Pelancaran Honor 9 Lite Kerjasama Daripada Shopee Dan Honor

By Nurul Syahirah - March 06, 2018

Pelancaran Honor 9 Lite Kerjasama Daripada Shopee Dan Honor | Zaman sekarang ni gadget kemain lagi dah makin canggih. Tak kira lah dari segi handphone atau barangan elektronik yang lain. So, hari ni kita fokus kepada handphone ye. Rata-rata kita tengok banyak sangat model handphone yang telah dilancarkan. Baru je keluar yang baru, ada lagi yang baru.

Hahaha. Itu normal mengikut perkembangan dunia. Rata-rata syarikat handphone pun berpusu-pusu untuk melancarkan jenama handphone yang baru atau siri yang baru. Dan juga Honor tak nak ketinggalan tau. Mereka pun akan melancarkan sebuah siri handphone yang terbaru iaitu Honor 9 Lite. Paling best kali ni sebab ianya kerjasama bersama Shopee.


Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Usahasama tersebut membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja. (Harga pasaran RM749) untuk masa yang terhad pada 9 Mac 2018. Honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee.


Wahhhh. Honor 9 Lite pula lepas ni. Hahaha. Korang kena save duit siap-siap la ye. Harga pun memang mampu milik. Jom kita tengok ciri-ciri Honor 9 Lite ni ^^

1 : Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) Dengan Empat Kamera
Honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai, serta kesan 'bokeh' setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.


2 : Rekaan Dan Paparan Yang Menawan
Direka dengan ciri-ciri yang cantik dan praktikal, Honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa 'bezel' FullView HD (berdefinisi Tinggi) dan kemasa seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi.


3 : Berprestasi Tinggi
Telefon Honor 9 Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3gb RAM dan ruangan storang 32gb (boleh ditambah sehingga 256gb). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.

Dan korang boleh dapatkan Honor 9 Lite ni dalam 2 variasi iaitu Sapphire Blue dan Glacier Gray.



Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon pintar Honor 9 Lite yang baru ini.

So, cepat-cepat la korang download aplikasi Shopee ni dekat telefon pintar korang ye ^^


MAKLUMAT LANJUT :




  • Share:

You Might Also Like

8 Comments