Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Untuk Blog Post Berkualiti

By Nurul Syahirah - January 14, 2018

Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Untuk Blog Post Berkualiti | Menarik tak post ni? Hehehe. Tergerak hati nak buat post ni untuk rujukan blogger. Siapa cepat bertindak, dia lah yang cepat akan dapat hasilnya. Dan pastinya ramai blogger yang dah jadikan blog sebagai platform untuk jana pendapatan sampingan.

Jadi, sebab tu lah kita kena mantapkan lagi setiap post kita supaya PR nak bekerjasama lagi dengan kita. Yup, betul. Lain orang lain cara gaya penulisannya. Tapi itu semua kita boleh asah dan belajar lagi. Yang pasti kena banyak membaca tau ^^

Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Untuk Blog Post Berkualiti

Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan blog post yang tiada siapa melihatnya?

Jawapan : Ianya satu pembaziran masa yang sangat besar.


Fuhhh !~ Takut bila dengar. Jadi kalau kita tak buat betul-betul post kita ni, bermakna kita dah buat pembaziran masa yang sangat besar kan. Jadi, kita mestilah tak nak tergolong dalam golongan yang hanya membuang masa. 

Jangan jadi orang yang membuang masa dengan membuat blog yang takde siapa yang membacanya. Terngiang-ngiang ayat ni. Memang itu perkara pertama yang kita akan fikirkan. Ada ke orang membaca blog kita ni? Ayat aku ni menarik ke? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul.

Tapi ! Jangan disebabkan persoalan macam tu, kita langsung tak nak kembangkan cara penulisan kita. Nak wujudkan blog yang berjaya ianya mengambil masa dan memerlukan kita membuat strategi yang orang lain tak buat. Sebab tu Nurul cakap, siapa yang berusaha lebih, dia akan dapat lebih.

Jadi, hari ni Nurul nak share dekat korang 9 perkara penting untuk jadikan blog post berkualiti. Pastikan korang baca sampai habis tau. Nanti rugi :D




SEBELUM MEMBUAT POST

1. TULIS TAJUK YANG MENARIK PERHATIAN

Tajuk blog adalah sesuatu yang akan menjual kandungan post kita. Menjual maksudnya akan menarik minat pembaca untuk klik tajuk tersebut. Kalau tajuk dah tak menarik, macam mana orang nak klik post kita tu kan. Jadi, ambil masa untuk kita fikir tajuk post kita tu nanti.

Dan tajuk post akan menggambarkan sama ada best atau tidak entri kita tu.


2. TAMBAH 'SECTION' & 'HEADINGS'

Perkara pertama yang kebanyakan pembaca buat adalah masa nak buka blog atau post kita tu adalah 'quickly scanning'. Bermaksud mereka akan scan dulu post kita tu secara rambang. Kenapa diaorang buat macam ni?

Sebab pembaca akan tahu sama ada post tu menarik atau tidak berdasarkan section dan headings kita. Kalau dah awal-awal tu penulisan kita dah bosan, sampai ke sudah pembaca tak nak baca post kita tu tau. Jadi, ambil kita section dan headings juga.

Dan paling penting, permulaan post korang tu, jangan sesekali karang ayat simple. Pastikan korang letak headings, subheadings, bullets, senarai, quotes atau gambar. Ianya akan menarikkan lagi post kita. Takde lah ayat berperenggan je kan dalam post kita tu :D


3. TAMBAH TAGS ATAU KATEGORI

Ini memang Nurul akan pastikan setiap post Nurul ada. Sebab apa? Sebenarnya ianya akan memudahkan pembaca untuk cari kandungan yang spesifik. Kiranya kandungan yang mereka perlukan. Tapi dekat mana nak letak tu?

Heeee ~ Time korang update entri tu kan, kan ada dekat post settings tu, korang letak dekat labels. Itu lah kategori atau tags untuk blog kita.

Tags atau kategori ni merupakan jadual kandungan untuk blog. Macam buku juga. Ada isi kandungan kan. Ianya untuk memudahkan kita cari halaman yang kita nak. Begitu juga dengan blog. Sebelum publish, pastikan korang letak tau ^^

Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Untuk Blog Post Berkualiti


4. TAMBAH 'TEXT ALT' PADA GAMBAR

Ok, bab ni sangat penting untuk pencarian google image. Sebab pembaca pun kerap juga buat carian maklumat menggunakan google image. Jadi, kena buat tau ! :D Bila korang letak "text alt" pada gambar, ianya akan automatik akan generate ke google. So, benda tu akan mantapkan lagi SEO korang.

Dan jangan lupa pastikan gambar tu menarik tau. Bila gambar tu menarik, pembaca pun suka tengok, mereka automatik akan klik view website dekat gambar tersebut. Maka, terpampang la blog kita dekat situ.


5. BACKLINK POST LAMA DALAM POST BARU

Wuuuu ~ Benda ni memang favourite Nurul. Hehehe. Pernah dengar pasal bounce rate? Haaaa. Kalau korang letak backlink ni, bounce rate korang akan rendah tau. Bukan tu je, ianya akan jadikan pembaca akan stay lebih lama lagi dalam blog korang tu.

Automatik, akan naikkan pageviews yang kita kejar selama ni. Hehehe. Sebab dari situ, mereka akan tertarik dengan posting kita yang lain. Tapi pastikan tajuk kita tu menarik tau ^^


6. ULANG BACA POST

Jujur la Nurul cakap, Nurul sangat malas nak baca balik apa yang kita taip tu. Hehehe. Lagi-lagi entri panjang gini. Jenuh weiii ~ hahaha. Tapi tanpa kita sedar, ianya sangat penting untuk elakkan daripada typo.

Bila dah typo, mesti lah tak cantik ayat kita tu kan. Ianya akan menjejaskan keseluruhan entri. Jadi, rajin-rajinkanlah diri tu ye :D


7. CALL TO ACTION

Ingat dalam bisnes je ke ada call to action? Hehehe. Dalam entri pun kena ada tau. Kiranya macam kita akan berinteraksi dengan pembaca. Kan best macam tu ^^

Contoh yang korang boleh letak :

"Dah baca sampai habis? Jangan lupa tinggalkan komen korang tau."


8. PROMOTE POST KE MEDIA SOSIAL

Pernah dengar tentang peraturan 80/20? Hehehe. Nurul pun jarang dengar dan first time dengan tu pun agak pelik. Apa benda la pula tu kan. Maksudnya, kita perlu habiskan masa hanya 20% untuk menulis dan 80% pula untuk promote. See, promote kita yang kena lebih.

Dan untuk pengetahuan korang, media sosial merupakan tempat yang paling sesuai untuk promote blog.


9. KOMEN

Part paling last sekali, luangkan masa untuk balas komen-komen yang pembaca dah tinggalkan. Ini merupakan salah satu cara untuk kita menghargai mereka. Lagipun best tau reply komen-komen pembaca ni. Kita boleh kenal mereka :D


So, simple je kan sebenarnya? Tapi kita kena praktikkan dulu baru lah mudah untuk kita buat. Dan kena ingat, pastikan post korang bakal menarik minat pembaca. Tapi jangan sesekali fikir takde siapa yang nak baca entri korang tu tau. Praktikkan dan semoga berjaya :D


  • Share:

You Might Also Like

16 Comments