Umur Berapa Anda Bercinta?

By Nurul Syahirah - January 19, 2018

Umur Berapa Anda Bercinta? | Disebabkan pagi tadi Nurul terima berita buruk yang kucing kesayangan Nurul hembuskan nafas terakhir DEPAN MATA Nurul sendiri, puas menangis. So, Nurul tak mau cerita dekat sini sebab ianya akan buat Nurul teringat. Gambar-gambar dalam instagram dan dalam album Nurul pun Nurul dah buang. Tak sanggup tau. :'(

Dah-dah. Nurul tak nak pilih untuk bersedih. Sambil-sambil kita layan lagu tu, jom kita throwback sekejap ^^

27 Rose Gold Home Decor Items to Elevate Your Living Space


Semalam dalam kereta nak pergi kerja, dekat radio era ada bincangkan tentang umur berapa kita bercinta. Macam menarik. Hehehe. Tapi disebabkan dah nak sampai office tu, tak dapat la dengar sampai habis. 

Nak diingatkan post ni hanya untuk suka-suka je tau :D

Okay, cuba kita throwback balik umur berapakah kita bercinta. Mungkin ada yang pada usia muda. Dan mungkin ada yang tak bercinta tapi tup tup dah kahwin. Hehehe. Jom share sikit. Nurul pun share kisah Nurul ni. :p

Seingat Nurul la ye, Nurul bercinta pada usia 16 tahun rasanya. Muda kan? Hahaha. Bengong-bengong masa tu. Tengok kawan ada, kita pun nak. Mengada sungguh. Tapi Nurul tahu, masa tu cuma suka-suka je. Bukan serious pun. Sekadar nak ada orang yang mendengar cerita dan masalah kita. Hahaha.

Bila fikirkan balik, gedik nye aku dulu ! :p

And now Nurul dah 21 tahun. Rasa semua tu buang masa je. Seriously ~ Kenapa boleh terjebak? Mungkin sebab perasaan? Hehehe. Mungkin la kut. Tapi takpe, Semua tu pengajaran juga. Sebab semua orang ada perasaan tu tak kiralah muda atau dah berumur.

Jangan suruh Nurul kahwin lagi pleaseeeee. Hahaha. Baru 21 tahun. Banyak lagi yang Nurul perlu cari. Nurul kena cari identiti Nurul sebenarnya. Biarkan Nurul bahagiakan apa yang ada sekarang ni dulu macam ibu abah dan adik-adik. 

Calon? Hohoho ~ Masih samar-samar. Kalau kita je yang serious, tapi 'dia' tidak. Tak boleh juga kan? So, biarkan semuanya menjadi takdir Nurul satu hari nanti. :D


So, korang pula umur berapa dah bercinta? Macam mana boleh jumpa husband sekarang? Eh ! Ada pula kena mengena kan? :p 


  • Share:

You Might Also Like

14 Comments