Mega Wedding Malaysia Menawarkan Pakej Perkahwinan Serendah RM7000

By Nurul Syahirah - Monday, March 05, 2018

Mega Wedding Malaysia Menawarkan Pakej Perkahwinan Serendah RM7000 | Alhamdulillah. Untuk kali kedua Nurul berpeluang untuk menghadirkan diri ke Mega Wedding Malaysia yang ke 5. Hehehe. Suasana yang sangat meriah menyebabkan Nurul suka pergi sini.

Bertambah lagi dengan tengok design-design pelamin dan juga baju. Semua orang mengimpikan perkahwinan yang serba serbi mencukupi. Tapi masalah yang ramai orang hadapi adalah kekurangan budget mengikut kehendak masing-masing. Tapi ! Mega Wedding Malaysia dapat merealisasikan impian korang. Apa benda tu? Hehehe. Sabar ye Nurul story lebih lanjut.



Pernah tak korang terfikir nakkan majlis resepsi yang sangat eksklusif? Sekarang nak yang eksklusif, tak lepas daripada RM20K ke atas memang tak sah kan. Tapi, Mega Wedding Malaysia menawarkan perkahwinan eksklusif hanya RM7000 sahaja. Dan bagi Nurul ianya sangat berbaloi disebabkan harga yang murah dan pakej yang ditawarkan bukan calang-calang pakej.

Jom Nurul listkan apa pakej yang korang boleh dapat dengan harga RM7000 tu. Jangan terkejut ye :D

  • Tajaan dan Pengurusan majlis pernikahan
  • 200 pax jemputan untuk setiap pegantin (nak tambah pax lagi pun boleh)
  • Menu katering istimewa
  • Live show daripada band terpilih
  • Deejay jemputan dan PA system
  • "Door Gift" untuk setiap tetamu
  • Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
  • Liputan khas daripada media
  • Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
  • Pelayaran Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
  • Pelamin gergasi eksklusif istimewa
  • Pelamin nikah di dalam cruise
  • Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
  • Kek kahwin untuk semua pasangan
  • Parkir khas untuk pegantin
  • Hand bouquet setiap pasangan
  • Penginapan hotel satu malam di hotel 5 bintang (Putrajaya)


Dushhh ! Busana ni cantik sangat. Hahaha. Mungkin sebab warna favourite Nurul kut? Hahaha. Setiap pasangan akan naik cruise ni untuk menuju ke tempat persandingan. Harga naik cruise ni pun boleh tahan mahal tau. So, memang masa yang sesuai untuk korang yang bakal berkahwin mendapatkan pakej ni sebab pakej dah include sekali. No extra charge ye :D

Mega Wedding Malaysia 5.0 kali ni disertai oleh 8 pasangan yang cukup segak dan cantik. Hehehe. Lagi-lagi bila dikenakan dengan busana pegantin yang sangat cantik. 

Jap-jap. Korang mesti nak tengok pelamin dia macam mana kan? Haaaa. Nurul suka sangat part pelamin dia sebab menggunakan tema yang sangat simple tapi sedap mata memandang. Banyak-banyak gambar yang Nurul tangkap tu, gambar pelamin je la ~ Hehehe.



Hokayyy ~ Selepas setiap pasangan bersanding, para pegantin dan para tetamu disajikan dengan menu yang sangat sedap. Kebetulan masa tu Nurul dah la tak breakfast apa lagi. Hahaha. Terus makan lunch. Nasib baik berselera dan lauk-pauk nya pun memang sedap. Daging kicap yang sangat sedap ! Haishhhh. Sempat lagi aku ni kan :p


Selepas sesi makan beradab, acara diteruskan lagi dengan sesi memotong kek. Kek pun dah include sekali ye dalam pakej. Korang tak payah nak pening-pening lagi. Datang sebagai raja dan ratu sehari je. Haaaa ~ Gitu. Hahaha. 



Sudah selesai majlisnya ~ Alhamdulillah. Hehehe. Siapa kata kahwin ramai-ramai ni tak best sebab takde memori sendiri? Haishhh. Korang kena fikir kehidupan korang sebagai suami isteri di kemudian hari macam mana. Kalau perkahwinan yang sampai RM20k - RM30k, sehinggakan korang lepas berkahwin tu dikategorikan sebagai berhutang. Lepas adakan majlis korang kopak. Nak ke?

Perkahwinan RM7000 sangat jimat bagi Nurul. Kita masih ada saving untuk masa akan datang. Itu yang penting. Yang penting, ianya sah ! Kannnn ~ Hehehe. Tapi mana yang mampu tu, korang boleh teruskan dengan planning asal korang. Jangan risau. :D

Tapi kalau Nurul diberi pilihan, yes, Nurul akan pilih cara ni. Duit lebih boleh pergi honeymoon ke, beli keperluan rumah ke atau apa je la yang diperlukan. Hahaha. Ecehhh ~ Padahal belum masanya lagi. :p So, pilihan di tangan korang tauu. Nurul tak hasut. :D


BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN DI :-




  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. wah best tu naik cruise lagi tu..memori habis la camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. memang memori sangat ni..

      Delete
  2. Nampak mewah dan sangat murah... Pasti menjadi daya tarikan kepada bakal-bakal pengantin kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. nampak mewah dan harganya sangat mampu milik :D

      Delete