Tips Menjimatkan Minyak Kereta

By Nurul Syahirah - January 26, 2018

Tips Menjimatkan Minyak Kereta | Minyak kereta makin lama makin menaik. Menurun pun dengan jumlah yang sedikit. Sejak Nurul dah boleh drive sendiri ni, memang agak 'TERASA' juga dengan harga minyak bila nak isi minyak tu.

Bukan apa lah, Nurul guna kereta avanza. Korang pun tahu lah body kereta tu macam mana. Penggunaan minyak pun boleh tahan. Sekali Nurul isi full RM60. RM60 tu pun bukan boleh tahan sampai 2 minggu. Paling-paling pun seminggu. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu.

Tapi ! Ni Nurul ada serba sedikit tips untuk korang jimatkan minyak kereta korang tu. Dan dapat Nurul jimatkan minyak kereta Nurul juga. Hehehe. Mungkin korang pun boleh praktikkan. ^^


DARI SEGI KENDERAAN

1. Pilih dan beli kenderaan yang penggunaan minyaknya yang rendah. Tapiiii ~ Kereta avanza Nurul ni penggunaan minyaknya tinggi.

Hehehe. Takpe, korang kalau dah terbeli kereta yang penggunaan minyak tinggi, korang boleh ikut tips yang seterusnya.


2. Tutup air-cond bila cuaca sejuk. Contoh macam hujan atau time pagi-pagi tu. Time hujan Nurul akan buka sikit je tingkap. Kecuali kalau hujan terlalu lebat la. And pagi-pagi nak pergi kerja tu, Nurul selalu buka tingkap je. Udara pagi la katanya ~ Hehehe.

Untuk pengetahuan korang, penggunaan minyak akan bertambah sebanyak 10% kalau korang menggunakan aircond. 10% tu bukan sikit tau. Banyak !


DARI SEGI PENGISIAN MINYAK

1. Isi minyak pada awal pagi atau waktu sejuk. Paling senang bila hari belum dilimpahi matahari terik. Minyak merupakan cecair yang boleh bertukar kepada wap bila cuaca tengah panas.

Jadi, kalau kita perasan la kan, kita akan nampan minyak tu meruap dengan ketara dan bau minyak yang kuat ketika isi waktu panas berbanding sejuk. Dan ini memang terbukti ! Nurul memang ada buat perbezaan isi minyak pada waktu panas dan sejuk. Bila panas tu, bau minyak dia sangat-sangat kuat. Nurul pun boleh pening.


2. Tapi kalau dah terpaksa isi minyak waktu panas, macam mana pula? Hehehe. Sebenarnya tak jadi masalah pun. Cuma bila korang nak isi minyak pada waktu panas, jangan buka penutup minyak tu terlalu awal walaupun orang dekat pam isi minyak tu yang suruh.

Korang pergi bayar dulu dekat kaunter. Lepas tu baru buka penutup minyak tersebut dan isi minyak. Biar kurang sikit wap panas dalam corong isi minyak tu.


3. Ni memang selalu sangat-sangat Nurul buat. Hehehe. Nurul selalu isi minyak dengan perlahan-lahan. Sebab apa? Bila kita tarik pump minyak tu dengan kuat, kemungkinan kadar minyak meruap tu lebih tinggi.

Jadi, untuk elakkan benda tu berlaku, korang isi je minyak tu perlahan-lahan. Takde benda nak dirushingkan pun ~ :D


4. Haaaa ! Nurul sangat suka isi minyak dengan tangki yang penuh. Nurul akan tinggalkan dalam 2 bar minyak, and pergi petrol pump, isi minyak dengan penuh-penuh. Hahaha. Sebab tu sekali isi telan belanja sampai RM60. Tangki avanza kan besar ~

Bila isi minyak penuh-penuh, ianya akan menjimatkan korang. Tak percaya? Boleh lah try ~ ^^



DARI SEGI PEMANDUAN

1. Bawa kenderaan korang dengan kelajuan yang sederhana dan konsisten. Kelajuan yang sesuai adalah di antara 70-90 km/j. Tapi ! Bawa dengan kelajuan yang ditetapkan undang-undang tau. Hehehe. Tak pasal-pasal nanti korang kena saman pula.

Sebenarnya kelajuan tu yang menyebabkan penggunaan minyak kita bertambah.

  • 100 km/j : penggunaan minyak bertambah 10%
  • 105 km/j : penggunaan minyak bertambah 15%
  • 110 km/j : penggunaan minyak bertambah 25%

2. Jangan kerap tekan brek pun perlu dipraktikkan tau. Dan elakkan daripada korang kerap tekan emergency break. Pastikan korang brek tu pada jarak yang selamat.

Kadang-kadang memang faham kalau kita drive sorang, memang akan mengelamun. Hahaha. Macam Nurul. Tapi itu jarang lah sebab bahaya. Tapi memang Nurul perasan, kalau Nurul tekan brek dengan kerap, minyak tu cepat sangat habisnya.


3. Ni untuk yang bawa manual macam Nurul. Korang kena tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan cepat tau. Enjin korang akan bunyi kasar kalau korang lambat masukkan gear rendah ke gear tinggi. Ataupun kereta korang akan rasa tersengguk-sengguk.

Bila jadi macam tu, kereta tu perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan. Jadi, penggunaan minyak pun akan bertambah.


4. Dan last sekali, panaskan enjin kereta korang dulu sebelum memulakan perjalanan. Korang cuma perlu ambil masa 30 saat sahaja. Biarkan enjin terbuka tanpa menekal sebarang pedal. 

Ini bertujuan untuk memanaskan enjin kita terlebih dahulu.


Jadi, itu lah dia serba sedikit tips simple daripada Nurul. Ini pun tips daripada abah. Hahaha. Abah suruh amalkan supaya boleh jimat sikit penggunaan minyak tu. Lagi-lagi guna kereta besar dan penggunaan minyak yang tingi. Huhuhu ~




  • Share:

You Might Also Like

8 Comments