Tips Buat Resume Menggunakan Canva

By Nurul Syahirah - February 03, 2018

Tips Buat Resume Menggunakan Canva | Bila kita dalam proses nak mencari kerja, mestilah resume merupakan salah satu dokumen yang sangat penting untuk kita sediakan. Resume ni merupakan biodata kita untuk majikan nilai sama ada sesuai atau tidak untuk jawatan yang kita mohon.

Sekarang ni popular dengan resume yang berbentuk grafik kan? Dalam kesempatan tu, ramai yang buat bisnes mengambil upah untuk buat resume grafik ni. Yela kan ~ zaman sekarang kerja limited. Tapi permintaan ramai. Jadi kita kena lah buat sesuatu yang lain daripada lain. Dan first impression majikan tentang kita adalah melalui resume.


Tapi kali ni Nurul nak share dengan korang cara untuk buat resume dengan canva. Sangat mudah dan sama juga macam resume grafik tu. Cumanya cara ini free dan mudah. Tapi kena ada kerajinan sikit la ye.
Mana tahu lepas ni lebih mudah untuk kita mendapatkan kerja yang kita nak. Memang peluang pekerjaan sekarang ni sangat-sangat limited. Tapi tak salah untuk kita mencuba. Ikut je step bergambar ni ye ^^


First sekali korang klik laman web CANVA ni.

Canva ni bukan sahaja untuk kita buat resume tau. Malah macam-macam template ada. Kad jemputan, kad bisnes dan macam-macam lagi. Nak buat header blog pun boleh je buat dekat canva ni sebab mudah sangat.



Kemudian, korang klik find templates. Akan keluar lah paparan yang macam dalam gambar ni. Banyak kan yang kita boleh buat. Jadi semuanya sekarang dah hujung jadi da.

Lepas tu, korang isi dekat search tu resume



Bila korang dah search, akan keluar la template resume banyak-banyak macam ni. Banyak sangat tau sampai Nurul yang tengok pun boleh jadi rambang mata. Hehehe. 

Cari yang simple dan ikut kesesuaian yang korang nak letak. Nampak simple je template ni. Yela kan, simple lagi bagus untuk memudahkan majikan membacanya.



Lepas korang dah pilih template yang korang nak, korang kli use this template dan korang akan dibawa ke halaman mengedit.

Bermulalah proses untuk korang mengedit. Mudah kan? Sebab canva ni akan memudahkan kerja kita. Proses nak edit pun best. Banyak tulisan dan grafik yang kita boleh gunakan. Jadi, lepas ni tak lah bosan resume kita tu. Orang lain nak membaca pun tak bosan ^^

  • Share:

You Might Also Like

12 Comments