Gayakan Penampilan Anda Bersama Shawl Ariani

By Nurul Syahirah - Friday, February 23, 2018

Gayakan Penampilan Anda Bersama Shawl Ariani | Ini lebih berkisarkan pengalaman Nurul berfesyen dengan shawl daripada Ariani. Hahaha. Berfesyen la sangat kan ~ Kemain rambang mata sangat bila tengok shawl dan bawal Ariani ni. Kalau tak ditegur, memang banyak yang akan Nurul borong.

Hahaha. Tapi kenapa Nurul sukakan koleksi Ariani? Dan bukan setakat shawl dan bawal je. Malah inner daripada Ariani pun sangat best tau. Jom kita selami kisah yang tak seberapa Nurul ni. Hehehe.


Sejak bila Nurul terjebak dengan Ariani?

Actually memang tak dijangkakan pun Nurul bakal sukakan koleksi Ariani ni. Bukan apa la. Orang ramai pun complain dengan harganya yang mahal kan. Yes. Memang Nurul pun akui harganya yang agak mahal. Tapi apa yang Nurul sukakan dengan koleksi Ariani ni, memang setanding dengan harganya.

Nama pun barang branded. Harga pun memang boleh tahan la kan ~ 

Nurul bermula dengan memakai koleksi tudung bawal mereka. Selalunya tudung satin memang susah kita nak bentukkan lagi-lagi kalau bawal. Memang fade up la iolsss. Hahaha. Tapi keistimewaan kain Ariani ni sangat mudah dibentuk ! Tak perlu nak letak pin bagai dekat atas kepala tu sebab memang ianya statik je dengan kedudukan asal. Hehehe.

Daripada bawal, Nurul tertarik pula dengan shawl. Hahaha. Makanya, memang dah menjadi koleksi la Ariani ni :D



Macam yang Nurul cakapkan tadi, Ariani pun ada koleksi inner. Berdasarkan kain inner tersebut, memang tebal. Tapi yang terkejutnya, ianya tak panas tau ! Yang penting inner ni labuh sampai tutup dada. Jadi kita tak risau sebab inner tu tak pendek. Kain yang tebal akan susah untuk koyak. 

Hahaha. Sebab inner yang Nurul beli dekat kedai-kedai biasa, cepat sangat koyak sampaikan terpaksa dibuang. Dah kalau koyak teruk, nak pakai apanya lagi kan. Hahaha.

Tapi inner daripada Ariani ni memang lain. Seriously. Kalau korang tengok sendiri dan rasa kain tu sendiri, memang kain yang sangat berkualiti.

Inner Ariani hanya berharga RM25 sahaja. Kira ok sangat dengan kualiti yang ditawarkan. Yang penting, kita boleh guna lama. :D



Actually ada lagi koleksi Ariani Nurul. Hahaha. Tapi Nurul nak share dengan korang koleksi baru Nurul ni. Nama shawl ni adalah Shawl Chantilly. Haaaa. Kemain lagi nama shawl kan. Hahaha. Kain dia ~ Memang superb ! Nurul suka sangat sebab mudah untuk kita lilit dan terletak elok je dengan muka gemok Nurul ni.

Bila kita tak pakai lagi shawl Ariani ni, memang nampak pendek tau. Sekali kita letakkan pada kepala dan proses melilit, rupanya memang labuh shawl ni tau. Seriously. Memang menutup dada. Jangan risau ye. 

Setiap perempuan, memang benci kalau tudung atau shawl tak menjadi kan. Hahaha. Sama la dengan Nurul. Memang hari tu akan menjadi hari yang paling tak best untuk Nurul. Dan bila Nurul pakai shawl ni, elok je terletak. Hahaha. Takde nak senget benget !

Shawl Chantilly ni hanya berharga RM85 sahaja tau. Sangat ok dengan kualiti kainnya. Kalau nak lagi murah, korang kena tunggu sales la ye. Hehehe.



Ini Nurul payung sikit gambar Nurul pakai shawl ni. Hahaha. Muka Nurul bulat disebabkan pipi gemuk ni tau. Tapi bila Nurul pakai shawl ni, memang nampak agak runcing. Pipi pun takde lah nampak sangat. Apa yang mampu Nurul cakap, shawl ni memang best ! Hehehe.


Mana nak beli Ariani ni? Hehehe. Kejap lagi Nurul attachkan dekat bawah ye. Boleh lah beli masa nak raya nanti. Kumpul duit awal-awal dulu :D


MAKLUMAT LANJUT

WHATSAPP : 018-238 7119



  • Share:

You Might Also Like

15 Comments

  1. tudung ariani cntik but it's just not for me. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tudung ariani memang cantik..

      Delete
  2. Siqah pengemar Ariani jugak dulu 😍 Sekarang dah lama tak tengok Ariani. Shawl dan bawal printed Ariani lawa2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betull !! printed diaorang memang lawa.. raya ni memang kena dapatkan ^^

      Delete
  3. cantik shawlnya..aritu masa Ariani Ostia BAngi baru bukak..kite beli jgk selai shawl instant untuk mak...best jgk sebab dah test2 tu rasa terletak kat muka..so mmg sesuai untuk org tua yang tak reti nak pakai shawl..sekali sekala beli yang mahal..pastinya pentingkan kualiti untuk dipakai orang tersayang.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. walaupun yang bukan instant tu, memang terletak je.. takde senget benget bila pakai tu.. :D

      Delete
  4. Replies
    1. corak nye memang simple.. tapi bila pakai tu memang cantik..

      Delete
  5. Kak ama ada beberapa shawl ariani tp sebab satin jadi jarang pakai. Tp shawl ariani cantik semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kalau bawal tu Nurul jarang pakai sebab licin.. kalau shawl best sebab terletak elok je..

      Delete
  6. cantiknya tgk..suka pula inner die tu..bole ushar lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. yup.. inner dia memang selesa ^^

      Delete
  7. cantik lah design tudung tu dik.. tambah pulak si pemakai. hehe

    ReplyDelete