Ketahui Jenis Dan Fungsi Beg Tangan

By Nurul Syahirah - March 10, 2018

Ketahui Jenis Dan Fungsi Beg Tangan | Setiap perempuan pasti akan membawa beg tangan ke mana sahaja mereka pergi kan. Tak ketinggalan Nurul juga. Hehehe. Sebabnya beg tangan atau handbag ni memang dah jadi satu keperluan untuk dibawa ke mana sahaja.

Yang pastinya, beg tangan yang dibawa tu akan memberi banyak faedah kepada seorang perempuan. Malah bukan kita je tau. Ianya akan membawa faedah kepada ayah, husband dan juga adik lelaki. Tapi kenapa? Hohoho ~ Segala kunci kereta, purse malah handphone pun nak sumbat dalam handbag kita tauuu. Dah biasa kena. Hehehe.

So hari ni Nurul nak berceloteh sedikit tentang jenis-jenis beg yang kita selalu pakai dan kemungkinan kita tak tahu pun beg tangan tu jenis apa dan apa fungsinya. :D


Beg tangan atau handbag merupakan aksesori wajib setiap kali seorang wanita nak keluar dari rumah. Tak kiralah mana kita nak pergi, handbag memang dah menjadi peneman setia untuk setiap wanita. Bukan setakat kunci dan dompet je kita letak dalam handbag bila nak keluar, malah macam-macam isi yang kita nak sumbat dalam tu kan? Hehehe.


Dekat pasaran kan dah banyak dan pelbagai handbag yang dijual. Kita cuma pilih ikut kesukaan kita je. Malah ianya juga bergantung pada kesesuaian majlis yang kita nak pergi. Bukan itu sahaja, handbag juga mampu menyerlahkan gaya personaliti kita.

Jadinya, kalau korang nak tukar handbag, ikuti tips simple ni ye. ^^


1 : TOTE BAG

Rekaan : Berbentuk segi empat dan bersaiz lebar. Ada pelbagai pilihan fabrik seperti kulit, kanvas dan nilon.

Kegunaan : Saiz besar dan lebar sesuai digunakan untuk ke pejabat dan kelas. Buku dan laptop boleh muat dalam tote bag ni. Jadi tak payah susah-susah kita nak dukung laptop yang berat tu.


2 : CROSS BODY
Rekaan : Beg silang biasanya tali beg lebih panjang dan dipakai secara bersilang. Cross body ni tak semestinya bersaiz kecil tapi ada juga size besar macam tote bag.

Kegunaan : Sesuai digunakan sebagai kegunaan harian seperti ke majlis kasual, bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Sebab ianya senang untuk dibawa dan bebas kerana kita tak perlu pegang tali beg tersebut.


3 : HOBO BAG

Rekaan : Bertali pendek dan haya ada 1 zip sahaja. Size beg hobo ni lebih kurang macam size tote bag.

Kegunaan : Boleh digunakan untuk ke pejabat, majlis kasual dan ketika kita nak pergi shopping.


4 : CLUTCH


Rekaan : Bersaiz kecil dan biasanya berbentuk memanjang. Beg clutch ni banyak yang menggunakan butang katup berbanding zip. Beg ini pun penuh dengan batu permata dan sulaman. Nampak eksklusif sangat designnya.

Kegunaan : Sesuai untuk kita kelihatan anggun di majlis formal. Cumanya guna beg ni tak boleh lah nak bawa barang banyak-banyak. Untuk Nurul memang tak sesuai. :p


5 : BUCKET BAG

Rekaan : Diilhamkan dari bentuk uncang. Beg jenis ini ada satu tali panjang untuk digalas pada bahu dan takde sebarang zip pun. Tapi ianya diganti dengan tali pengikat yang boleh diselaraskan.

Kegunaan : Sesuai untuk gadis remaja ke kolej dan bersantai. Disebabkan beg bucket ni berbentuk memanjang, kasut dan bekas makanan pun boleh muat masuk.


Jadi, dah jumpa beg yang korang nak beli? Haaa. Pastikan handbag korang sesuai untuk sesuatu majlis. Tapi la kan, Nurul tak pentingkan pun semua tu. Hahaha. Asalkan boleh muat masuk barang Nurul dan ianya selesa untuk dibawa kemana sahaja. :D



  • Share:

You Might Also Like

20 Comments