Kenapa Tiba-Tiba Mata Menguit?

By Nurul Syahirah - Sunday, February 18, 2018

Kenapa Tiba-Tiba Mata Menguit? | Dalam pada masa korang tengah duduk diam, kadang-kadang terasa macam mata korang bergerak sendiri. Hurmmm. Macam mana nak explain eh. Hehehe. Orang selalu panggil menguit. Macam terasa mata kita gerak-gerak dengan sendirinya.

Orang tua-tua cakap, kalau mata sebelah kiri tu bergerak-gerak atau menguit, itu tandanya orang tersebut bakal mendapat berita buruk dan akan menangis. Dan kalau mata belah kanan pula, bermaksud akan ada berita baik yang bakal didengar. Haihhhh. Tapi betul ke?


Tapi ! Kita sebagai seorang Muslim sangatlah ditegah untuk percaya benda-benda tu semua sebab dikatakan sebagai perkara karut. Takut membawa diri kepada jalan syirik dan hukum mempercayai ramalan atau nasib dengan cara macam tu adalah haram dan berdosa.

Dalam kita tak sedar, mata bergerak-gerak atau menguit ni sebenarnya menyumbang impak negatif dalam diri kita tau. Malah ada individu yang diserang tekanan emosi dan tidak dapat tidur dengan lena pada waktu malam disebabkan masalah ini. Dan hakikatnya, ramai yang tak tahu apa sebabnya kita mengalami mata bergerak-gerak atau menguit ni.




PENJELASAN PAKAR

Masalah mata menguit ni sebenarnya bukanlah penyakit mata yang serius. Walaupun ianya menguit berulang kali dan akan menyebabkan kita tidak selesa, ianya adalah tindak balas pergerakkan otot yang tidak dapat dikawal. Selalunya terjadi pada bahagian kelopak mata atas tapi boleh jadi juga berlaku pada kelopak mata yang bawah. Cuma ianya tidak menimbulkan rasa pedih dan sakit.


Mata menguit ni akan berlaku dalam masa beberapa saat hingga dua minit dan mungkin akan berlaku dalam beberapa hari. Jangan korang biarkan masalah ni berlarutan tau. Kalau rasa macam lama sangat ia terjadi, penting untuk korang cepat-cepat jumpa doktor risau ada effect yang membahayakan.


PUNCA MASALAH MATA MENGUIT

Jadi, kita kena tengok sejarah hidup kita yang lepas-lepas pula. Macam mana cara penjagaan kesihatan kita. Masalah mata menguit ni disebabkan beberapa punca :-

1 : PENGAMBILAN KAFEIN DAN ALKOHOL YANG TERLALU BANYAK
Hingga menyebabkan keadaan tubuh kering. Bila badan kita kering, ia akan menjadikan otot kita kekejangan dan sekaligus ianya akan menguit dengan sendiri. Sebab tu walaupun kita duduk diam, tiba-tiba kita rasa macam mata kita bergerak-gerak.


2 : RADANG PADA MATA
Ianya juga disebabkan alah atau allergik. Jadi ianya sekaligus akan mempengaruhi mata untuk menguit.


3 : KEKERINGAN BEBOLA MATA
Menjadi punca iritasi yang boleh juga menyumbang kepada masalah mata menguit.


4 : KEKURANGAN TIDUR
Menyebabkan keadaan dan fungsi mata jadi lemah atau letih lalu menyebabkan mata kita menguit.


5 : MERENUNG KOMPUTER ATAU PERANTI TERLALU LAMA
Bila kita asyik menghadap gadget, ianya boleh menyebabkan mata kita letih dan terlampau penat sehinggakan menjadi punca kepada masalah mata menguit.


6 : PENGAMBILAN SESETENGAH UBAT-UBATAN
Pengambilan sesetengah ubat tanpa kita sedar pun boleh membawa kepada masalah ini. Jadi, kita kena awasi ubat-ubatan yang kita ambil.


Mata menguit ni memang bukannya selalu terjadi. Pernah juga terjadi pada Nurul dan Nurul percaya ianya disebabkan mata Nurul dah terlalu penat disebabkan selalu tengok laptop dan handphone. Tapi, bila ianya terjadi, korang jangan risau tau. Ikut cara gambar ni untuk legakan mata menguit tu. ^^


  • Share:

You Might Also Like

18 Comments

  1. Oh baru tahu. Okay, nice sharing. Petua nenek nenek tu kan memang seriau jugak kan. Yelah orang dulu dulu banyak pengalaman hidup. Yang penting jumpa dokter je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kannn ~ takut jugak.. tapi kalau dah macam menyesatkan, jangan lah percaya :D

      Delete
  2. salam..pernah jugak jadik camni dlm beberapa bulan yang lepas..boleh kata dalam sebulan tu mmg mata menguit kejap2..sampai rasa x selesa dan risau pun ada takut ade masalah lain... masa tu mmg selalu tido lewat..tgk hp dlm gelap & ambil cafein jugak..skrg dah try kurangkan semua aktiviti di atas tu..so far xde dah la mata menguit2 tu..alhamdulillah.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Alhamdulillah.. In Sha Allah takde da lepas ni :D

      Delete
  3. Betul juga tu. Biasa perasan pun bila mata terasa penat sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. Nurul pun selalu terjadi bila mata dah penat sangat..

      Delete
  4. Selalu jugak jadi, orang tua tua kata ada benda nak jadi. Hahaa percaya sangat laa dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu laa.. dulu memang percaya je.. sekarang ni fikir dua tiga kali dulu.. :D

      Delete
  5. atie slalu dpt...
    demah dgn eyes.. org ckp isu ni muncul if kita stress and tak cukup rest

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. memang selalunya akan dapat bila stress dan tak cukup rehat.. ^^

      Delete
  6. Wah!! Tips yang bagus utk dkongsikan.. selalunya dok terpikir2 gak kenapa mata menguit.. sekarang AM dah faham.. terima kasih atas penjelasan saintifik ttg tindakbalas tubuh badan! AM suka!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sama-sama AM.. semoga ianya bermanfaat ^^

      Delete