Aroma Essential Oil Daripada Gya Labs

By Nurul Syahirah - February 06, 2018

Aroma Essential Oil Daripada Gya Labs | Dah macam ala-ala spa pula kan ada essential oil apa semua ni. Hehehe. Sebenarnya essential oil ni mampu memberi ketenangan untuk diri kita setelah seharian penat melakukan aktiviti masing-masing.

Serious ~ Nurul setiap malam akan guna essential oil ni dan gunakan sebagai aroma theraphy juga. Selain daripada ianya menenangkan, essential oil ni pun dapat mewangi kan kediaman kita.


Aroma Essential Oil Daripada Gya Labs

Kebanyakan essential oil yang kita jumpa hanyalah untuk digunakan sebagai pewangi kediaman je kan? Keistimewaan essential oil daripada Gya Labs ni adalah ianya boleh dijadikan sebagai skincare harian kita. Kiranya macam kita apply serum.

Memang wangi la awak oiii. Hahaha. Nurul suka sangat dengan Sweet Orange tu sebab bau dia sangat-sangat menyenangkan dan boleh hilangkan stress kita.

Yang Nurul dapat adalah wangian Sweet Orange dan May Chang. Dan kesitimewaan essential oil ni adalah setiap jenis wangian yang dihasilkan berdasarkan daripada lain-lain negara.


Contoh macam ni. Wangian sweet orange dihasilkan di negara Brazil manakala untuk wangian May Chang pula dihasilkan di negara Vietnam. Jadi bahan yang digunakan akan lain mengikut negeri yang menghasilkannya.


MAY CHANG SCENTS

  • Wangian May Chang menggambarkan bahawa kita melangkah dengan keyakinan dan seakan-akan kelihatan tinggi dek oleh wangian yang dihasilkan. May Chang juga mampu memberikan keseimbangan antara kulit yang berminyak dan terhidrat dengan baik. Hal ini kerana minyak penting dalam muka datang dengan kualiti yang bagus. May Chang merupakan serum untuk kulit yang sihat dan cantik.
  • Wangian May Chang juga mampu meningkatkan tenaga kita dan menaikkan semangat dan jiwa. Malah ianya juga mampu menyegarkan dan menyemarakkan perasaan tenang kita. Jadi, bila sifat positif ada dalam diri kita, secara tidak langsung hari yang mencabar kita akan berjalan dengan lancar.
  • May Chang juga mampu memberikan anda masa santai di mana ianya membantu untuk kita bernafas dengan lancar.


SWEET ORANGE SCENTS

  • Sweet orang ni lebih kepada boostkan mood kita menjadi baik. Dengan aktiviti dan kerja seharian, mestilah kita akan stress, betul tak? Jadi, aroma sweet orange ni sangat menenangkan fikiran kita.
  • Specialnya bau sweet orange ni adalah ianya boleh digunakan pada kulit kita. Kalau kita mempunyai masalah kulit, sapukan je sweet orange pada kulit korang. Bukan setakat wangi, malah ianya memang bagus untuk kulit.
  • Dan lagi satu, bukan setakat bagus untuk kulit, malah ianya sangat bagus untuk akar rambut kita. Korang ada masalah rambut gugur lagi-lagi untuk perempuan? Haaaa, sebelum tidur tu sapu je sweet orange dekat akar rambut.


Essential oil ni Nurul dah standby dalam kereta untuk naikkan mood positif sebelum pergi kerja. Hehehe. Pagi-pagi nak pergi kerja kan mesti kita akan rasa malas, mengantok dan macam-macam lagi mood "bercinta" malas nak pergi kerja. Jadinya, bila Nurul bau aroma essential oil ni, memang mata terus segar. Serious. Wangian dia sangat mempesonakan. 

Patut la masa study dulu, pakar motivasi selalu cakap, kalau nak otak segar dan tak nak mengantok dalam kelas, bau bauan aroma atau essential oil ni. Ianya dapat membantu dalam pembelajaran.

Dekat mana nak dapatkannya?


Alaaa ~ Mudah je awak. Disebabkan produk ni daripada luar negara, memang mengambil masa untuk masuk ke pasaran Malaysia. Tapi jangan risau, sekarang dah ada. Hehehe. Paling best ianya dah ada dekat Shopee dan juga Lazada. Semua platform yang kita selalu shopping kan.

Jadi, jangan lupa dapatkan essential oil korang ye. Memang sesuai untuk kegunaan harian. ^^





  • Share:

You Might Also Like

6 Comments