Betul Ke Kandungan Kafein Dalam Kopi Banyak?

By Nurul Syahirah - February 13, 2018

Betul Ke Kandungan Kafein Dalam Kopi Banyak? | Haaaa, jawab cepat ! Hehehe. Actually kan, bukan kopi je yang mengandungi kafein. Tapi minuman dan makanan lain pun ada. Nanti Nurul share dengan korang jumlah kafein yang terkandung.

Nurul tak tahu ~ Nurul dikelilingi oleh orang-orang yang kuat minum kafein sedangkan Nurul bukanlah penggemar kafein. Hahaha. Sebab bila Nurul minum, kepala jadi ting tong. Serious ~ Nurul akan minum bila betul-betul teringin je. Tapi dalam setahun tu boleh kira pakai jari. :p

Keluarga Nurul pun macam ibu abah memang kuat betul minum kafein. Tak kisah la kopi ke, teh ke atau nescafe 3 in 1 tu pun. Hahaha. Tapi nak dihalang pun tak boleh. Diaorang minum juga. Cuma bila Nurul buat tu, Nurul akan kurangkan sikit letak serbuknya. Risauuu ~ Hehehe. So jom Nurul share dengan korang tentang kafein ni :D


Sebenarnya tak salah untuk kita minum dan makan yang terkandung kafein ni. Cuma ianya akan jadi bahaya kalau kita dah terlalu kerap sampai sehari tu bercawan-cawan nak minum kafein. Ayoooo ~ Kalau nampak dek Nurul, memang Nurul marah. Bahaya weiii ! Hahaha. Sebab kita sayang lah kita tegur kan :p

Tapi memang tak dinafikan, kita takkan terpisah daripada makanan dan minuman yang mengandungi kafein sebab itu sebagai penambah perisa. Cumanya itu lah. Kalau kita fikir ianya bahaya, memang takut. So dari situ memang Nurul hadkan minum kafein tak kira lah Nurul ataupun family Nurul. 

Jadi, sekarang Nurul nak share dengan korang senarai minuman dan makanan yang mengandungi kafein. Korang boleh sukat setakat mana untuk korang minum dan makan kafein ni. 


Betul Ke Kandungan Kafein Dalam Kopi Banyak?

1. Kopi Tapis / Saring
Kandungan kafein : 100-150 mg (1 cawan)

2. Kopi Segera
Kandungan kafein : 50-70 mg (1 cawan)

3. Teh
Kandungan kafein : 30-90 mg (1 cawan)

4. Teh Uncang
Kandungan kafein : 65mg (1 cawan)

5. Kopi Nyah Kafein
Kandungan kafein : 1-6 mg (1 cawan)

6. Minuman Kola
Kandungan kafein : 70mg (360g)

7. Soda Oren Sunkist
Kandungan kafein : 42mg (360g)

8. Minuman Coklat Panas
Kandungan kafein : 5mg (1 cawan)

9. Kek Coklat
Kandungan kafein : 20-30 mg (1 potong)


Hadoiii ~ Takut tengok kuantitinya. Coklat pun ada kafein. Macam Nurul cakap, kita kena sukat pengambilan kafein kita. Boleh makan dan minum, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Sebab kita memang tak dapat elak daripada semua ni.

Tapi bukan setakat makanan dan minuman je ada kafein ye. Malah ubat-ubatan yang kita guna masa sakit pun ada kandungan kafein.

1. Ubat Migrain
Kandungan kafein : 100mg / dos

2. Analgesik
Kandungan kafein : 15-40mg / dos

3. Batuk / Selsema
Kandungan kafein : 15-125mg / dos


So, itu lah dia. Ini makanan dan minuman yang kita selalu guna. Kalau yang bukan selalu, kita tak tahu la berapa banyak yang ada kan.

Berbalik pada soalan Nurul tadi. Carta kopi memang tertinggi. Memang tak dapat dinafikan ada yang coffee addicted. Tapi, nak minum tu jangan beria sangat ye. Hehehe. Sukat dulu pengambilan. Memang sekarang kita tak nampak kesannya. Mungkin semakin kita menua, semakin kita dekat dengan keburukan daripada pengambilan kafein yang berlebihan. Apa-apa pun, semuanya kita yang control. ^^

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments