Movie Review | Game Night

By Nurul Syahirah - March 06, 2018

Movie Review | Game Night | Jeng jeng jeng, review movie lagi ~ Hehehe. Dah alang-alang kita keluarkan, so rest secukupnya. :D And kali ni review movie Game Night pula. Ok, sebenarnya Nurul bukan lah seorang yang tengok cerita actions. Kalau pergi wayang pun setakat cerita hantu atau kartun. 

Tapi cerita hantu tu memang Nurul akan bawa adik. Pergi sorang memang tak berani :p Kali ni tengok genre yang jarang ku tengok. Hakikatnya memang best. So, jom teruskan dengan review Nurul ^^

Image result for movie game night

BACA SINI >> IT | MOVIE REVIEW

Firstly masuk wayang tu memang Nurul dah mengantuk tahap maksimum. Haishhh. Boleh pula mengantuk time tu kan. Tapi ku gagahkan diri juga. Nasib baik ada air mineral :p

Game Night ni bukanlah cerita seram. Tapi awat banyak sangat scene mengejut ! Lepas scene tu, terbeliak mata terus dan langsung tak rasa mengantuk. Sampai habis Nurul layan cerita tu. Hehehe. Keseluruhannya cerita ni memang best sebab comedy actions.

Dan dari penghayatan Nurul, cerita ni pun ada berkait dengan nilai persahabatan. Bila ada, langsung tak dihargai. Bila takde, baru nak menangis. Pada awalnya gimik semata-mata. Tapi ada scene yang dimana jiran mereka kena tembak betul-betul (tak ingat nama :p).

Dan scene paling Nurul benci bila penjahat tu kena tarik dengan kipas kapal terbang. Berkecai ! Hahaha. So, tak nak spoilkan korang lagi. Better pergi tengok cepat. :D


SINOPSIS

Sekumpulan rakan, Max, Annie dan Brooks sering bertemu untuk bermain permainan pada waktu malam (game night). Brooks telah mengatur satu kes pembunuhan misteri siap dengan ejen persekutuan dan samseng tiruan. Jadi apabila Brooks diculik, ia sepatutnya termasuk dalam permainan itu. Ketika mereka cuba menyelesaikan kes tersebut, mereka mendapati yang ianya bukan sekadar permainan dan menjadikan malam mereka huru-hara.

Bahasa : Inggeris
Sarikata : Melayu / China
Klasifikasi : 18
Tarikh Tayangan : 1 Mac 2018
Genre : Komedi / Misteri
Durasi : 1 jam 40 minit
Pengedar : Warner Bros Pictures
Pelakon : Jason Bateman, Racheal McAdams, Kyle Chandler, Jesse Plemons, Jeffrey Wright
Pengarah : John Francis Daley
Format : 2D

  • Share:

You Might Also Like

13 Comments