7 Tips Untuk Menjadikan Blog Lebih Kemas

By Nurul Syahirah - February 15, 2018

7 Tips Untuk Menjadikan Blog Lebih Kemas | Blog yang kemas merupakan dambaan bagi setiap yang mempunyai blog. Tak kira lah blog tu untuk peribadi ataupun untuk bisnes. Sebab manusia kan, sukakan kekemasan. Bila kemas, sedap mata memandang.

Lagipun memang penting untuk ada blog yang kemas agar pembaca blog kita akan selesa untuk berada dengan lebih lama di blog kita. Dalam tanpa kita sedar, ianya akan dapat menurunkan bounce rate blog tau. Terer tak kuasa pembaca ni. Hehehe. Bila pembaca duduk lebih lama dalam blog kita, lebih rendah lah bounce rate kita. Bila bounce rate rendah, maka bagus lah content dalam blog kita.


BLOG CANTIK VS BLOG KEMAS !

Blog cantik dan blog kemas? Hurmmm ~ Susah nak pilih kan. Tapi sebenarnya hakikat yang perlu kita ambil berat. Blog cantik dan blog kemas merupakan dua perkara yang berbeza tau. Yes ! Memang berbeza. Blog yang cantik tak semestinya kemas. Dan blog yang kemas, tidak semestinya terlalu cantik. 

Maka, timbul lah persoalan antara mana yang kita kena pilih? Sama ada antara blog cantik atau blog yang kemas sedangkan dua tu sangat penting pada sesiapa yang mempunyai blog. 

Jadi, pada pendapat dan pilihan Nurul, Nurul akan memilih untuk kemaskan blog terlebih dahulu. Tahap 'cantik' sebenarnya boleh dibina secara berperingkat selepas kita capai tahap kekemasan. Dan tanpa korang sedar, sebenarnya bila blog kita kemas, automatik blog kita akan menjadi cantik. Cuma kita perlu touch up je lagi untuk nampakkan blog kita cantik.

Actually nak cantikkan blog ni memerlukan kos yang rasanya tidak perlu untuk dikeluarkan pada peringkat permulaan sebab semua tu kita boleh belajar sendiri tanpa mengeluarkan kos. Tapi untuk blog yang kemas, kita boleh buat terlebih dahulu sebabnya ianya sangat mudah dan tidak memerlukan sebarang kos pun.




Tapiiii ~ Macam mana nak cantikkan blog? Hehehe. Sabar-sabar. Sekarang Nurul share macam mana ye.

1 : HEADER YANG RINGKAS
Jadi kesilapan ramai penulis blog yang baru adalah apabila mereka abaikan header blog. Kalau dekat blogspot, memang disediakan ruangan untuk header yang besar. Bila header tu besar, maka muncul lah idea nak letak macam-macam benda dekat situ. Yang tak penting pun korang masukkan sekali.

Haihhhh. Jangan gitu. Header kita kalau boleh kena sesimple yang mungkin. Atau mungkin kita boleh letak nama atau nama blog kita je. Sebab header tu juga merupakan branding kita. Kalau kemas branding kita, maka first impression pembaca akan cantik terhadap blog kita.


2 : WARNA LATAR BELAKANG YANG MINIMAL
Nama pun nak blog yang kemas. Korang tak perlulah nak guna background yang berpattern-pattern bagai ni lagi. Dulu background macam ni memang pernah viral dan ramai blogger guna background gini termasuklah Nurul. Hehehe. Tapi sekarang ni jangan lah ye pakai background macam tu sebab akan menyemakkan mata pembaca.

Trend sekarang ni lebih menampakkan blog korang kemas iaitu hanya dengan menggunakan background bilangan warna yang minimum seperti 1-2 warna sahaja. Jangan mengada nak guna banyak-banyak warna ye. Orang tengok pun pening.

Actually latar belakang bukanlah penting. Yang penting adalah content blog kita. Latar belakang atau background hanyalah membantu penampilan keseluruhan blog kita sahaja.


3 :TULISAN YANG MUDAH DIBACA
Pengalaman Nurul sendiri, Nurul pernah masuk blog yang menggunakan tulisan cacing kerawit, tulisan kecil dan tulisan yang tak jelas. Hahaha. Kecik besar kecik besar je Nurul pandang tulisan tu. Akhirnya tanda pangkah la yang ku tekan sebab tak faham dengan tulisan tersebut.

Korang mestilah tak nak pembaca blog jadi macam tu kan. Content dah cantik, tapi alahai ~ Tulisan pula yang spoil. Orang nak membaca pun sampai tak jadi. Kalau kita nak orang baca blog korang dengan khusyuk, pastikan tulisan blog korang jenis yang bulat-bulat, sederhana dan mudah untuk dibaca. Tak perlu tulisan cacing kerawit dalam entri.


4 : TULISAN DAN LATAR BELAKANG YANG KONTRA
Korang perlu pilih set tulisan dan latar belakang yang bersesuaian. Sebagai contoh, jika latar belakang warna terang, gunakan warna tulisan yang gelap. Paling mudah macam blog biasa kita ni, latar belakang putih, tulisan hitam.

Guna je yang ini sebab nampakkan blog kita lebih profesional. Pembaca pun takkan pening nak baca blog korang nanti. Dan paling penting, ianya akan menampakkan blog kita lebih kemas.


5 : NAVIGASI YANG MUDAH
Navigasi ni bermaksud korang kena letak dekat blog korang pada kedudukan yang pembaca mudah untuk klik. Jangan letak terlalu dekat sebab ianya akan nampak sangat-sangat serabut. Letak pada satu sudut yang statik. Kata nak blog kemas kan ~ Jadi, benda ni semua kena try and error :D


6 : BAHAGIAN KHAS UNTUK IKLAN
Nama pun blog sebagai income sampingan untuk kita, mestilah kena ada ruangan iklan untuk disewa. Ramai juga blogger yang buat macam ni. Tapi please elakkan daripada letak iklan di merata tempat sebab bukan sahaja akan nampak serabut, malah ianya akan memberatkan blog kita.

Blog yang berat merupakan mimpi buruk bagi seorang blogger sebab pembaca akan tekan pangkah je sebelum blog kita tu habis loading. Sudah tentu lah kita tak nak macam ni kan. Jadi, cegah sebelum terjadi. Hehehe.


7 : GAMBAR PADA SIZE YANG PENUH
Gambar pun penting ke untuk nampakkan blog kita kemas? Eh ~ Mestilah awak. Lagipun kalau korang tak nak nampak gambar dekat blog korang tu pecah-pecah, pastikan korang tetapkan size gambar tersebut pada original size.

Macam gambar yang Nurul letak dalam entry ni. Besar kan? Memang jelas orang tengok. Jangan risau kalau blog korang berat sebab ianya takkan memberatkan blog korang.


Jadi, cukup tak 7 tips simple ni? Hehehe. Cukup la eh. Penat tau jari jemari ni menaip. Jangan lupa baca dan buat ! Tak buat siap. Kena rotan nanti :p Kena buat tauuu. Bukan sahaja pembaca akan suka dengan blog kita. Malah pageviews kita pun berduyun masuk. In Sha Allah. Yang penting, kita usaha kan ^^


  • Share:

You Might Also Like

28 Comments