Menangi Percutian Hebat Ke 3 Negara Bersama Traveloka

By Nurul Syahirah - January 23, 2018

Menangi Percutian Hebat Ke 3 Negara Bersama Traveloka | Korang pernah dengar tentang Traveloka? Takkan la tak pernah kan. Dah ramai sangat yang menggunakan perkhidmatan Traveloka dalam menggendalikan percutian mereka tak kira lah dalam atau luar negara. Alhamdulillah, nama Traveloka dah semakin terkenal di persada dunia. 

Traveloka akan menjadikan percutian korang lebih bermakna. Pada yang nak berjimat semasa bercuti tu, memang elok sangat lah korang memilih Traveloka sebagai perantaraan percutian korang. Hehehe. Nurul suka Traveloka sebab dia ada apps nya sendiri bagi memudahkan kita menguruskan percutian kita di mana sahaja.

Tapi ! Bukan itu sebenarnya Nurul nak membebel. Hehehe. Nurul nak buat pengumuman bahawa Traveloka ada buat contest besar-besaran sempena Chinese New Year ni tau. Bersempena dengan CNY 2018 Contest by Traveloka ni, pihak Traveloka menawarkan hadiah percutian ke tiga buah negara tau ! Pemenang akan ditanggung sepenuhnya untuk flight dan tempat tinggal.

Best sangat ni kan ! Nurul pun teruja nak join. Hehehe. Dan korang pun jangan lupa untuk join. ^^


Credit : Traveloka


Tapi sebelum Nurul bercerita panjang tentang pertandingan tersebut, Nurul nak share dengan korang sikit cara-cara untuk booking bersama Traveloka. Jangan risau, caranya sangat mudah. Dah nak cuti sekolah ni kan. Apa kata kita plan untuk bercuti. Hehehe. Dan mestilah percutian tersebut bersama Traveloka tau.


CARA UNTUK BOOK FLIGHTS

Untuk percutian, mestilah kita kena naik flight. Nurul pergi Kelantan pun naik flight tau disebabkan malas nak drive. Yela kan ~ Nama pun bercuti. Malas lah nak drive jauh-jauh. Jadi, Nurul recommend dekat korang untuk book flight dengan Traveloka dan dijamin harga yang sangat bersesuai dengan budget korang.

Log masuk ke : Traveloka

Search your flight
Credit : Traveloka

Firstly, korang mesti 'search flight' dulu untuk mengisi maklumat-maklumat flight mana pilihan korang.


Choose and book your flight
Credit : Traveloka

Lepas korang search flight tu, korang akan jumpa page di mana akan menunjukkan nama airline, masa flight dan harga tiket. Dekat sini korang boleh pilih ikut kesesuaian budget korang.



Fill in contact information and passenger details
Credit : Traveloka

Lepas korang dah berjaya pilih flight yang sesuai, korang dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi serta maklumat-maklumat keluarga korang untuk naik flight.



Proceed with payment
Credit : Traveloka

Kemudian, korang perlu membuat pembayaran. Dekat sini, ada pelbagai cara pembayaran. Pilih mengikut kesesuaian korang ye.


Receive e-ticket
Credit : Traveloka

Jeng jeng jeng ~ Dah siap. Dalam masa 60 minit selepas korang membuat pembayaran, Traveloka akan hantar e-ticket melalui email.


Sangat mudah kan? Jap jap. Ni baru flight. Nanti nak booking hotel korang menganga pula tak tahu. Hehehe. So jom kita teruskan ke cara untuk booking hotel ^^


CARA UNTUK BOOK HOTEL

Search hotel
Credit : Traveloka

Okay, korang start untuk mencari hotel pilihan korang. Dekat sini, korang dikehendaki untuk mengisi destinasi, tempat atau nama hotel. Dan jangan lupa untuk berapa lama korang nak stay dekat hotel tersebut.



Select hotel
Credit : Traveloka

Dalam bahagian page results, korang dikehendaki untuk pilih hotel mana yang korang berkenan. Dan klik 'see room' untuk membaca maklumat lanjut tentang hotel tersebut.



Book hotel
Credit : Traveloka

Lepas korang dah pilih hotel mana yang korang nak, korang dikehendaki untuk memilih jenis bilik dan berapa bilik yang korang nak book. Mudah je kan kalau pergi bercuti ramai-ramai. Tak payah pening-pening kepala lagi.



Fill in contact information and guest details
Credit : Traveloka

Lepas dah siap proses memilih tu, korang pelu isi maklumat yang dikehendaki. Pastikan maklumat yang korang isi tu semua betul tau. Lepas dah siap tu, korang boleh terus proceed dengan pembayaran.



Proceed with payment
Credit : Traveloka

Sama juga seperti buat pembayaran untuk book flight tu. Korang pilih je jenis pembayaran yang sesuai dengan korang. Pastikan korang membuat bayaran berdasarkan masa yang telah ditetapkan.



Receive hotel voucher
Credit : Traveloka

Jeng jeng jeng ~ Dah siap ! Dalam masa 60 minit selepas korang membuat pembayaran, pihak Traveloka akan menghantar voucher hotel korang melalui email.


Fuhhh ~ Senang je rupanya dengan Traveloka ni. Tapi ! Sebelum korang booking, jom la join contest awesome Traveloka ni. Dapat lah merasa bercuti ke luar negara yang ditanggung oleh Traveloka. Hehehe. Bukan senang nak dapat tau. Ni dah ada peluang, baik korang grab cepat-cepat.

Nak tahu hadiah apa yang bakal korang dapat? Scroll lagi tau :D



Tapi contest dia jenis apa? Hehehe. Mesti korang terkejut sebab contest ni senang sangat. Ianya merupakan satu games kapal terbang. Korang perlu kumpulkan angpow yang ada dalam games tu banyak-banyak.

Lepas dah main game tu, korang berpeluang untuk menang. Lagi banyak korang kumpul, lagi banyak peluang korang untuk korang menang tau ! ^^



Ni haaa game nya. Jom challenge diri kita sendiri. Mana tahu rezeki untuk kita menang nanti ^^ Nurul dah buat niii ~ Hahaha. Geram sebab nak juga kumpul banyak-banyak. Jom cepat join Nurul :D


HADIAH-HADIAH YANG DITAWARKAN :

HADIAH 1 : 6 hari 5 malam ke Seoul

HADIAH 2 : 5 hari 4 malam ke Phuket

HADIAH 3 : 4 hari 3 malam ke Langkawi

Dan tidak ketinggalan juga 2 unit voucher yang berharga RM1,000 !! Fuhhh ~ Hebat-hebat sangat hadiah yang ditawarkan. Nurul nak yang pergi Seoul tu. Kalau lah Nurul dapat, memang merupakan hadiah hari jadi yang ke 21. Hahaha. Berangan je engko nii ~ :p

Tapi untuk korang, In Sha Allah akan dapat. Yang penting, kita usaha :D 


  • Share:

You Might Also Like

16 Comments