5 Krim Tangan Untuk Tangan Yang Lembut

By Nurul Syahirah - March 30, 2018

5 Krim Tangan Untuk Tangan Yang Lembut | Selain rupa paras, tangan juga perlu dijaga. Kita sebagai perempuan mestilah nakkan rupa paras yang bersih daripada jerawat dan segala parut kan? Dan kita sebagai perempuan pun nakkan kulit muka yang gebu kan? Haaaa. Sebenarnya tangan pun kita kena nakkan semua tu.

Sebab apa? Hehehe. Sebenarnya bukan lah hal besar sangat pun. Tapi memang lumrah untuk perempuan kesempurnaan dalam apa jua keadaan. Dulu kita pernah dengar kan bila buat kerja banyak tu akan mengasarkan tangan? Yes. Memang betul. Tapi boleh je lembutkan balik ^^

So, hari ni Nurul nak share dengan korang krim tangan yang boleh menjadikan tangan korang lembut semula. Boleh lah pilih mana yang berkenan. :D


5 Krim Tangan Untuk Tangan Yang Lembut


1 : AVOCADO, OLIVE & BASIL ULTRA MOISTURISING HAND THERAPY (CRABTREE & EVELYN)

Krim tangan ni mengandungi ceramide yang berfungsi untuk membantu tangan mengekalkan kelembapan kulit untuk kelembutan yang luar biasa. Lagipun krim tangan ni ada ekstrak buah avocado. Kita pun tahu kan bahawa buah avocado ni mampu melembutkan kulit. Krim ni juga diformulasikan tanpa pewarna, paraben, phthalates, minyak mineral dan propylene glycol. Dan krim ni berharga RM82 sahaja.

2 : WILD ROSE HAND CREAM SPF15 (BODY SHOP)


Krim tangan ni mengandungi minyak rosehip yang menyediakan lembapan yang sangat diperlukan untuk kulit matang. Selalunya dulu kawan-kawan Nurul suka guna krim tangan ni disebabkan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Packaging dia memang mesra travel gitu ~ Hehehe. Harga dia pun memang mampu milik di mana berharga RM25 sahaja.


3 : ALMOND DELICIOUS HANDS (L'OCCITANE)


Almond? Dah terbayang dah krim tangan ni bau almond. Hehehe. Dan kita pun tahu kan, almond memang terkenal dengan keupayaannya untuk melembutkan kulit. Tekstur dia pun tak melekit dan sesuai untuk digunakan sepanjang hari. Krim ni berharga RM41 sahaja.


4 : DAILY PERFUMED HAND CREAM ACACIA HONEY (THE FACE SHOP)


Mengandungi 10% shea butter yang melembapkan kulit yang kering. Nurul suka sangat-sangat krim tangan yang ada shea butter ni disebabkan bau dia yang sedap. Hahaha. Krim tangan ni bukan sahaja dapat melembapkan kulit tau. Tapi ianya mempunyai beta glucan yang bertindak sebagai agen anti penuaan dan melindungi kulit kita. Harga krim tangan ni pun murah iaitu hanya berharga RM15.90.


5 : APICOSMA EXTRA-RICH HAND CREAM WITH 3 HONEYS (MELVITA)


Krim tangan ni menggunakan formulasi 3 madu, krim yang pekat dan lembut ini dapat melindungi, melembap dan melegakan kulit yang kering dan rosak. Royal jelly yang memberikan effect regenerasi digabungkan dengan ciri-ciri kelembapan dan pemulihan kulit yang terkandung dalam Shea dan Cocoa Butter, mampu membuatkan tangan anda lembut dan selesa selaps korang sapu tu. Tapi krim ni agak mahal sikit dengan harga RM98.


Jadi, korang boleh lah dapatkan yang mana sesuai untuk korang ye. Yang Nurul senaraikan ni antara krim tangan yang the best. Kalau korang ada pilihan sendiri, meh share sini. Hehehe. Mana tahu boleh try nanti ^^


  • Share:

You Might Also Like

14 Comments