February 03, 2018

Berry Bright Eye Nourishing Drink | Mata Sihat Bersama Berry Bright

Berry Bright Eye Nourishing Drink | Mata Sihat Bersama Berry Bright | Tuntutan kerja sekarang ni akan menyebabkan kita sangat kerap menghadap pc dan handphone atau apa jua alat elektronik. Lagi-lagi untuk sesiapa yang bekerja yang akan selalu menghadap pc.

Sebenarnya semua tu tak elok untuk mata kita tau. Dalam tak sedar mata kita terlalu penat sehingga akan menyebabkan kekeringan mata. Lepas mata dah kering, mula lah mata start pedih. Nurul pernah alami dan memang perit juga la masa tu. Nak baiknya memang susah.

Actually sekarang pun dengan tuntutan kerja hakiki dan juga kerja blog membuatkan Nurul kena menghadap pc, laptop dan juga telefon. Pada masa yang sama memang mata Nurul penat sangat-sangat sampaikan ada satu tahap nak tidur pun susah akibat daripada mata yang pedih.

Jadi, hari ni Nurul nak memperkenalkan dekat korang semua tentang satu produk khas untuk mata dan bagi Nurul produk ni sangat bagus. Teruskan membaca ^^


KEBAIKAN BERRY BRIGHT

1. MENINGKATKAN KESIHATAN MATA DAN PENGLIHATAN
Nama pun Eye Nourishing Drink kan. Mestilah fungsi pertamanya adalah untuk mata. Berry bright ni dapat membantu kita meningkatkan kesihatan mata yang mungkin selama ni kita tak pernah ambil tahu pun.

Berry bright mengandungi ramuan makanan semulajadi yang kaya dengan nutrien berkhasiat dan bermanfaat untuk mengekalkan penglihatan mata kita yang sihat. Actually rabun pun merupakan salah satu masalah penglihatan.


2. ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Kita pun dah mengetahui bahawa buah anggur atau dikenali sebagai blacurrant mempunyai antioksidan yang sangat tinggi. Di mana ianya juga sesuai untuk anti penuaan. Tapi Berry Bright ni lagi best sebab Blackcurrant nya daripada New Zealand tau.

Blackcurrant New Zealand ni empat kali ganda lebih anthocyanin daripada Blueberry Amerika Utara, 25x lebih Vitamin C daripada Bilberry Eropah dan 2 kali ganda antioksidan Blueberry Amerika Utara. Fuhhh ~ Memang ingredient yang sangat bagus untuk kesihatan.


3. PERLINDUNGAN TERHADAP CAHAYA BIRU BERBAHAYA
Mata kita ni sebenarnya seharian terdedah dengan cahaya yang agak membahayakan kesihatan mata. Jadi, Berry Bright mempunyai kebolehan untuk melindungi mata kita daripada cahaya yang bahaya tersebut.

Lutein dan zeaxanthin adalah karotenoid yang utama dalam makula lutea manusia. Jadi, karotenoid ini menawarkan penapisan cahaya biru dan antioksidan untuk melindungi mata kita.


4. MEMPERBAIKI PEREDARAN DARAH
Sebenarnya mata panda ni ada kaitan dengan sistem peredaran kita. Perasan tak, kadang-kadang walaupun kita cukup tidur, mata panda ni tetap akan ada. Cuma kita tak tahu je kenapa kan.

Jadi, Berry Bright dapat membantu sistem peredaran darah kita menjadi lebih baik bagi membantu menghilangkan toksin dan mengurangkan pembentukan lingkaran mata atau dikenali sebagai eyebag. Hahaha. Nurul salah seorang yang ada eyebag agak teruk. Cuma tak tahu lah memang daripada kecil atau macam mana. :p


Jadi, itulah serba sedikit tentang kebaikan yang terdapat dalam Berry Bright. Pada pendapat Nurul, produk yang berasaskan anggur atau blackcurrant ni sangat bagus tau sebab ianya mempunyai antioksidan yang sangat tinggi di mana boleh juga menyah-aktifkan virus kanser.

Dalam badan kita ni semua ada virus kanser. Cuma ianya bergantung pada aktif atau tidak sahaja. Jadi kalau tak nak aktifkan virus tersebut, kita kena makan atau minum sesuatu yang tinggi antioksidan nya seperti buah anggur atau blackcurrant ni.

Dan untuk pengetahuan korang, setiap sachet yang kita minum tu, akan memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 buah blackcurrant ! Kita mana mampu makan banyak-banyak macam tu kan. Jadi, ianya didatangkan untuk kita dengan hanya meminum sahaja. Best kan? Lagipun, Berry Bright ni tinggi kandungan Vitamin C iaitu 500mg per sachet dan bersamaan dengan 10 buah oren. Vitamin C ni sangat elok untuk kulit kita.

"Siapa yang boleh minum Berry Bright ni?"

Jeng jeng jeng ~ Istimewa produk ni adalah ianya sesuai untuk sesiapa je. Dan untuk kanak-kanak pun boleh cumanya pastikan berumur 3 tahun dan ke atas. Sebenarnya semua produk supplement untuk kanak-kanak, umur 3 tahun dan ke atas baru boleh consume.


Okay, Berry Bright ni mempunyai 2 jenis tau. Dan dua-duanya sangat sedap dan kebaikannya pun sama juga.

1. BERRY BRIGHT ORIGINAL
Ianya mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula adalah bersamaan dengan setengah biji epal. 38 kalori setiap hidangan dan ianya sesuai untuk semua peringkat umur.

2. BERRY BRIGHT STEVIA
Tidak mengandungi gula tambahan, menggunakan stevia yang berasaskan tumbuhan sebagai pemanis. 31 kalori setiap hidangan. Diperkaya dengan antosianinn Bilberi Eropah dan beri campuran. Sesuai juga untuk semua peringkat umur. Tapi specialnya jenis ini sangat disyorkan untuk individu yang mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis.


Kenapa Nurul memilih Berry Bright?

Haaaa. Sebab apa?
  • Tanpa pewarna dan pengawet
  • Sesuai untuk vegetarian
  • Halal
Bukan itu je tau. Malah Nurul percaya dengan Berry Bright ni sebab mereka merupakan pemenang anugerah yang besar-besar ! Bukan calang-calang produk kalau dapat anugerah yang sebesar macam tu.

1. Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017, dianjurkan bersama Sinchew Daily and Life Magazines, disokong dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dan mereka merupakan pemenang anugerah kategori "Makanan Kesihatan".

2. Natural Health Readers' Choice Awards 2017,2015,2014. Merupakan pemenang "Supplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik".

3. Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014. Merupakan pemenang kategori "Penjagaan Mata".


CARA PENYEDIAAN

1. Sediakan 150ml air bersuhu bilik atau air sejuk. Nurul prefer air sejuk. Hehehe.

2. Letak satu sachet Berry Bright.

3. Kacau sampai rata dan terus minum untuk mengelakkan pengoksidaan.


TESTIMONI NURUL 



Fuhhh ~ berdebar nak buat testimoni sendiri. Hehehe. Dan Nurul nak bagitahu, testimoni Nurul merupakan testimoni ikhlas dan memang Nurul minum sendiri produk ni. No tipu-tipu tau :D

Hampir seminggu Nurul minum Berry Bright ni. Sebenarnya awal tu takut juga nak minum sebab Nurul benda tak sedap, memang idok la sangat nak minum. Memang take time sikit. Tapi Berry Bright ni sangat sedap tau ! Masa minum tu macam kita minum Ribena. Hahaha. Throwback sangat ni ~

Dalam masa seminggu Nurul minum, memang Nurul perasan mata Nurul tak letih sangat berbanding yang dulu. Kalau tidak, disebabkan kita selalu menghadap gadget, mata memang akan cepat berair dan pedih. Tapi bila pagi Nurul minum Berry Bright ni, masa menghadap pc tu sungguh lancar je. Takde nak gosok-gosok mata lagi sebab pedih.

So, Alhamdulillah Nurul suka produk ni. Korang pun jangan lupa dapatkan tau ^^

Dan satu lagi ! Nurul ada good news untuk korang ni. Setiap pembelian Berry Bright dan korang menggunakan code Nurul, korang layak mendapat 15% diskaun tau ! Best sangat-sangat. Hahaha. Kalau Nurul, memang Nurul dah grab dahh ~ Jangan lupa tau.


"syahirahdc01"

*Valid until 15th March 2018*


MAKLUMAT LANJUT :-

WEBSITE : http://berrybright.my/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/berrybrightmy/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/berrybrightmy/


3 comments:

Follow Us @_nrlsyhirh