Delete
  5. Hahha kak liez dh lalui ex bf merayu nak balik.. actually kak liez dan ex bf (4 org yg serius plan nak kawin) semua putus cara senyap.. kak liez jenis tak kisah pun... but after dh kawin, 2 drpdnya dtg nak couple balik.. dan kak liez just bgth cr baik je..ada yg cuba WA lg tapi kak liez buat xlayan je... klau terserempak pun just buat mcm xnmpk..jgn layan sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. fuhhh ~ femes jugak akak ehh.. ^^

      Delete