Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan

By Nurul Syahirah - Saturday, January 20, 2018

Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan | Mewangi dengan Enchanteur lagi ~ Wangian Enchanteur dah jadi salah satu favourite Nurul sebab ianya tahan lama dan semestinya wangi ! Tapi harga memang masuk akal sangat-sangat. Hehehe.

Bagi mereka yang tak nak hadkan dengan hadiah yang biasa-biasa je seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tak taha lama, set wangian adalah pilihan hadiah yang lebih ideal dan ramai orang yang gunakannya. Set hadiah macam ni sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusannya memang cantik dan lengkap dengan penjagaan diri. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bungan semerbak. Dan paling penting, ianya membawa kepada gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah yang penuh dengan wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara anak dan ibu, adik-beradik, teman istimewa malah hubungan antara pelajar dan guru. 

Jadi, Enchanteur memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek Enchanteur kali ini hanya bersaiz 15 ml di mana ianya mudah untuk di bawa kemana sahaja.


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie jika diterjemahkan ianya bermaksud My Friend yang memberikan aroma wanita yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar manakala Belle Amour yang bermaksud Beautiful Love, satu wangian yang diidamkan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik.

Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk riben Enchanteur paris yang tersendiri. Ianya seolah-olah hadiah yang diikat dengan riben. 


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan manawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan yang merangkumi persona terang dan ceria si gadis.

Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sunggu menakjubkan ini dapat meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. 


SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan light & fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml. Kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.

Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi.




SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE & CHARMING)

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie, individu yang periang dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sotistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat.


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMATIC)

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, Enchanteur memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu yang mmepunyai wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap dekit bersama berharga. 


Enchanteur Paris Miniature EDT Gift Sets dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Enchantuer Paris Mon Amie Gift Set berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, Enchanteur Miniature Gift Sets dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia dan RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Siapa kata nak beli hadiah yang cantik-cantik tu kena mahal? Enchanteur ni murah je tau. Cantik pun cantik. Dan someone tu boleh guna lama. Jadi, grab korang punya sekarang juga ^^



  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Cantik sangat botot Enchanteur.. Nampak elegan ^^

    ReplyDelete
  2. mewangi la nurul hii.. botol pun comell

    ReplyDelete
  3. Akak paling suka mon amie. Wangi betul bau dia. Rasa fresh je. Bau dia pun tahan lama

    ReplyDelete
  4. Cantiknya packaging dia memang sesuai utk buat gift kan

    ReplyDelete
  5. Bonde suka yg warna pink.. Baunya wangi dan mmg tahan lama.

    ReplyDelete
  6. packing dia cute sangat mudah kalau nak buat hantaran ke kan

    ReplyDelete