Produk 100% Organik Bersama Suzy Honey Herbs

By Nurul Syahirah - February 20, 2018

Produk 100% Organik Bersama Suzy Honey Herbs | Dalam kehidupan seharian, kita mestilah nakkan sesuatu produk yang berkesan dan paling penting ianya selamat. Daripada zaman atuk nenek kita lagi menyatakan bahawa sumber alam semulajadi merupakan ubat-ubatan yang paling mujarab untuk kita.

Dan memang terbukti berkesan sebab orang terdahulu bukannya modern macam kita sekarang, mereka hanya menggunakan sumber alam semulajadi je. Dan sekarang zaman semakin modern. Masih menggunakan sumber alam semulajadi tetapi diubah menjadi produk yang mudah digunakan.


Zaman sekarang, susah tau nak cari produk yang betul-betul selamat. Banyak sangat produk dekat luar sana yang mengandungi bahan chemical. Cuma kita je yang tak tahu. Tapi untuk pengetahuan korang, produk daripada Suzy Honey Herbs menggunakan 100% bahan-bahan semulajadi yang ada di hutan.

Founder Suzy Honey Herbs ni sampai sekarang tau mencari sumber hutan untuk membuat produk yang menjamin keselamatan penggunannya. Alhamdulillah. Masih ada lagi produk yang selamat untuk kita.

Dan hari ni Nurul nak story dengan korang serba sedikit tentang produk daripada Suzy Honey Herbs. Produk yang Nurul akan bebelkan dengan lebih lanjut adalah produk Syampu Rambut Bunga Rose, Perapi Rambut Bunga Rose dan Sabun Aura. Daripada nama-namanya pun memang produk organik kan. Hehehe.



Macam mana sensitifnya kulit muka Nurul, macam tu lah sensitifnya juga kulit kepala Nurul. Nurul ni sejenis yang memang pentingkan dalam pemilihan syampu. Bukan apa. Syampu yang dulu Nurul pakai memang akan menggugurkan rambut Nurul tau. Bukan sehelai dua. Tak tahu la dah berapa helai sehinggakan Nurul sikat rambut tu, memang bergumpal rambut gugur.

Ada sampai satu tahap bila Nurul ikat rambut, nampak ada bahagian-bahagian yang botak. Jadi, Nurul memang cerewet sangat-sangat dalam pemilihan syampu.

Alhamdulillah, Nurul diperkenalkan dengan syampu dan perapi bunga rose daripada Suzy Honey Herbs. Baunya memang sangat menyenangkan dengan aroma bauan bunga rose. Bila Nurul pakai tu, buih dia takde la banyak mana. Tapi produk yang takde buih ni la produk yang bagus tau. Korang pernah dengar pasal SLS dan Paraben kan? Produk yang mengandungi bahan tersebut akan memberi kesan buruk kepada kita dalam jangka masa yang panjang.

Jadi, syampu dan perapi bunga rose dari Suzy Honey Herbs bebas daripada segala bahan durjana tersebut. Hahaha. Sakit hati bila kita pernah terjebak dengan produk yang ada bahan tersebut. Nak tahu apa lagi kelebihan syampu dan perapi bunga rose ni? Haaaa, korang kena lah scroll lagi tauu :D

1. Berkesan untuk memberi kelembutan dan kelembapan rambut.

2. Mengelakkan keguguran rambut.

3. Sesuai untuk masalah kelemumur.

4. Mengatasi masalah kegatalan kulit kepala.

5. Memberi haruman bauan Bunga Rose yang menyegarkan dan sekaligus mengelakkan bau hapak.

6. Sesuai untuk rambut nipis dan kering.


Adududu ~ Memang multi task la syampu dan perapi ni kan. Hehehe. Banyak sangat kebaikan yang kita boleh dapat melalui syampu dan perapi ini. Kandungan Syampu dan Perapi Rambut Bunga Rose ini mengandungi Virgin Coconut Oil, Roseship Oil, Peppermint Oil, Kaffirlime EO, Rosemary EO. 

Harga yang ditawarkan pun sangat murah dan berbaloi tau. 1 set berharga RM55 SAHAJA ! Memang murah sangat kan. 1 set tau. Bukan untuk 1 botol. Jadi, students pun memang mampu milik.



Sebelum Nurul buka parcel nya lagi, Nurul dah terhidu bauan bunga yang sangat harum. Terkejut juga apa yang bau wangi sangat ni. Ingatkan ada perfume la kan. Hehehe. Rupanya bauan harum tu bauan sabun aura. Alahai ~ Menggoda sangat bau dia tauu. 

Kenapa ianya dipanggil sabun aura? Hokayyy ~ Aura ni sebenarnya berfungsi untuk menambah daya tahan tubuh seseorang menjadi lebih kuat terhadap serangan penyakit. Jadi, memang sesuai lah Nurul gunakan sabun ni sebab antibodi Nurul memang sangat lemah dan memang mudah sangat berjangkit dengan sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja tau. Sabun aura ni pun mampu untuk memberi kita aura positif dalam aktiviti seharian.

Dan ini bak kata orang tua-tua la kan. Kalau susah nak cari jodoh, orang tua-tua selalu suruh mandi bunga. Betul tak? Hahaha. Selalunya dalam rawatan tradisional, aura banyak dikaitkan dengan bunga. 7 jenis bunga yang berlainan warna dan bau. Kita zaman sekarang ni bukan nya mudah nak percaya tapi itulah bak kata orang dulu-dulu :D


Antara kebaikan Sabun Aura :-

1. Ianya mampu memberikan aura yang menarik, awet muda dan membersihkan diri dari anasir negatif. Menenangkan dan mencantikkan kulit dengan khasiat Vitamin E dan Vitamin C.

2. Dapat meredakan stress dan boleh memberikan perasaan emosi yang stabil dan menceriakan.

3. Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi rangsangan yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang.

4. Sesuai untuk bakal pengantin dan sesiapa sahaja yang mahu kelihatan segar sepanjang masa.


Sabun aura ni hanyalah berharga RM25 tau ! Memang sangat murah dan mampu milik. Sedangkan banyak sangat kebaikan yang kita boleh dapat dalam 1 buku sabun ni. So, lepas ni tak payah lah pergi spa-spa bagai. Jimat duit. Hehehe.


Untuk pendapat Nurul, memang Nurul suka dengan produk daripada Suzy Honey Herbs sebab foundernya hanya menggunakan produk daripada hutan sahaja. Memang betul-betul mengembalikan nostalgia ubatan secara tradisional. Hehehe. Cuma cara nya beliau modernkan menjadi produk yang mudah untuk digunakan. Produk yang macam ni memang bagus untuk anak gadis yang dalam perancangan nak berkahwin tu. So, jangan lupa dapatkan tau ^^


MAKLUMAT LANJUT :




  • Share:

You Might Also Like

5 Comments