Gigi Cantik Bersinar Bersama Tooth Beauty Kit

By Nurul Syahirah - March 23, 2018

Gigi Cantik Bersinar Bersama Tooth Beauty Kit | Bukan setakat muka je kena lawa. Tapi gigi pun mesti lah kena cantik dan putih sebab ianya akan menjadikan imej korang. Siapa lah tak nak gigi putih. Semua nak kan?

Bila gigi putih tu cantik je kalau orang lain tengok. Kita nak senyum pun tak malu-malu. Walaupun gigi kita tak lah cantik berbaris, tapi cukup lah sekadar nampak lebih cerah dan lebih putih.


Nak gigi cantik, putih dan bersinar ni macam-macam cara kita boleh buat tau. Mungkin ada yang gosok gigi setiap pagi sebelum mulakan sebarang aktiviti dan gosok gigi sebelum tidur. Tapi malangnya gigi kuning tu tetap ada juga.

Dan Nurul pernah dengar yang kena guna baking soda dan arang untuk putihkan gigi tapi adakah ianya berhasil? Hehehe. Dan korang pun jangan terkejut kalau ada yang berkata garam pun boleh buatkan gigi kita putih.

So, hari ni Nurul nak share dengan korang sikit cara putihkan gigi dengan selamat ^^


1 : GOSOK GIGI DENGAN BETUL
Kita disarankan untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minit untuk setiap kali sesi. Tapi kita kena hati-hati juga tau. Jangan gosok gigi dengan terlalu lama kerana takut gusi dan lapisan kekuatan enamel akan terganggu. Maka jadi lah masalah gusi bengkak dan luka.


2 : ELAKKAN MEMINUM KOPI DAN TEH
Buat pengetahuan korang, kopi dan teh merupakan salah satu penyumbang untuk gigi kita nampak kuning. Boleh minum. Cuma jangan secara terlalu kerap. Lagipun ianya tak elok untuk kesihatan kan.


3 : PENGAMBILAN UBAT-UBATAN
Pengambilan ubat-ubatan pun boleh menyumbang kepada kekuningan gigi. Bukan semua ubat. Contoh yang terdekat adalah ubat antibiotik doksisiklin boleh menggelapkan gigi kanak-kanak yang berumur kurang 8 tahun. Malah sesetengah ubat untuk tekanan darah tinggi juga boleh merubah warna gigi orang dewasa.


4 : ANDA SEORANG PEROKOK
Jauhi rokok ! Hehehe. Actually rata-rata kita nampak memang seorang perokok mempunyai gigi yang kuning. Bukan semua la tapi rata-rata. Rokok kan produk yang berasas daripada tembakau. Dan tembakai boleh mengotorkan gigi kita.



So, itu lah dia serba sedikit perkara-perkara yang kita kena jauhkan dan buat untuk dapatkan gigi yang cantik bersinar. Nak senyum pun takde cover-cover dah lepas ni lagi-lagi kalau dah ada Tooth Beauty Kit. Eh ! Apa tu?

Hehehe. Ini lah yang Nurul nak story dengan korang. Tooth Beauty Kit ni didatangkan dengan 2 jenis produk iaitu Super Carbon dan Pen Pemutih Gigi. Dua produk ni memang tengah viral tau sekarang. Tooth Beauty Kit ini merupakan alat pemutih gigi yang berkesan pada masa sekarang.

Lagi-lagi untuk produk Super Carbon tu. Super Carbon merupakan serbuk arang di mana ianya cara yang paling selamat dan terkawal kerana terhasil dari bahan semulajadi dan tidak menghakis. Pernah kan tengok video yang gosok-gosok gigi, gigi hitam tu. Haaaa, ini lah dia. Hehehe. Walaupun pada awalnya hitam, lepas dah basuh tu makin bersinar gigi korang nanti. ^^


KELEBIHAN SUPER CARBON
  • Melindungi gusi dari jangkitan bakteria.
  • Meneutralkan masalah nafas berbau.
  • Menghilangkan karat-karat pada gigi.
  • Menstabilkan PH dalam mulut 100% dari bahan semulajadi.
  • Mencegah masalah kaviti.
  • Menguatkan gigi.
  • Kelulusan KKM.

Okay, kita teruskan dengan pen pemutih gigi pula. Pen pemutih gigi ni pun pernah popular tahun lepas. Tapi ia membuat kemunculan semula pada tahun ini. Hehehe. Nurul suka jenis pen pemutih gigi ni. Sebab sangat mudah nak bawak travel.


Pen Pemutih Gigi adalah sejenis pen yang mengandungi gel khas untuk memutihkan gigi.

KELEBIHAN PEN PEMUTIH GIGI

  • Gel berkualiti tinggi tidak sama sekali merosakkan enamel tetapi ia membuang kotoran yang melekat padanya.
  • Bahan yang digunakan telah melalui ujikaji. Mempunyai sijik CE, MSDS & FDA. Probabiliti pengguna yang mengalami masalah gigi sensitif dan iritasi adalah terlalu kecil.
  • Senang dibawa dan mudah dipakai.
  • Kelulusan KKM

Banyak sangat kelebihan yang ada dalam Tooth Beauty Kit ni kan. Bukan setakat muka je kita kena jaga. Malah kesihatan dan kecantikan gigi pun kena jaga. Dan lagipun ianya merupakan salah satu penampilan kita kan. So, memang penting untuk kita ambil berat.


TOOTH BEAUTY KIT HANYA BERHARGA RM70 !!!




INSTAGRAM : @rznbeauty_official2

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments