Kesunyian Dan Keseorangan? Ubati Dengan Langkah Ini

By Nurul Syahirah - Saturday, February 24, 2018

Kesunyian Dan Keseorangan? Ubati Dengan Langkah Ini | Rasa sunyi kadang-kadang akan dirasai oleh setiap manusia. Mungkin terasa seperti ada kekosongan dalam diri. Tapi kita tak tahu apa yang kita nak. Dan untuk pengetahuan korang, rasa sunyi dan keseorangan ni pun boleh membawa kita kepada masalah kemurungan tau. Huhuhu. Takut kan.

Memang Nurul akui, bukan mudah untuk bergaul dengan semua orang lagi-lagi sejenis yang pendiam. Dan bukanlah mudah untuk mencari teman yang ikhlas menerima kita. Tapi, jangan biarkan overthinking korang tu menguasai diri. Tak baik untuk kesihatan. Ingatlah, kita ada yang SATU untuk dirujuk dan berusahalah untuk kembalikan semangat hidup.


Sebenarnya kesunyian dan keseorang ni ada ubatnya. Kalau kena dengan cara, korang boleh atasi dengan mudah. Dan Nurul akui, pernah juga merasakan kesunyian. Seorang anak gadis yang hendak meningkat dewasa, perasaan bercampur-aduk pada saat itu. 

Jangan risau. Nurul share dengan korang apa ubatnya. ^^


1 : KURANGKAN MEDIA SOSIAL
Nurul tak minta untuk korang stop terus daripada menggunakan media sosial ni sebab Nurul faham memang rata-rata kita menggunakannya sebagai medium mencari sumber tapi apa yang Nurul minta cumalah kurangkannya. Jangan terkejut dengan apa yang Nurul nak bagitahu ni tau.

Hasil kajian mendapati bahawa perasaan sunyi dan keseorangan ni berpunca daripada media sosial. Tanpa kita sedar, interaksi melalui atas talian membuatkan kita lebih rasa sunyi tanpa ada sentuhan dan emosi yang sebenar. Apa yang Nurul boleh cakap, rajinkanlah diri tu untuk keluar, bertegur sapa dan berkomunikasi dengan kawan-kawan. Tapi pastikan ianya bukan memudaratkan kita ye.


2 : KELUARGA, SAHABAT DAN INSAN TERSAYANG
Ada yang berkata, kita boleh ubati kesunyian kita dengan lakukan hobi kita, membeli-belah atau apa je misi yang korang nak buat. Tanpa kita sedar, sebenarnya semua tu langsung tak mengubati kesunyian kita. Mungkin ada sedikit tapi perasaan sunyi tu masih ada.

Sebenarnya, ahli keluarga, sahabat dan insan yang kita sayang adalah ubat yang paling mujarab untuk kita hilangkan rasa kesunyian dan keseorangan tersebut. Berbual dan buatlah aktiviti dengan mereka. Nurul yakin, kesunyian korang akan hilang tanpa korang sedar.


3 : DEKATKAN DIRI DENGAN YANG MAHA ESA
Takkan lah duniawi je kita nak buat? Sebenarnya inilah masalah terbesar bila kita rasa sunyi. Kita lupa Yang Maha Esa. Al-Quran, dah berapa lama kita tinggal? Solat? Solat sunnat? Manusia memang cepat alpa. Tapi kesunyian yang kita rasa tu semuanya berpunca pada diri kita sendiri sebenarnya.

Tanpa kita sedar kan. Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa. In Sha Allah, kesunyian tu Allah akan gantikan dengan kebahagiaan.


So, inilah 3 langkah atau ubat untuk korang hilangkan rasa kesunyian dan keseorangan tu. Jangan biarkan rasa tu menguasai diri kita tau. Risau akan membawa kepada kemurungan. Kadang-kadang tak kisah untuk kita berseorangan mencari ketenangan. Tapi bila ada insan-insan yang tersayang disekeliling, ianya lebih bermakna. :D


  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. nice sharing nurul...InsyaaAllah bila dh dekat dengan pencipta tiada ;g rasa bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis.. In Sha Allah.. betul cakap sis tu ^^

      Delete
  2. yupp.. betul tu... jangan diikutkan sangat nanti jadi lain plak...

    ReplyDelete
  3. setuju sangat dengan kesemua dari 1 sampai 3 tu

    ReplyDelete
  4. smuanya betul dik. setuju sngt.. inshaAllah bila kita dktkan diri denganNYA.. jiwa tak kosong. sama2lah kita <3

    ReplyDelete