Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

By Nurul Syahirah - Monday, February 12, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina | Siapa penggemar shopping dekat Shopee? Baik mengaku cepat sebab kita geng. Hehehe. Nurul juga merupakan pengguna tegar Shopee sebab Nurul suka kumpul coins yang ada. Bukan itu sahaja, malah harga yang ditawarkan pun sangat murah berbanding harga di pasaran.

Jadi, hari ni Nurul nak share sesuatu dengan korang pencapaian Shopee sepanjang perayaan tahun baru cina yang bakal datang ni. Pencapaian yang mungkin mengejutkan ! Hehehe.

Image result for wang with shopee

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang dan platform e-dagang, Shopee telah berjaya membuat peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina ini.

"Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan dan Tahun Baharu Cina juga tidak ketinggalan. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia dan komisyen sifar, rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan."Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee



Fuhhh ~ Rupanya ini yang kita cari sepanjang Tahun Baharu Cina ni kan. Memang keperluan untuk perayaan tersebut. Betul la pakar marketing cakap, orang ramai akan cari sesuatu dengan banyak bila tiba waktu perayaan.


Bukan itu sahaja. Kita boleh nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi tiket emas dan hadiah untuk berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Hehehe. Hari-hari Nurul main benda ni. Paling best bila dapat golden tiket. Hohoho ~ :p

Haaaa. Ada kejutan untuk korang lagi ni ! Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Jadi, jangan lupa download terus apps Shopee ni dekat smartphone korang tau. Percuma je awak ! :p




  • Share:

You Might Also Like

0 Comments