7 'Beauty Mistakes' Yang Perlu Dielakkan

By Nurul Syahirah - February 09, 2018

7 'Beauty Mistakes' Yang Perlu Dielakkan | Dalam kecantikan pun ada kesilapan ke? Yes. mestilah ada. Dan kesilapan ni memang kerap sangat kita orang perempuan buat tau. Kadang-kadang pun Nurul buat juga. Hehehe.

Tapi bila jerawat dah merata, menyesal pun dah tak guna. :p Kali ni Nurul nak share dekat korang apa beauty mistakes yang perlu kita elakkan untuk kesihatan kulit. Pastikan ikut setiap satu ye :D

1 : TIDAK MEMBASUH BERUS MAKEUP
Kalau bab makeup, mesti lah kita menggunakan berus kan? Brush makeup ni ada macam-macam jenis. Tapi lepas korang gunakan dan oles dengan makeup, korang basuh tak?

Haaaa. Berus makeup yang tak basuh ni la akan menyebabkan kulit muka kita berjerawat tau. Sebab sekali korang guna tu memang dah kotor. Then kena lah rajin-rajin membasuh ye kalau tak nak muka berjerawat ^^


2 : MENCUBA WARNA FOUNDATION DI BELAKANG TANGAN ANDA
Untuk pengetahuan korang, warna tangan dan warna wajah kita berlainan ye. Kalau korang nak cari foundation tu, janganlah sesekali pergi sapu dekat tangan. Hahaha. 

Memang akan jadi lain daripada warna muka korang. Yang sebetulnya bila nak beli foundation tu, sapukan dekat jawline kita. Warna tu akan sama dengan wajah kita nanti. Takde lah salah beli foundation. :p


3 : TIDUR TANPA MEMBERSIHKAN MAKEUP
Ini pun Nurul selalu lah juga buat lepas seharian penat keluar. Hahaha. Tapi esoknya menyesal sangat ! Jadi, sebelum korang tidur, pastikan korang bersihkan dulu makeup tu. Makeup bukan sahaja boleh buatkan muka kita berjerawat tau. Malah ianya akan menyebabkan kulit muka kita jadi kusam.

Memang kita akan rasa penat dan lepas tu akan rasa nak tidur je kan. Tapi nak atau tak nak, kena bersihkan juga.


4 : TEKNIK APPLY CONCEALER
Concealer sangat penting untuk sesiapa sahaja yang mempunyai tahap eyebag yang tak best. Untuk mendapatkan hasil yang cantik, korang kena sapukan concealer tersebut dalam bentuk tiga segi terbalik.

Dengan teknik ni, hasil makeup korang akan nampak lebih natural.


5 : MENGGUNAKAN WATERPROOF MASCARA
Maskara waterproof ni sangat best sebab dia tahan lama. Tapi kalau kerap sangat korang guna maskara waterproof ni akan menyebabkan bulu mata kita kering.

Kalau kita guna maskara waterproof ni, masa nak cuci tu mestilah kena gosok kuat-kuat kan. Cara tu akan menyebabkan bulu mata korang senang tercabut tau. Boleh pakai maskara waterproof, cumanya jangan kerap sangat je :D


6 : MENYIMPAN MAKEUP TERLALU LAMA
Korang mesti tahu kan alat makeup pun ada tarikh luputnya. Maksudnya ada jangka hayat yang kita boleh guna makeup tersebut. Bila jenis yang suka mengumpul dan pakainya bukanlah selalu, tanpa sedar makeup tu dah expired. Kan dah membazir tu.

Nak kumpul koleksi makeup boleh. Cumanya silalah pakai ye. Kalau korang dok perapkan dalam meja solek tu pun takde gunanya. Membazir je nanti. Nak pakai yang dah expired? Mestilah tak nak kan. Tak pasal-pasal rosak muka nanti.


7 : MEMBASUH TERUS MUKA YANG DISOLEK DENGAN SABUN PENCUCI MUKA
Aippp ! Jangan korang terus basuh guna cleanser korang tu ye. Pastikan guna dulu makeup remover ataupun tisu basah. Sebab kalau kita cuci terus dengan cleanser, belum tentu makeup korang tu tanggal dengan sempurna tau.

Lagi-lagi kalau kita nak solat. Kena alert dengan benda ni.


Walaupun ianya nampak simple je, tapi semuanya kita sendiri malas nak buat kan? Hahaha. Kadang-kadang Nurul pun ada yang terlepas pandang. Bila dah kena, nak menyesal pun tak guna. Jadi, kena la elakkan 7 beauty mistakes yang Nurul nyatakan tadi ye ^^

  • Share:

You Might Also Like

10 Comments