Blogger Pilihan Februari 2018

By Nurul Syahirah - March 01, 2018

Blogger Pilihan Februari 2018 | Yeahhh ! Kita jumpa lagi dalam slot blogger pilihan pada setiap bulan. Alhamdulillah. Untuk bulan Februari pun Nurul akan up 5 blogger pilihan Nurul.

Ini merupakan pilihan Nurul tau. Nurul letak dalam list atas kesukaan Nurul terhadap blog tersebut. Dan Nurul akan terangkan details seterusnya kenapa Nurul jadikan blog tersebut sebagai blog pilihan pada bulan ini. Yang paling best, korang pun boleh blogwalking ke blog mereka ini ^^


Jom la kita teruskan ye. Sebab posting macam ni memang Nurul fokuskan kepada blog tersebut. Korang pun jangan lupa singgah tauuu ^^


1 : NEEZA


Nurul pernah jumpa beliau sekali je masa gala dinner dulu. Hahaha. At first memang Nurul tak kenal pun beliau. Tapi pernah lah juga masuk blog Neeza. Sebab itu pentingnya ada event. Masa event tu la kita akan kenal dengan blogger yang selama ni kita tak pernah jumpa pun. Jadinya, Nurul suka baca blog Neeza sebab banyak mengisahkan tentang perjalanan kehidupan beliau. Neeza banyak berjalan. Hehehe. Nurul suka baca tempat-tempat yang orang lawat atau pergi bercuti. So, dekat blog Neeza banyak ^^



Kak Fieza ni pun Nurul dapat bersua muka masa dekat event media. Hahaha. Percayalah ~ Kebanyakan blogger memang Nurul jumpa dekat event je. Sebab dekat event la peluang untuk kita bersua muka bersama blogger. Keunikan yang ada pada blog Kak Fieza ni adalah domain beliau. Cuba korang tengok. Kak Fieza menggunakan domai xyz kan. Hehehe. Actually domain ni luar negara yang ramai pakai. Tapi Nurul suka juga domain gitu sebab nampak lain daripada yang lain. ^^




Blog Kak Maria pun merupakan salah satu blog yang Nurul suka singgah. Tapi sebab apa? Sebab dalam blog beliau banyak memuatkan tentang info-info islamik. Selalunya Nurul akan tertarik dengan tajuk yang ditulis. Ye la kan ~ Dekat dashboard kan akan ada setiap entry blog yang kita follow. Dari situ la Nurul singgah blog Kak Maria. Hehehe. Info dalam blog beliau ni memang sangat padat dan berinformasi. ^^




Makan dan Nurul tak dapat dipisahkan. Hahaha. Nurul suka sangat-sangat blog ena ni sebab banyak sangat pasal makanan ! Fuhhh. Terliur tau. Ena dikenali sebagai blogger food hunter. Kalau korang singgah blog beliau pun tak rugi. Korang akan tergoda tengok makanan yang beliau review. Hahaha. Dah ada beberapa wishlist Nurul untuk pergi tempat yang beliau review. Tapi tak pergi-pergi lagi. :p




Jeng jeng jeng ~ Nurul kalau singgah instagram beliau, memang terliur tengok gambar-gambar makanan yang ditunjukkan. Hahaha. So untuk maklumat lanjut, Nurul teruskan ke blog beliau. Lagi la weiii ~ Nurul paling suka bab beliau review makanan melayu. Walaupun Nurul ni tak boleh nak makan pedas sangat, tapi bila beliau review tu, nampak macam sedap je. Hehehe.


So, itulah dia 5 blogger pilihan Nurul untuk bulan Februari 2018. Semua blogger yang hebat-hebat belaka tau. Korang pun jangan lupa singgah dan ikuti kisah mereka di media sosial ye. ^^

  • Share:

You Might Also Like

22 Comments