5 Perkara Jangan Buat Ketika Bergaduh

By Nurul Syahirah - Tuesday, March 20, 2018

5 Perkara Jangan Buat Ketika Bergaduh | Dalam perhubungan, istilah bergaduh tu sangat normal. Yela kan. Ianya memang berlaku dalam setiap pasangan. Tapi gaduh tu gaduh juga. Cuma jangan sesekali korang buat 5 perkara ini masa korang tengah bergaduh ye.

Sebenarnya korang boleh settle dengan cara baik. Berbincang sama-sama dan jangan lah api dibalas dengan api. Kalau korang tahu pasangan korang jenis yang tak boleh kawal kemarahan, korang kena jadi seorang yang cool. Turunkan ego tu sikit ye ^^


5 Perkara Jangan Buat Ketika Bergaduh

1 : TENGKING

Aksi tengking-menengking ni memang akan berlaku tatkala kita bergaduh. Tapi percayalah, takde apa-apa kebaikan pun untuk korang lakukan adegan ini. Buat penat adalah. Kebanyakan orang menengking semasa bergaduh ni sebenarnya nak pasangan faham apa yang kita cuba sampaikan. Tapi bila korang bercakap dengan cara menengking, sebenarnya korang menakutkan lagi pasangan korang dan sekaligus akan menambahkan kemarahan yang tersedia ada.



2 : HENTAK-HENTAK

Hahaha. Benda ni biasa juga kut. Tujuan hentak-menghentak barang ni adalah untuk menunjukkan rasa tak puas hati. Macam protes la juga. Tapi korang kena tahu bahawa cara ni pun takkan menyelesaikan apa-apa pun.

Cuma cara ini lebih kepada provokasi. Memang menyampah juga kan kalau dengan hentak-hentak barang ni. Kalau barang tu boleh marah, memang dah lama marah. Hehehe. So, cuba kawal kemarahan tu tau. Tak mau la hentak-hentak barang tu, tak manis. :D


3 : CAKAP IKUT SEDAP MULUT

Ni satu kes lagi. Memang pernah terjadi dalam diri kita setiap kali bergaduh. Kalau dulu mungkin kita pernah dengan peribasa "Kata ketika diamuk marah adalah kata yang paling benar". Tapi sebenarnya bukan betul sangat pun. Kadang kala kita tengah marah ni bukan betul sangat apa yang kita cakap tu. Semuanya ayat yang dipengaruhi oleh sifat syaitan diakibatkan oleh kemarahan yang kita alami.

Sebenarnya kita cakap lebih untuk menyakitkan hati pasangan je. Betul tak? 


4 : CARI KETENANGAN DEKAT ORANG LAIN

Trend sekarang ~ Rata-rata Nurul tengok konon budak baru nak up la kan. Hahaha. Ada je yang bagi alasan bahawa pasangan diaorang ni memahami kita. Siap tanya dekat orang lain sama ada diri kita ni tak cukup baik lagi ke untuk orang yang sekarang, Dah engko tanya orang yang salah, memang dia akan tenangkan engko dengan ayat manis dia. Hahaha.

Dah ! Tak payah menggedik. Redakan kemarahan korang dulu sebelum buat sesuatu tindakan. Ingat, semua tu akan buatkan korang menyesal. 


5 : PUKUL

Haihhh. Bab ni memang menggerunkan.Keganasan bukan sahaja berlaku pada kaum hawa tau. malah kaum adam pun alaminya. Jadi, kalau korang nak marah-marah tu, tak kisahlah korang tu suami atau isteri, jangan sesekali naik tangan ye ~


Jadi, itulah dia 5 perkara yang korang jangan buat bila bergaduh. Cuba kawal dulu emosi tu sebelum melakukan sesuatu dan cakap sesuatu. Sebab tindakan korang selepas tu akan membawa korang ke step seterusnya. Semua orang ada keburukan. Kalau ada keburukan pada pasangan, baiki. Bukan cari orang lain ! :D


  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Klau kak liez macam beecinta gaduh mmg kak liez letak je phone.. ko call berpuluh kali mmg xangkat smp marah reda.. klau dah kawin just marah dalam hati...muka masam atau jawab soalan acuh acuh je.. sbb xnak smp marah membuak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul.. agaknya marah masa bercinta dengan marah dah jadi wife ni lain ehh..

      Delete
  2. Betul.. Setuju tuh.. Biasalah kan.. Lumrah manusia.. Tipu lah kalau tak ada sifat marah.. Bukan manusia namanya tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betul tu kak.. marah tu subjektif.. tapi kita kena la pandai handle.. ^^

      Delete
  3. hihi good info..kdg2 tu tertinggi suara jugak..

    ReplyDelete