Selesaikan Masalah Resdung Bersama Thymos

By Nurul Syahirah - Thursday, February 08, 2018

Selesaikan Masalah Resdung Bersama Thymos | Kalau cakap pasal resdung je, mesti yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa tak selesanya bila ada resdung. Resdung juga dikenali sebagai sinus dimana kita akan allergik dengan benda-benda tertentu seperti habuk atau bulu.

Memang sukar untuk dapatkan rawatan resdung sebab bukan mudah untuk pulih. Cuma kita boleh dapatkan kelegaan contoh macam Nurul, Nurul memang ada resdung dan Nurul redakannya dengan duduk dalam aircond dan sediakan minyak angin untuk hidu. Hahaha. Sampai macam tu sekali kan.

Image result for sinus

APA ITU SINUS?

Sinus adalah peradangan atau pembengkakan pada jaringan sinus. Sinus merupakan rongga hidung yang berisi udara di belakang tulang wajah. Sinus memiliki lapisan membran mukosa yang mengahsilkan lendir di mana fungsinya adalah untuk menjaga saluran hidung agar tetap lembab. Selain daripada itu, lendir juga berfungsi untuk menyekat kotoran dan kumar agar tidak masuk ke dalam saluran pernafasan.

Sinus yang normal dilapisi dengan lapisan lendir yag nipis di mana ianya dapat menyekat debu, kuman atau partikel lain dari udara. Bila sinus tersumbat, kuman dapat memasuki rongga hidung dan sekaligus akan menyebabkan infection. 

Ini serba sedikit tentang sinus. Sinus boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira lelaki ataupun perempuan. Cumanya apa yang Nurul faham, sinus atau resdung ni berlaku melalui keturunan.


PENGALAMAN MEMPUNYAI SINUS / RESDUNG

Contoh macam Nurul. Nurul memang mengalami resdung sejak daripada kecil lagi. Nak kata teruk, tidak lah teruk. Cumanya kalau Nurul terdedah dengan kotorang seperti habuk, bulu kucing atau seumpama dengannya, Nurul akan bersin dengan kerap sehinggakan seluruh muka Nurul menjadi gatal. Haihhh ! Masa tu memang tak tahu nak cakap macam mana lah tentang azabnya. Hehehe.

Pada masa Nurul mengalami resdung, memang tak selesa sangat. Mata bengkak dan muka pun dah gatal-gatal. Dah macam-macam terapi yang Nurul buat, tapi masih lagi tak dapat hilangkan resdung Nurul ni. Kalau redakan pun cuma sekejap je. Lepas tu start balik hachem-hachem dia. :p

Kemungkinan resdung Nurul ni memang berpunca daripada keturunan sebab ramai keluarga dan saudara-mara Nurul ada resdung. Haaa ! Satu lagi. Bukan setakat kena habuk je tau akan start resung ni. Malah lepas mandi pagi-pagi tu pun Nurul dah start nak bersin-bersin. Hehehe. Tak tahu lah kenapa. Tapi dah kira rutin harian da.



Selesaikan Masalah Resdung Bersama Thymos

Sampailah Nurul berjumpa dengan Thymos Spray dimana ianya dapat membantu menyelesaikan masalah resdung Nurul ni. Pada mulanya memang takut nak try sebab risau tak dapat legakan resdung Nurul ni. Tapi rupanya sangkaan Nurul tu meleset sama sekali. Hehehe.

Thymos spray ni memang sangat-sangat dapat melegakan resdung Nurul. Korang nak tahu apa benda thymos spray ni? Jom Nurul terangkan serba sedikit tentang thymos spray.


THYMOS | ANTI SINUS / NASAL ALLERGIES SPRAYS

Thymos berfungsi sebagai perisai yang kuat dengan adanya ion yang bermuatan negatif dan anion untuk melindungi anda daripada allergik dan patogen yang berbahaya. Molekul-molekul thymos ni sangat-sangat halus dan lebih kecil daripada rambut manusia dan dengan itu ianya dapat menembusi mana-mana permukaan dengan berkesan.

Thymos anti sinus / nasal allergies spray adalah penyelesaian yang berkesan untuk mengurangkan alahan yang disebabkan oleh patogen. Spray ini cepat bertindak balas dengan 12 jam perlindungan jangka panjang. 

Fuhhhh ~ Bagus betul spray thymos ni. Memang kita guna sikit je, tapi kesan dia sampai 12 jam tau ! Jom tengok apa lagi kebaikannya ^^ Teknologi "Self Sanitizing" (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negatif bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang untuk menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan selama 12 jam.

Nurul cadangkan supaya menggunakan dosage seperti yang disarankan oleh THYMOS, sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada dan 6 semburan pada bantal atau katil.

  • Bantuan segera untuk menyelesaikan masalah allergik.
  • Membunuh 99.99% patogen dalam masa 60 saat.
  • Perlindungan yang tahan lama selama 12 jam hanya dalam 1 semburan sahaja.
  • Antibodi supercharge.
  • Bebas alkohol, bahan kimia toksik, steroid dan wangi-wangian.
  • Botol kaca yang boleh membuat 170 spray : 10ml
  • Sedia untuk digunakan.

Alhamdulillah. Memang ini yang Nurul cari sebab mudah dan boleh bawa ke mana sahaja. Tapi kejap ! Dekat mana boleh dapatkan Thymos Allergic Spray ni? Hehehe. Dekat semua Farmasi Guardian ada tau. Dan ianya merupakan produk antarabangsa. Nurul dah try and memang berkesan sangat-sangat ^^



  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Replies
    1. betul tu.. memang suka pakai thymos ni..

      Delete
  2. Saya pon ade sinusitis...sesuai lah pakai produk ni hehe

    ReplyDelete
  3. Samalah kita tak boleh lah habuk habuk ni. Mesti akan bersin 3 kali fasa pertama. Then senyap kamudian akan bising balik ..hahahah time tu kena jauh dengan kawan kawan yang jenis tak suka sebab takut kena virus .. kemon lah saya tak berdosa .. ini ujianku .. (LOL)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ye sangat.. seksa bila kena dekat ofis.. segan orang dengar.. :p

      Delete