Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee

By Nurul Syahirah - February 21, 2018

Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee | Weiii !!! Shopee buat sales besar-besaran lagi niii ~ Adududu. Saje je tau Shopee ni nak menggoda jiwa dan raga Nurul. Hahaha. Tahu-tahu je Nurul ni memang kaki shopping. Lagi-lagi bila gaji nak dekat dah ni.

Haihhh. Korang pun sama? Senasib la kita kan. Hehehe. Tapi best apa. Makin murah lagi lah harga yang bakal kita dapat bila shopping dengan Shopee ni. Hari gaji Shopee ni daripada 26 hingga 28 Februari 2018 je tau. Korang jangan ketinggalan pula nak shopping. :D



Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari 2018. Satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Fuhhh ~ Sempena hari gaji pun Shopee buat sales untuk penggunanya tauu ~ Pengguna Shopee siap boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini dan jeng jeng jeng ~ Termasuklah pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syiling Shopee. 

Syiling Shopee ni juga korang boleh shopping balik dengan harga murah. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan korang lebih ganjaran dan penjimatan.


"Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai sebanyak 18% yang membolehkan pengguna setiap kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah." - Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Fuhhh ~ Kemain lagi korang shopping time-time gini ye. Hehehe.

No
Kategori
Kategori Kecil
1
Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri
2
Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek
3
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
4
Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun
5
Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur

Wahhhh ! Rupanya ini yang kita semua cari sepanjang waktu gaji dekat Shopee kan. Memang terbaik la ni. Dan benda-benda ni semua pun memang kita perlukan. Memang tinggi lah jualannya. :D


Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi !

So, korang tunggu apa lagi. Pergi lah cepat-cepat download apps Shopee ni dekat telefon canggih kita tuuu. Hehehe. Apple store dan play store semua ada tau. Daftar secara percuma dan korang terus boleh shopping. Best niii ^^



  • Share:

You Might Also Like

5 Comments