5 Cara Untuk Menjadi Individu Yang Lebih Baik

By Nurul Syahirah - February 02, 2018

5 Cara Untuk Menjadi Individu Yang Lebih Baik | Ada ke yang nak jadi jahat? Setahu Nurul memang takde. Semua nak jadi yang lebih baik. Manusia, takkan terlepas daripada membuat kesilapan. Tapi bagi Nurul, Nurul akan jadikan kesilapan tersebut sebagai pengajaran dan pengalaman untuk Nurul hadapi masa-masa akan datang.

Perjalanan kita masih jauh. Masih banyak liku-liku yang kita bakal hadapi di hadapan. Cuma, adakah kita pernah bertanya pada diri sendiri? Mampukah kita untuk hadapi liku-liku tersebut? Apa yang kita akan dapat selepas kita berjaya? Puaskah hati kita?

Antara soalan-soalan yang sering membelenggu. Betul tak? Menjadi yang lebih baik merupakan salah satu 'wishlist' yang dimahukan oleh semua orang. Tapi macam mana? 

Image result for islamic

5 Cara Untuk Menjadi Individu Yang Lebih Baik 


1 : PERLAHAN-LAHAN PUN TAKPE
Ada sesetengah orang jenis yang tak reti nak menyabar. Semua benda nak cepat. Orang panggil gelojoh ! Tapi korang sedar tak benda tu korang akan buat sekejap je. Hangat-hangat taik ayam la katanya ~ Hahaha. Maaf ye kalau terkasar. Tapi memang hakikat.

Apa salahnya korang buat tu slow-slow. Ambil masa untuk berubah. Berubah dengan cara istiqomah. Bukan sekejap buat, sekejap tak buat. So kita mestilah tak nak macam tu kan. Proses berubah menjadi yang lebih baik ada langkahnya yang korang kena buat satu demi satu. Yang penting, buat dengan ikhlas dan automatik, kita akan istiqomah untuk melakukannya.


2 : CAKAP HAL YANG BAIK
Pernah dengar kan percakapan kita merupakan peribadi kita yang sebenar? Dan percakapan kita tu sebenarnya daripada hati. Kalau hati kita cantik, cantik la ayat yang keluar. Kalau hati kita kotor, kotor la percakapan yang akan keluar !

Tapi macam mana? Mulakanlah dengan berkata yang baik-baik sahaja. Orang lain pun suka je mendengar ayat-ayat yang baik daripada kita. Kalau korang tak mampu nak berkata hal-hal yang baik, lebih baik korang diam daripada mengeluarkan ayat yang bakal menyakitkan ramai orang.


3 : GEMBIRA DENGAN DIRI SENDIRI
Sebelum korang nak jadi yang lebih baik, korang bukan sahaja kena tahu kelemahan dan kekurangan diri korang tau. Korang juga kena sayangi dan hargai kekuatan korang.

Jangan lah kita sering menyalahkan diri kita. Janganlah kita sering berkata yang kita ni tak mampu dan tak layak. Sebab dalam diri kita ni sebenarnya ada kekuatan yang kita sendiri pun tak tahu. Semuanya ambil masa untuk kita tahu. Tapi yang penting, korang layak gembira walau siapapun korang.


4 : DENDAM BUKANLAH PERKARA YANG BAGUS
Pernah berdendam? Memang sifat manusia bukanlah mudah untuk memaafkan orang yang telah menyakiti diri kita. Tapi cuba belajar untuk perlahan-lahan biarkan ianya berlalu. Simpan dendam ni bukanlah benda bagus pun. Korang akan lebih serabut dan stress adalah.

Bukan setakat serabut dan stress je. Malah ianya pun akan memudaratkan diri korang sendiri. Buat apa lah nak bazirkan masa fikir tentang orang-orang menyakitkan korang. Lebih baik korang buat hal korang sendiri dan terus kecapi kejayaan yang korang nak.


5 : URUSAN DENGAN ALLAH
Korang sepatutnya abaikan sahaja apa yang orang sekeliling cakap. Allah tahu apa yang tersirat dalam hati korang yang orang lain tak tahu pun. Dan sudah tentunya Allah tahu bahawa kita kuat untuk terus berubah menjadi yang lebih baik.

Akan ada ujian di mana mulut-mulut puaka di sekeliling korang, tapi macam Nurul cakap tadi, abaikan dan teruskan perjalanan korang. Jangan putus asa tau. Kemanisan sedang menunggu korang dekat depan :)


Nampak tak? Islam sangat mudah. Cuma manusia yang merumitkannya. Nak berubah untuk menjadi yang lebih baik memang agak sukar. Tapi kesukaran korang disulami dengan kemanisan dan kebahagiaan yang korang akan dapat pada masa akan datang. Dan entry ni juga untuk sesiapa sahaja yang terasa sudah berputus asa.

Rasa macam nak putus asa? Cuba fikir balik kenapa korang start. Bila nawaitu korang betul, memang betul lah tempat korang sekarang. Kalau nawaitu korang salah, alamatnya memang apa yang korang buat ada je benda yang tak kena. :D


  • Share:

You Might Also Like

1 Comments