Perbezaan Lipstick, Lip Gloss Dan Lip Cream

By Nurul Syahirah - January 14, 2018

Perbezaan Lipstick, Lip Gloss Dan Lip Cream | Adoiii ! Banyak pula bezanya. Padahal semuanya kita oleskan dekat bibir. Hehehe. Setiap wanita mesti dah familiar dengan semua benda tu kan. Sesetengah orang dah tahu dah setiap fungsi, tapi jujur Nurul cakap, Nurul cuma tahu lip gloss, lipstick dan lip balm je. Hahaha.

Dan ada yang anggap lip gloss dan lipstick tu sama je. Tapi bukan tau. Dah-dah, jangan keliru-keliru lagi. Meh Nurul share dengan korang term-term ni semua ^^

Image result for lipstick lip gloss

1. LIP BALM

Lip balm didatangkan dengan macam-macam bentuk. Ada yang bentuk nya macam lipstick, ada yang bentuk krim dan cecair. Lip balm ni berfungsi untuk merawat bibir yang kering dan pecah serta menjaga kelembapan bibir. Pada sesiapa yang mengalami masalah bibir cepat kering, oleskan lip balm dulu sebelum pakai apa jua jenis lipstick.

Lip balm ni tidak ada warna bila kita oleskan. Cumanya ada lip balm yang mengikut warna darah kita sekarang ni. Ianya akan bertukar mengikut tahap kepekatan darah kita. 

Bibir merupakan bahagian yang sangat sensitif dan mudah iritasi keranan lapisan kulit yang sangat nipis. Tu yang bila kering sikit je, kalau kita kopek terus berdarah. Jadi, sebaiknya korang tilik dulu betul-betul kandungan lip balm tersebut sebelum menggunakannya.

Korang boleh pilih lip balm yang memiliki kadar pelembap yang tinggi, iaitu mengandungi emollient dan minyak semulajadi. Sekirangnya korang sering terdedah dengan sinaran matahari, pilihlah lip balm yang mengandungi SPF yang berfungsi untuk melindungi bibir dari sinaran UV.

Image result for lip balm


2. LIP BUTTER

Pada asanya lip butter takde banyak perbezaan pun dengan lip balm. Cumanya lip butter direka dengan memiliki kandungan minyak yang lebih tinggi berbanding dengan lip balm. Lip butter ni pun berfungsi untuk merawat masalah bibir kering dan pecah. 

Image result for lip butter


3. LIP GLOSS

Lip gloss mempunyai sedikit persamaan dengan lip balm. Ianya mengandungi kandungan minyak yang tinggi. Tapi bezanya adalah lip gloss mempunyai pewarna bibir dan memberi kesan berkilau atau glossy pada bibir. Lip gloss ni juga menjaga kelembapan bibir. Tapi kesannya pada seseorang yang mengalami masalah bibir kering dan pecah, ianya tidak setanding dengan lip balm dan juga lip butter. 

Disebabkan kandungan minyaknya yang lebih tinggi, lip gloss ni mudah hilang. Jadi, kita kena apply balik setiap kali dia hilang.

Lip gloss didatangkan dengan pelbagai pilihan warna dan effect seperti full color, sheer atau glitter. Banyak juga yang pakai lip gloss ni selepas pakai lipstick untuk kesan yang glitter-glitter. Tapi untuk sesiapa yang sukakan natural look, pakai lip gloss je pun dah memadai :D

Image result for lip gloss


4. LIPSTICK

Lipstick atau dikenali juga sebagai gincu adalah satu produk bibir yang mempunyai pewarna dan membuatkan penampilan korang nampak lebih segar. Ianya mengandungi lilin, minyak, pewarna dan pelembap. Yang bezakan lipstick dengan lip gloss ni adalah sifatnya yang padan dan kandungan minyaknya yang lebih sikit. Warnanya juga lebih pekar berbanding lip gloss.

Lipstick juga mempunyai pelbagai effect antaranya seperti glossy, matte dan semi-matte. Asasnya lipstick ni bukan bertujuan untuk melembapkan bibir. Jadi, pada sesiapa yang mempunyai masalah bibir kering, korang disarankan untuk apply dulu lip balm atau lip butter sebelum pakai lipstick.

Image result for lipstick


5. LIP CREAM

Lip cream fungsi dia sama juga macam lipstick. Yang bezakannya adalah bentuk je. Lipstick lebih padat dan kebiasaannya berbenduk silinder. Tapi lip cream ni lebih cair dan creamy. Bahan-bahan yang digunakan sama je macam lipstick. Tapi kena tahu ye, lip cream dan lip gloss tak sama walaupun bekasnya hampir sama. Lip gloss memberi effect yang lebih glossy dan cepat hilang malah lip cream pula memberi effect matte atau semi-matte yang tahan lebih lama.

Image result for lip cream


Hahaha. Tapi kita panggil semua sama je kan. Lipstick semata-mata sedangkan ianya berlainan. So korang pun dah tahu. Rutin harian Nurul hanya menggunakan lip balm dan sedikit lip cream. Sebab suka lip cream. Hehehe. Lipstick pun Nurul selalu juga guna. Cumanya lip cream lagi win. Yeahhh ! ^^ Korang pula macam mana? :D


  • Share:

You Might Also Like

13 Comments