Cara Efektif Merawat Kulit Bermasalah Dengan Glow Gelenggang

By Nurul Syahirah - February 18, 2018

Cara Efektif Merawat Kulit Bermasalah Dengan Glow Gelenggang | Kulit bermasalah ni bukan sahaja ada pada wajah kita, malah kulit bermasalah tergolong dalam semua bahagian. Kalau korang selalu rasa gatal-gatal pada bahagian badan, resdung dan malah ekzema pun merupakan kulit yang bermasalah.

Tapi jangan risau. Setiap apa yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Betul tak? Jadi, kalau korang mengalami kulit yang bermasalah, Glow Gelenggang ada jalan yang sangat efektif untuk korang. Lepas ni tak perlu merana lagi gatal-gatal kulit.

At first Nurul terfikir, kenapa nama produknya Glow Gelenggang. Research punya research, produk ni mempunyai daun gelenggang yang banyak memberi khasiat kepada kita. 


APA ITU DAUN GELENGGANG?

Daun Gelenggang atau lebih dikenali sebagai daun senna adalah dari pokok herba tumbuhan renek dengan ketinggian 1-1.5 meter. Daun gelenggang telah digunakan sebagai ubat tradisional di negara Arab semenjak zaman dahulu lagi. Dah lama rupanya daun gelenggang ni. Tapi Nurul baru tahu sekarang. Hehehe.

Daun gelenggang kering yang belum dikisar berwarna kuning pucat, manakala serbuk daun gelenggang berwarna kehijauan. 


Glow Gelenggang merupakan produk herba organik yang dapat membantu melegakan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh resdung dan penyakit berkaitan kulit. Sebab tu la dalam produk Glow Gelenggang ni mempunyai daun gelenggang kerana ianya sangat dikenali sebagai agen anti-kulat.

Sebenarnya produk yang berasaskan daun gelenggang telah lama digunakan pada zaman nenek moyang kita serta masyarakat Arab dan Eropah juga menggunakannya untuk mengatasi masalah kulit.


KENAPA PERLU MEMILIH GLOW GELENGGANG?


  • 100% bahan semulajadi dimana ianya diformulasikan dari 100% bahan semulajadi. Ianya bebas bahan kimia dan bebas steroid dan jeng jeng jeng, sudah semestinya sangat sesuai untuk kulit sensitif juga.
  • Meredakan kulit yang gatal. Oleh kerana ianya mengandungi gelenggang (cassia alata), ianya berfungsi sebagai agen anti-bakteria yang sangat poweful untuk hilangkan gatal-gatal dan merawat penyakit kulit.
  • Glow Gelenggang juga mengandungi ekstrak bahan premium yang banyak untuk kesan yang lebih efektif. 
  • Dan paling best glow gelenggan ni tidak memedihkan kulit kita. Malah ianya sangat wangi tau. Nurul bau dah macam bau coklat da. Hehehe.

Fuhhh ~ Memang sangat bagus produk Glow Gelenggang ni. Bukan sembarangan produk sebab ianya memang 100% menggunakan bahan semulajadi. Dan mesti korang tertanya-tanya kan, siapa yang boleh gunakan produk ni. Haaaa. Produk ni boleh digunakan untuk semua orang. Jadi takde pantang larang yang dinyatakan.

Nurul mengalami masalah tapak tangan akan gatal-gatal selepas basuh pinggan. Nurul tak berapa nak sure sama ada Nurul allergik dengan sabun pencuci pinggan ke apa. Sebab bukan style Nurul basuh pinggan guna sarung tangan. Hahaha. Tak selesa la. Karang asyik jatuh-jatuh je pinggan tu sebab licin.


Jadi, lepas Nurul basuh pinggan, Nurul akan basuh tangan menggunakan Organic Herbal Soap Glow Gelenggang. Memang dah siap-siap tepi sinki da sabun ni sebab senang lepas basuh pinggan terus guna. Hehehe. Memang Nurul je yang pakai sebab ahli rumah yang lain hokay je. Mengada sikit kulit Nurul ni. :p



Lepas guna organic herbal soap ni, Nurul keringkan tangan dan terus sapukan Herbal Oil Habbatus Sauda yang wangi ni. Hehehe. Wangi itu penting ! :D Lepas sapu minyak ni dekat tangan, memang lembut je tangan. Yang penting, tapak tangan Nurul dah tak gatal and tak merah lagi lepas cuci pinggan guna sabun :D


FEEDBACK NURUL


So far sampai sekarang tau Nurul gunakan set glow gelenggan ni selepas Nurul basuh pinggan. Tak tahu kenapa sejak dari dulu lagi, Nurul memang tak boleh kena dengan sabun basuh pinggan. Lepas basuh pinggan tu mesti tangan jadi merah dan gatal-gatal. Gatal pedih pula tu. Memang tak tahan.

Nurul buat keputusan lepas je basuh pinggan, Nurul terus gunakan sabun dan minyak daripada glow gelenggang ni. Tangan tak sempat nak gatal, terus jadi ok. Hehehe. Sebab bila tangan dah gatal-gatal, kulit automatik jadi kasar tau. Jadi memang rasa tak best.

Alhamdulillah. Nurul dah jumpa solution untuk masalah kulit tangan Nurul ni. Korang pun mana yang ada masalah kulit, boleh la mencuba produk daripada Glow Gelenggang ni. ^^ Dan korang boleh dapatkan set glow gelenggang korang dengan harga yang murah berdasarkan kod diskaun yang akan Nurul berikan nanti tau. Hanya kod Nurul sahaja yang korang boleh pakai untuk dapatkan harga murah. Jangan lepaskan peluang keemasan ni ye.



MAKLUMAT LANJUT





  • Share:

You Might Also Like

7 Comments