Perbetulkan Niat Terlebih Dahulu Sebelum Melakukan Sesuatu Perkara

By Nurul Syahirah - Thursday, March 15, 2018

Perbetulkan Niat Terlebih Dahulu Sebelum Melakukan Sesuatu Perkara | Macam familiar sangat ayat tersebut? Ya ! Betul tu. Hari ni Nurul bukanlah nak buat usrah atau ceramah. Tapi sebagai untuk mengingatkan diri sendiri dan juga orang yang berada di sekeliling kita.


Perbetulkan niat? Niat yang macam mana? Sebenarnya, apa yang kita nak buat, akan dimulakan dengan niat terlebih dahulu. Untuk pengetahuan korang juga, niat ni mempunyai dua bahagian yang mungkin ramai tak tahu lagi. Jadi, hari ni Nurul kongsi dengan korang tentang niat. Sebab NIAT amat penting untuk kita perhatikan sebelum ianya bercanggah.

Apa yang Nurul boleh bagi contoh sekarang ni, ianya ada juga berkaitan dengan kehidupan Nurul sendiri dan mungkin boleh menjadi panduan atau pengajaran untuk korang juga. Sepertimana yang kita faham, remaja perempuan memang akan mengalami fasa untuk mengenal siapa diri kita sebenar. Fasa itu akan membuatkan seseorang remaja perempuan ingin mencuba pelbagai perkara bagi mencari identiti sendiri.

Contoh yang Nurul boleh bagi sekarang adalah Nurul ingin mencari kerja apa yang sesuai dengan Nurul. Apa yang Nurul niatkan dalam hati, hasil yang Nurul dapat dari pekerjaan Nurul tersebut adalah untuk menolong ibu dan abah. Nurul niatkan dalam hati, Nurul tak nak menyusahkan mereka lagi.

Jadi, Nurul ceburkan diri dalam dunia pekerjaan seawal umur 20 tahun. Mungkin tidaklah terlalu awal. Selepas Nurul habis praktikal, Nurul teruskan dengan bekerja. Nurul tak ambil masa  yang panjang untu berehat dekat rumah. Pada masa yang sama, Nurul rasakan diri ini patut mencari kerja sambilan. Makanya, Nurul ceburkan diri dalam bidang penulisan blog.

Memang dah agak lama Nurul berada dalam dunia blog sejak Nurul darjah lima lagi. Tapi ianya hanyalah sekadar hobi dan suka-suka. Disebabkan keinginan untuk mencari duit itu meninggi, Nurul cuba "menjual" penulisan Nurul dalam blog dan Alhamdulillah, ianya berjaya walaupun tidaklah sehebat blogger lain.

Seperti yang Nurul nyatakan tadi, ini semua berdasarkan pengalaman Nurul sendiri. Pada masa Nurul cuba jadi yang terbaik, tanpa Nurul sedar bahawa apa yang Nurul buat tak sesuai dengan profesion Nurul. Seorang blogger memerlukan berinteraksi dengan ramai orang. Tapi diri Nurul, bukanlah seorang yang mudah untuk berinteraksi. Nurul juga bukanlah seseorang yang mempunyai ramai kawan.

Boleh dikatakan Nurul seakan-akan duduk di bawah tempurung. Tapi bila Nurul mula untuk cebur dalam bidang yang berlainan, Nurul seakan-akan seperti mengalami "kejutan" yang Nurul sendiri pun tak tahu.



Jadi, apa yang Nurul nak sampaikan, janganlah kita buat sesuatu perkara tu dengan merosakkan niat kita. Benda yang kita nak buat tu dah elok tapi niat pula yang tak betul. Nampak tak korang dah buang masa dekat situ?

Orang nak jadi blogger, kita pun nak walaupun ianya bukan dalam profesion kita. Tanpa kita sedar, kita dah aniaya diri kita sendiri. Kalau korang minat dalam dunia blogger, teruskan. Tapi untuk peringkat awal, jadikan ianya sebagai hobi dan sesuatu yang korang suka dan nak teruskan.

Bukan niat nak jadi blogger untuk dapatkan duit. Ye, betul. Itu adalah salah satu niat kita. Tapi kena ingat, kalau korang niat 100% nak dapat duit melalui blog tapi korang tak beri manfaat kepada orang lain, jika "duit" yang korang nak tu korang tak dapat, automatik ianya akan menjatuhkan korang. Tanpa korang sedar. 


"Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat."

Seperti yang Nurul nayatakan pada awal posting tadi, niat mempunyai dua maksud. Yang pertama, ianya bermaksud gerak hati sebelum melakukan sesuatu ibadah. Contoh yang terdekat adalah solat

Maksud yang kedua pula adalah keinginan. Setiap manusia pastinya ada keinginan tersendiri. Tapi kita kena ingat, sesuatu kelakuan akan dinilai dengan niat atau gerak hati seseorang. Sama ada ianya akan dinilai baik atau buruk.

Pernah dengar tak niat ada kaitan dengan keikhlasan? Percaya tak kalau korang buat sesuatu dengan ikhlas, korang akan dapat "kemanisan" yang Allah bagi? Tak percaya? Buat dulu. Nurul tak tipu korang. Keihlasan ni datang dengan cara yang sangat halus. Halus sehinggakan kita tak percaya yang kita buat tu adalah ikhlas. Ikhlas hanyalah kerana Allah sahaja. Lakukan sesuatu perkara ikhlas kerana Allah.

Ikhlas adalah satu syarat sesuatu perkara baik itu diterima amalannya. Sebab itu lah yang telah Nurul nyatakan, niat kena betul terlebih dahulu. Baru lah kita boleh menjadi seorang yang ikhlas.


"Niat penentu keberkatan kerja."

Kesimpulannya, amal yang ikhlas didahului dengan niat yang baik. Niat yang tulus. Niat yang tanpa sebarang helah. Untuk berjaya, jangan sesekali terapkan dalam diri perasaan sombong. Siapa kita untuk sombong? Sedar diri tu sikit. Kita sesama manusia adalah untuk menolong. Bukan saling menyombong. 


  • Share:

You Might Also Like

12 Comments

  1. Betul.. Perbetulkan niat kita elok2.. Bila ada yang memusuhi kita, abaikan.. Ingat Allah ada untuk kita... Doa yang baik2 aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak leya.. hanya doa yang baik2 ^^

      Delete
  2. Betul tu.. Setuju 100% dengan posting Nurul.. Kita nak buat sesuatu perlu betulkan niat. Niat yang baik dan lakukanlah dengan baik.. Susah sekarang ni nak cari orang yang ikhlas dan mementingkan kualiti lebih dari publisiti😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah.. kadang2 pada awalnya niat kita dah elok da.. tapi dah nak sampai penghujung tu, hasutan semua ada sampai niat tu jadi salah.. kena fikir balik kenapa kita bermula..

      Delete
  3. ain datang terjah blog sini.-farahain zfa-

    ReplyDelete
  4. setuju.kadang2 benda yang kita buat tu tak jadi mungkin sebab niat kita tak betul.
    buat apa2 kena betulkan niat dulu


    btw jum join segmen airah http://www.airahsyahirah.com/2018/03/segmen-cari-bloglist-sebulan-by-airah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. mungkin semuanya daripada niat kita..

      Delete
  5. Betul tuh. Sebelum buat sesuatu perkara memang kita kena perbetulkan niat.nih kadang kadang niat lain tapi bila tiba masa lain pula.jadinya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah kak.. Nurul setuju dengan akak.. sebab niat ni elemen dia sangat halus..

      Delete
  6. betul2
    kena tengok niat
    ikhlas tu hanya kita dan Allah yang tahu :)

    ReplyDelete