Tips Keselamatan Untuk Pemandu Wanita

By Nurul Syahirah - February 17, 2018

Tips Keselamatan Untuk Pemandu Wanita | Pemandu wanita ~ Sering menjadi mangsa pembuli jalan raya, penjenayah dan sebagainya. Lagi menakutkan kalau kita memandu seorang diri. Jadi, lebih baik memandu mempunyai teman daripada bersendirian untuk hindarkan perkara buruk berlaku.

Tapiiii ~ Kalau kita dah berhati-hati masih jadi juga macam mana? Awak, percaya qada' dan qadar kan. So, biar kita berhati-hati terlebih dahulu. Tak perlu nak fikir bukan-bukan lagi tau. Kalau kita terpaksa untuk memandu seorang diri, pastikan korang ikut tips keselamatan ini lagi-lagi untuk pemandu wanita.

Tips Keselamatan Untuk Pemandu Wanita

1. Sentiasa pastikan kereta dalam keadaan yang memuaskan untuk elakkan sebarang kerosakan ketika memandu.

2. Bawa handphone untuk meminta bantuan kalau terjadi apa-apa. Haaaa, pastikan juga handphone tu ada bateri ye. Setakat bawa tapi bateri takde, no use juga kan.

3. Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci.

4. Jangan biarkan beg tangah atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang tersorok.

5. Jangan sesekali tanya alamat dekat orang yang tidak dikenali. Korang perlu tanya di petrol pump atau di tol. Tapi sekarang kan dah ada waze dan google maps. Just search and ikut je jalan yang ditunjukkan.

6. Kalau rasa diekori, pandu terus ke balai polis yag berdekatan.

7. Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali.

8. Jangan sesekali keluar kereta bila dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain.

9. Catat nombor plat, warna dan lain-lain dan gunakan handphone untuk meminta bantuan.

10. Kalau korang dalam kesusahan atau ada orang yang mencurigakan hampiri kereta korang, bunyikan hon dengan kuat atau nyalakan lampu depan untuk menarik perhatian orang sekeliling.

11. Jika tayar kereta pancit di tempat yang gelap dan asing bagi korang, pandu dengan perlahan-lahan ke stesen petrol atau tempat awan yang berhampiran untuk dapatkan bantuan.


Itu lah dia tips simple dari Nurul. Hehehehe. Kalau jadi pada diri Nurul pun memang takut. Lagi-lagi kita perempuan dan memandu seorang diri pula tu. Dan tips bonus dari Nurul, sediakan spray pedas sekali dalam kereta dan handbag. Hahaha. Nurul memang sediakan tau. Sediakan payung sebelum hujannn ~ :D

  • Share:

You Might Also Like

10 Comments