Tips Memilih Pomade Yang Sesuai

By Nurul Syahirah - January 03, 2018

Tips Memilih Pomade Yang Sesuai | Ok, kalau untuk perempuan, semestinya kita kena tahu macam mana nak pilih skincare atau makeup yang sesuai dengan kita kan. Tapi kali ni Nurul share untuk abang-abang dekat luar sana macam mana nak pilih pomade yang sesuai dengan korang.

Kalau ikutkan, dalam keluarga Nurul, cuma abah dengan Wafiq je la pun yang pakai pomade. Dah 2 orang tu je lelaki. Hehehe. Sebanya sebelum ni diaorang guna gel apa entah. Tapi si Wafiq complain sebab rambut dia akan jadi keras. So abah pun cuba mencuba la guna pomade. Dan budak kecik tu pun suka. Elok nau la tu. Hehehe.

Image result for pomade

Pomade merupakan sejenis minyak rambut yang digunakan untuk merapikan rambut untuk lelaki. Dan baru tahu sebenarnya pomade ni lain daripada minyak atau gel rambut. Hahaha. Kita mana la tahu kan. Yang tahu, owh, sama je kot :p

Daripada packaging pun kita dah nampak macam retro kan. Dan untuk pengetahuan korang, pomade merupakan produk rambut yang dikenali sejak tahun 1990an dulu. Lama sangat ! Sampai sekarang jadi trend dan digunakan. Malah ianya menjadi favourite untuk kaum adam.

Okay lah, panjang lebar membebel ni. So jom kita tengok macam mana cara untuk korang pilih pomade yang sesuai dengan korang ^^


Tips Memilih Pomade Yang Sesuai


1. Tentukan Jenis Pomade

Pomade mempunyai 2 jenis iaitu :-

Water Based
Jenis pomade ini memiliki daya ketahanan yang cukup baik dan mudah untuk dibersihkan dengan air. Maksudnya bukan semua pomade water based daya ketahanan dia rendah. Untuk pomade jenis ni sangat sesuai untuk korang yang banyak melakukan aktiviti indoor.


Oil Based
Jenis pomade ni memiliki daya ketahanan yang tinggi dan kuat tapi agak susah nak bersihkannya dengan air. Maksudnya bukanlah tak boleh bersihkan. Boleh, tapi agak susah. Pomade yang jenis ni sesuai untuk korang yang banyak melakukan aktiviti outdoor.


2. Tentukan Tahap Ketahanan Dan Kilauan Yang Diperlukan

Pilihlah pomade yang mempunyai tahap ketahanan dan kilauan yang korang perlukan. Dari pembacaan Nurul, pomade ni ada jenis-jenis yang tersendiri di mana kita boleh pilih tahap ketahanan dan tahap kilauan dia yang macam mana. Baru lah ku tahu ~ Hahaha. Sebiji macam pemilihan skincare :p


3. Pilih Wangian Pomade Yang Sesuai

Wangian daripada pomade merupakan ciri-ciri yang khas untuk pomade. Bila harga pomade tu lagi tinggi, maka lagi wangi lah pomade tersebut. Sebenarnya yang ni subjektif untuk korang. Korang cuma pilih je wangian mana yang korang nak.


4. Tentukan Pomade Sesuai Dengan Jenis Rambut

Bukan muka je ada jenis tau. Malah rambut pun ada. Sejenis rambut yang nipis ke, yang tebal ke. Semua tu ada jenis-jenis pomade yang sesuai. Kalau korang beli dekat seller pomade pun, mereka akan suggestkan untuk korang. Korang cuma bagitahu je jenis rambut macam mana. So, senang kerja kita dekat situ :p


5. Pertimbangkan Harga Dan Seller Yang Trusted

Yang ni Nurul tak perlu cerita pun korang lagi tahu kan? :D Yang penting, pastikan pomade yang korang beli tu betul-betul original. Sebab Yes ! Nurul pernah jumpa yang fake punya. Harga pun memang lah murah ~ Tapi percaya lah. Kualiti takkan dapat ditandingi :D



Pada mulanya Nurul nak cari hadiah untuk abah sebab birthday dah dekat. *Padahal dah dapat hadiah dari ibu pergi Vietnam :p* Hehehe. Sebab asyik bagi perfume je setiap tahun. Tapi percaya tak, bukan abah je yang pakai nanti. Confirm si Wafiq Aiman tu akan pakai sekali.

Hehehe. Mulanya memang Nurul blur apa yang sesuai. Then nasib baik lah abang seller ni tolong. Hohoho. Mana kita nak tahu apa-apa kan. Dan akhirnya Nurul ambil je pomade Gothenberg. Tapi kenapa? Sebabnya abah punya rambut tu sejenis yang kering. Bayangkan la pakai gel pun boleh kering. :p


Kelebihan :-

  • Lebih padu daripada minyak rambut biasa, gel, wax. Holdnya akan tahan lebih lama.
  • Ingredients yang digunakan memang daripada bahan organi seperti argan, shea butter dan essential oil (patut pun wangi). 
  • Dan yang pastinya, pomade bukan sekadar untuk styling je tau. Malah boleh untuk dibuat sebagai rawatan rambut dan kelemumur.

Mulanya nak bagi abah hadiah pomade ni.. Sekali budak ini nampak, nak tahu dialog dia apa?? "nak pomade tuuuu.. Boleh kan bah?? Kita share2" hahaha.. Kaklong dia pun dengki laaa.. Tak boleh 😂 last2 memang dia akan dapat pun.. . . So jadi model ganti kaklong pulok 😜 tq @izzpomade.official sebab suggest pomade yang the best.. Dah jadi hak milik tetap budak ni dahhh 😂 and seriously, adik pun suka.. Katanya wangi.. And kita pun sukaaa.. Sebab warna pink hokayyy tesktur dalam dia. Gi swap gambar ni 😍 . . Nak cari pomade yang tekstur dia best?? Boleh lah cari dekat @izzpomade.official ye.. 😉 In Sha Allah, memang akan puas hati 😁 . . Full entry tips pemilihan pomade, ada dalam blog.. Gi terjah cepat 😉 . . ✍️ www.syahirahvaliant.com #bloggermalaysia #lifestylebloggermalaysia #lifestyleblogger #beautybloggermalaysia #reviewmalaysia #giftreviewmalaysia
A post shared by BLOGGER | INFLUENCER | REVIEW (@_nrlsyhirh) on



MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI :



Whatsapp : 017-4680 065



  • Share:

You Might Also Like

14 Comments