January 31, 2018

Maze Runner : The Death Cure | Movie Review

Maze Runner : The Death Cure | Nurul ni bukanlah sejenis yang suka tengok movie-movie action ni. Entah lah ~ Memang tak minat. Tapi tetiba pula si adik Nurul tu mengajak tengok Maze Runner. Dah lah Nurul tak tengok part 1 dengan part 2. Terus skip ke part 3 ni apehal?! Hahaha.

Redah je la ye ~ 

Image result

Ok, firstly Nurul booking online je tiketnya. Sebab plan memang malas nak pergi awal. Kalau dah booking melalui online, mudah sebab kita datang, terus scan and masuk. Kalau tidak, kena beratur beli tiket apa semua. Hahaha. Eceh ~ Tu pun Nurul baru je tahu tentang booking online ni. Kalau dulu, sanggup datang awal sebab malas nak beratur panjang.

Dan kita pun pergi lah tengok. Nurul dengan adik Nurul nombor 2 ni memang ngam kalau bab-bab tengok wayang ni. Hahaha. Daripada zaman kolej, sampai lah sekarang.

Ok, jom kita teruskan review ikhlas ni ~

Macam Nurul cakap tadi, Nurul tak tengok part 1 dengan part 2. Memang mula-mula tu tak faham. Tapi teruskan tengok dan memang ternyata best tau ! Paling best sebab cerita dia mudah difahami. Kalau tak faham, adik Nurul la jadi mangsa untuk jawab segala persoalan yang ku ajukan. Hehehe.

Maze Runner The Death Cure ni banyak part yang menyedihkan. Paling sedih bila Newth jadi zombi dan mati. Fuhhh ~ Masa tu dah menahan sebak da. Da lah hensem tau ! Hehehe. Part Teresa mati tu pun sedih juga. Kesian Thomas.

Dan paling menggerunkan, "Angah ! Asal cerita ni ada pasal zombi?" Hahaha. Nurul siap marah dia sebab dia tak bagitahu. Sebabnya, Nurul takut zombi ! Hahaha. Sabar je la ~ Tapi nasib baik la Maze Runner part 3 ni scene zombi sikit je. Part 2 yang memang cerita pasal zombi kan? Hahaha. Kita tak tahu ~

So, nak dijadikan cerita, memang serious best. Dia punya suspen dah macam tengok cerita hantu dah :p Nurul tak mau cerita panjang-panjang sebab mungkin akan spoilkan korang yang tak tengok lagi. Tapi Nurul recommend korang tengok. Serious. Walaupun Nurul ni tak tengok yang sebelumnya, cerita part 3 ni pun kita dah boleh faham. :D

Berapa rating Nurul bagi??

Jeng jeng jeng ~ 8/10. Sebab ada zombiiii. Hahaha. Tapi jangan risau, memang best. Tak rugi pun tiket yang korang beli tu :D

10 comments:

  1. Dah tengokkk, best kan.......sedih gila masa member dia mati...kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. part tu memang nak meleleh da :p

      Delete
  2. saya fans maze runner, belum dapat tengok lagi movie ni

    ReplyDelete
  3. Asyraf pergi haritu. Seriusly best giler sebab suka tengok kapal terbang dia yang besar gedabak tu. Rasanya akan ada part 4, tapi nak menunggu adoi setahun 2 kot nak keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaa.. ada part 4 ke.. hahaha.. part 1 dengan 2 pun Nurul tak habis marathon lagi.. :p

      Delete

Follow Us @_nrlsyhirh